Mayoclinicplt Muar-Bakri

Directions

Mayoclinicplt Muar-Bakri Kesihatan Anda, Keutamaan Kami

21/10/2026

β€œMATA KUNING, MUKA KUNING. APA KAITAN DENGAN BATU HEMPEDU?”

Pernah nampak seseorang yang bahagian putih matanya bertukar kuning? Bukan mata sahaja, kulit muka dan badan juga boleh berubah warna.

Keadaan ini dipanggil jaundis (jaundice).

Salah satu puncanya ialah saluran hempedu yang tersumbat akibat batu hempedu.

Dalam keadaan normal, hati memproses bahan berwarna kuning yang dikenali sebagai bilirubin. Bahan ini kemudiannya disingkirkan melalui hempedu ke dalam usus.

Tetapi apabila saluran hempedu tersumbat, bilirubin tidak dapat disingkirkan dengan baik. Parasnya meningkat dalam darah sehingga menyebabkan mata dan kulit menjadi kuning.

Selain mata kuning, perhatikan gejala lain:

🟑 Air kencing gelap – Warnanya seperti teh pekat walaupun minum air mencukupi.

🟑 Najis pucat – Najis menjadi kelabu atau seperti tanah liat kerana kurang pigmen hempedu memasuki usus.

🟑 Kulit gatal – Boleh berlaku pada seluruh badan, kadangkala tanpa ruam.

🟑 Sakit bahagian kanan atas perut – Terutama di bawah tulang rusuk. Kesakitan boleh merebak ke belakang atau bahu kanan.

🟑 Loya dan muntah – Boleh berlaku bersama serangan sakit batu hempedu.

🟑 Kurang selera makan – Sesetengah pesakit turut berasa tidak sihat dan lemah.

🟑 Demam dan menggigil – Amaran kemungkinan berlaku jangkitan pada pundi atau saluran hempedu.

BAHAYA JIKA ADA TIGA GEJALA INI SERENTAK!

🚨 Mata atau kulit kuning
🚨 Demam atau menggigil
🚨 Sakit bahagian kanan atas perut

Gabungan ini boleh menandakan acute cholangitis, iaitu jangkitan saluran hempedu yang boleh menyebabkan sepsis jika tidak dirawat segera.

Jangan tunggu. Pergi ke Jabatan Kecemasan.

Namun, bukan semua mata kuning berpunca daripada batu hempedu. Penyakit hati, hepatitis, masalah darah dan ketumbuhan yang menyekat saluran hempedu juga boleh menyebabkan jaundis.

Malah, tidak semua batu hempedu menyebabkan mata kuning. Banyak kes batu hempedu langsung tidak menunjukkan gejala.

Jika mata atau kulit mula menjadi kuning, dapatkan pemeriksaan perubatan segera walaupun tidak mengalami kesakitan.

Doktor mungkin melakukan ujian darah termasuk fungsi hati dan bilirubin, serta ultrasound untuk mengenal pasti puncanya.

Ingat, mata kuning bukan sekadar perubahan warna. Ia mungkin petunjuk ada sesuatu yang tidak kena pada hati atau sistem hempedu.

Public Health Malaysia

Selamat pagi Anak-anak MuarKes influenza semakin meningkat, jika anda ada simptom seperti demam panas tinggi berpanjanga...
15/10/2026

Selamat pagi Anak-anak Muar

Kes influenza semakin meningkat, jika anda ada simptom seperti demam panas tinggi berpanjangan, sakit sendi, batuk, selesema, lesu badan, segeralah ke klinik untuk dapatkan rawatan dengan doktor. Kes jangkit berjangkit seperti influenza semakin giat meningkat. Jaga diri dan lindungi diri dengan memakai penutup muka (face mask) semasa ditempat sesak serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

Dapatkan pemeriksaan segera dengan doktor jika kesihatan diri semakin merosot. Hari ini klinik beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

πŸ“Lokasi Klinik (Mayo Clinic PLT) :
No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ
πŸ•— Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
πŸ“±https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan dengan segera!
❀️ Pemeriksaan β€’ Nasihat Doktor β€’ Rawatan



14/10/2026

β€œDoktor, perut saya sakit.”

