20/12/2019
PRODUK AWWA TANPA MALTODEKSTRIN??
Apa itu Maltodekstrin?
Dalam bahasa ringkasnya maltodekstrin dari makanan seperti jagung, kentang, gandum. Tapi yang penting kena tau sumber tu dari GMO atau non-gmo. Ia cara semulajadi untuk ikat bahan-bahan dalam makanan untuk bergabung. Dan juga sebagai perisa semula jadi.
Maltodekstrin ni bagus ke tak bagus?
Ada kebaikannya dan ada keburukannya.
Kebaikannya :
1. Selepas senaman yang keras, maltodekstrin memberikan tenaga dan protein dengan cepat untuk otot anda.
2) Semasa senaman yang lama (aka maraton), penyerapan cepat maltodekstrin dengan badan dan osmolality rendah (Ia tidak menyerap air banyak) menjadikannya ia sesuatu yang baik untuk memberi tenaga disamping tidak menyebabkan dehidrated.
Sebab itu kebanyakan minuman memberi tenaga akan menggunakan maltodekstrin
Keburukannya :
Apa yang tak baiknya tentang maltodekstrin adalah kerana ia mengandungi kandungan gula yang agak tinggi dan mudah diserap oleh badan. Dan jika kandungan gula yang diserap itu tak digunakan (contoh untuk memperbaiki tisu rosak, membekalkan tenaga), ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.