β€œBahagian mana yang sakit?”

β€œSakit macam mana? Memulas, mencucuk atau pedih?”

β€œSejak bila sakit? Ada muntah atau demam?”

Kadang-kadang kita rasa macam doktor tanya terlalu banyak soalan. Dah sakit perut, kena jawab macam-macam p**a.

Sebenarnya, setiap jawapan itu penting.

Perut kita menempatkan pelbagai organ. Lokasi sakit boleh membantu doktor mengenal pasti kemungkinan puncanya.

Contohnya:

1. Sakit ulu hati (tengah atas)

Mungkin berkaitan gastritis, ulser perut, refluks asid atau keradangan pankreas (pankreatitis).

2. Sakit kanan atas perut

Doktor mungkin mempertimbangkan masalah batu karang hempedu, keradangan pundi hempedu atau penyakit hati.

Ada pesakit yang mengalami sakit selepas makan, terutama makanan berlemak.

3. Sakit kiri atas perut

Boleh berkaitan masalah perut, pankreas atau limpa.

4. Sakit sekitar pusat

Antara kemungkinan ialah jangkitan saluran penghadaman atau masalah usus.

Menariknya, apendisitis juga boleh bermula dengan sakit sekitar pusat sebelum beralih ke bahagian kanan bawah perut.

5. Sakit kanan bawah perut

Antara keadaan penting yang doktor perlu pertimbangkan ialah apendisitis.

Namun, batu dalam saluran kencing dan masalah ovari juga boleh menyebabkan sakit di kawasan ini.

6. Sakit kiri bawah perut

Boleh berkaitan sembelit, divertikulitis (keradangan kantung kecil pada usus besar) atau masalah ovari.

7. Sakit bawah tengah perut

Mungkin berpunca daripada jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing atau senggugut.

8. Sakit di sisi perut hingga ke belakang

Doktor akan turut mempertimbangkan masalah buah pinggang, termasuk batu karang dan jangkitan buah pinggang.


Tetapi lokasi sakit sahaja tidak cukup untuk menentukan diagnosis.

Doktor juga perlu tahu bagaimana sakit itu bermula, sama ada semakin kuat atau datang dan pergi, serta sama ada terdapat gejala lain.

Contohnya, sakit perut bersama demam, muntah, cirit-birit, pedih ketika kencing atau perubahan haid boleh memberikan petunjuk yang berbeza.

Pemeriksaan fizikal dan kadangkala ujian darah, air kencing atau imbasan diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Bila perlu dapatkan rawatan segera?

Jangan tunggu jika sakit perut berlaku secara tiba-tiba dan sangat kuat, semakin teruk, perut menjadi keras atau sangat sakit apabila disentuh, muntah berterusan, muntah darah, najis berdarah atau pengsan.

Sakit perut bersama sesak nafas atau sakit dada juga memerlukan perhatian segera. Begitu juga sakit perut yang kuat jika sedang atau mungkin hamil, terutama apabila disertai pendarahan.

Jadi, apabila doktor bertanya banyak soalan tentang sakit perut anda, bukan kerana mahu menyusahkan.

Setiap jawapan membantu doktor membezakan antara masalah yang mungkin ringan dengan keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.

Gambar ini ialah panduan umum untuk memahami lokasi sakit perut dan kemungkinan puncanya, bukan alat untuk membuat diagnosis sendiri.

Public Health Malaysia

Selamat petang Anak-anak Muar Demam denggi bukan demam biasa, jangan ambil mudah jika ada simptom pada diri atau ahli ke...
02/10/2026

Selamat petang Anak-anak Muar

Demam denggi bukan demam biasa, jangan ambil mudah jika ada simptom pada diri atau ahli keluarga. Dapatkan pemeriksaan segera dengan doktor jika kesihatan diri semakin merosot. Hari ini klinik beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

Jangan biarkan pembiakan nyamuk semakin berleluasa. Punca pembiakan nyamuk kadang kala bermula daripada tiada pengurusan air bertakung di rumah, di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Buang barangan tidak terpakai yang boleh menyebabkan air bertakung. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut. Bermula daripada tanggungjawab kita dalam membasmi nyamuk aedes!

πŸ“Lokasi Klinik (Mayo Clinic PLT) :
No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

πŸ•— Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
πŸ“±https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270
Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan dengan segera!
❀️ Pemeriksaan β€’ Nasihat Doktor β€’ Rawatan



01/10/2026

πŸŽ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€

Bulan Oktober setiap tahun merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.

Kanser payudara merupakan antara kanser paling lazim di Malaysia. Namun, peluang rawatan berkesan adalah lebih tinggi sekiranya ia dikesan pada peringkat awal.

πŸͺž Lakukan pemeriksaan sendiri payudara secara berkalaβ€¨πŸ©Ί Jalani pemeriksaan kesihatan mengikut saranan pegawai perubatanβ€¨πŸ’‘ Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda mencurigakan

πŸ“Œ KKM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong usaha pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser payudara demi kesejahteraan masyarakat.

Kesan awal, rawat awal.

Selamat petang Anak-anak MuarJika anda ada simptom seperti demam panas tinggi berpanjangan, sakit sendi, batuk, selesema...
01/10/2026

Selamat petang Anak-anak Muar

Jika anda ada simptom seperti demam panas tinggi berpanjangan, sakit sendi, batuk, selesema, lesu badan, segeralah ke klinik untuk dapatkan rawatan dengan doktor. Kes jangkit berjangkit seperti influenza semakin giat meningkat. Jaga diri dan lindungi diri dengan memakai penutup muka (face mask) semasa ditempat sesak serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

Dapatkan pemeriksaan segera dengan doktor jika kesihatan diri semakin merosot. Hari ini klinik beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

πŸ“Lokasi Klinik (Mayo Clinic PLT) :
No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

πŸ•— Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
πŸ“±https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan dengan segera!
❀️ Pemeriksaan β€’ Nasihat Doktor β€’ Rawatan



Musim jerebu jangan diambil mudah saja. Pelbagai implikasi pada kesihatan diri terutamanya bagi golongan yang berisiko t...
29/09/2026

Musim jerebu jangan diambil mudah saja. Pelbagai implikasi pada kesihatan diri terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi , iaitu kanak-kanak, warga emas dan pesakit asthma kronik.

Sebagai langkah berjaga-jaga, boleh bermula dari rumah. Dapatkan pemeriksaan segera dengan doktor jika kesihatan diri semakin merosot. Hari ini klinik beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

πŸ“Lokasi Klinik (Mayo Clinic PLT) :
No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

πŸ•— Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
πŸ“±https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan dengan segera!
❀️ Pemeriksaan β€’ Nasihat Doktor β€’ Rawatan



✨ Untuk makluman, klinik kami akan bercuti pada 16 September 2026 sempena Hari Malaysia  πŸ‡²πŸ‡ΎKlinik kami akan beroperasi s...
15/09/2026

✨ Untuk makluman, klinik kami akan bercuti pada 16 September 2026 sempena Hari Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Klinik kami akan beroperasi semula pada 17 September 2026 (Khamis)

Terima kasih atas sokongan anda semua 🩡

πŸ“Lokasi Klinik :
Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

πŸ•— Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
πŸ“±https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270



08/09/2026

BATU KARANG BUAH PINGGANG: KECIL, TAPI SAKITNYA BOLEH BUAT ORANG BERGULING

Ada orang datang ke kecemasan bukan sekadar mengadu sakit.

Dia tak boleh duduk diam.
Sekejap berdiri.
Sekejap membongkok.
Sekejap baring.
Ada yang muntah, berpeluh dan betul-betul berguling menahan sakit.

Salah satu puncanya ialah renal colic.

Ia berlaku apabila batu dari buah pinggang masuk ke ureter, iaitu saluran sempit yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing.

Apabila batu tersangkut, ureter cuba mengecut kuat untuk menolaknya keluar. Tekanan dalam sistem urinari meningkat dan inilah yang menghasilkan kesakitan yang sangat kuat, biasanya datang berombak.

Sakit selalunya bermula di bahagian pinggang atau belakang sebelah, kemudian boleh menjalar ke bawah perut, celah paha atau kemaluan.

Kadangkala turut ada loya, muntah, rasa hendak kencing selalu atau darah dalam air kencing.

Batu karang bukan semuanya sama.

Yang paling biasa ialah batu calcium oxalate. Ia boleh berkait dengan air kencing yang terlalu pekat, pengambilan garam tinggi, faktor pemakanan dan keadaan metabolik tertentu.

Ada juga calcium phosphate stone, uric acid stone yang lebih mudah terbentuk dalam air kencing berasid, struvite stone yang boleh berkait dengan jangkitan saluran kencing tertentu, serta cystine stone yang lebih jarang dan biasanya berkaitan penyakit genetik.

Satu perkara penting ialah saiz batu.

Secara umum, semakin kecil batu, semakin besar peluang ia keluar sendiri.

Batu sekitar ≀4 mm mempunyai peluang yang tinggi untuk keluar secara spontan, walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu.

Batu 4–6 mm masih boleh keluar sendiri, tetapi kebarangkaliannya semakin rendah dan prosesnya mungkin lebih lama.

Apabila batu semakin besar, terutama melebihi sekitar 6 mm, kemungkinan memerlukan bantuan prosedur menjadi lebih tinggi.

Tetapi jangan tengok saiz sahaja.

Lokasi batu, tahap sumbatan, fungsi buah pinggang, kehadiran jangkitan dan tahap kesakitan juga menentukan rawatan.

Untuk batu kecil tanpa komplikasi, rawatan biasanya melibatkan ubat tahan sakit, pengambilan cecair yang sesuai dan pemantauan. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin memberikan ubat seperti alpha-blocker untuk membantu batu ureter tertentu keluar.

Jika batu tidak bergerak, terlalu besar atau menyebabkan komplikasi, rawatan mungkin memerlukan extracorporeal shock wave lithotripsy, ureteroscopy dengan laser atau prosedur lain oleh pakar urologi.

Namun ada satu situasi yang tidak boleh tunggu.

Batu yang menyumbat saluran + jangkitan boleh menjadi kecemasan perubatan.

Jika sakit batu karang datang bersama demam, menggigil, sangat lemah, muntah berterusan, tidak boleh kencing atau hanya mempunyai satu buah pinggang yang berfungsi, dapatkan rawatan segera.

Sebab batu sekecil beberapa milimeter pun boleh mencetuskan kesakitan luar biasa.

Bukan sebab batunya β€œtajam sangat”.

Tetapi kerana ia sedang cuba melalui satu saluran yang memang sangat sempit.

🦟 DEMAM? JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!Denggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Jika anda mengalami demam, sakit kepala, sak...
02/09/2026

🦟 DEMAM? JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!

Denggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Jika anda mengalami demam, sakit kepala, sakit badan atau cirit-birit, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

πŸ“Lokasi Klinik (Mayo Clinic PLT) :
No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

πŸ•— Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
πŸ“±https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan dengan segera!
❀️ Pemeriksaan β€’ Nasihat Doktor β€’ Rawatan



Address

Bakri

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mayoclinicplt Muar-Bakri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share