Al Ard Bangi

Al Ard Bangi Kami menawarkan Product Makanan Kesihatan, Frozen dan lain-lain lagi yang berkualiti untuk anda. J Pengedar şah produk Sihate, dan barangan keluaran muslim. 100%

14/04/2024

463 TAHUN
Islam berjaya menguasai Al-Aqsa dengan adil & aman.

13/04/2024

Gerakan Intifada
Dibangkitkan dari kalangan pemuda Palestine yang hanya membaling batu & kayu sebagai senjata pada tahun 1987.

SABUN 100% MINYAK ZAITUN NABULSI.100% PREMIUM OLIVE OIL NABULSI SOAP.Sabun Pertama di dunia dihasilkan di Nablus, Tebing...
12/04/2024

SABUN 100% MINYAK ZAITUN NABULSI.
100% PREMIUM OLIVE OIL NABULSI SOAP.
Sabun Pertama di dunia dihasilkan di Nablus, Tebing Barat Palestin sejak lebih 5000 tahun dahulu dengan menggunakan Minyak Zaitun sebagai bahan asas.
Resepi yang sama ini masih dikekalkan dan digunakan dalam penghasilan sabun Minyak Zaitun Alard.
Kini para ahli Koperasi Wanita Palestine di Nablus bekerjasama dengan syarikat Alard bagi menghasilkan produk sabun minyak zaitun Palestine untuk jualan di seluruh dunia.
Sabun Minyak Zaitun ini dihasilkan secara “Handmade” dengan menggunakan resepi sabun tertua di dunia sejak zaman “Levant” dan hanya menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia berbahaya.
Sabun ini amat sesuai digunakan untuk semua jenis keadaan dan masalah kulit seperti Eczema, Psoriasis & Rosacea.
Ianya telah menjadi sabun pilihan utama para doktor dan perawat serta mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

"SABUN NI SANGAT MUJARAB! ANAK SAYA TAK NAK GUNA SABUN LAIN DAH!"Itulah kelebihan sabun minyak zaitun keluaran Al Ard Pa...
11/04/2024

"SABUN NI SANGAT MUJARAB! ANAK SAYA TAK NAK GUNA SABUN LAIN DAH!"
Itulah kelebihan sabun minyak zaitun keluaran Al Ard Palestine.
Ramai pelanggan kami menggunakan sabun natural ini kerana 5 sebab:
1. Ianya adalah handmade 100%, dihasilkan oleh Para Wanita di Tebing Barat, Palestine.
2. Ianya diperbuat 100% dari minyak zaitun dan tiada campuran apa pun bahan-bahan kimia dan pengawet.
3. Terbukti minyak zaitun adalah minyak terbaik di dunia untuk rawatan kulit. jadikan sabun minyak zaitun ini sebagai kegunaan luaran kulit bermasalah.
4. Sabun dari tanah subur dan diberkati. Ianya adalah tradisi turun temurun dari ribuan tahun sebelum ini.
5. Bau yang asli, warna yang asli dan aroma yang asli. Tiada campuran, penambah bau dan warna.
Jadikan sabun minyak zaitun yang di datangkan dari tanah palestine yang diberkati di setiap rumah anda!
Stok untuk Sabun Minyak Zaitun ini sangat TERHAD❗️
Kerana mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia.

Maksud Al-AqsaMaksud pertama adalah "yang tertinggi" dan yang kedua adalah "yang paling jauh".
09/04/2024

Maksud Al-Aqsa
Maksud pertama adalah "yang tertinggi"
dan yang kedua adalah "yang paling jauh".

Alhamdullillah ramai yang mula datang membeli Minyak Zaitun Palestine sebagai Buah Tangan untuk Ibu dan Ayah tercinta di...
08/04/2024

Alhamdullillah ramai yang mula datang membeli Minyak Zaitun Palestine sebagai Buah Tangan untuk Ibu dan Ayah tercinta di Kampung...
Kurang sikit rasa risau bila Ibu dan Ayah s**a amalkan Minyak Zaitun Premium Organic dari Alard Palestine ni..
InsyaAllah, ini adalah ikhtiar terbaik untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik.
Jom kita ambil peluang Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk hadiahkan mereka Minyak Zaitun Palestine Terbaik di Dunia ini...

MINYAK ZAITUN PALESTINE TERBAIK DI DUNIA.ALARD PALESTINIAN PREMIUM ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.Palestine, Bumi yang d...
07/04/2024

MINYAK ZAITUN PALESTINE TERBAIK DI DUNIA.
ALARD PALESTINIAN PREMIUM ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.
Palestine, Bumi yang di Berkati adalah “Tempat Lahir” pokok zaitun di dunia.
Palestine juga dikenali sebagai “THE HOME OF THE ANCIENT OLIVE TREE”
Tanah Palestine yang subur dan penuh Barakah serta keadaan muka bumi bergunung ganang, keadaan cuaca yang sejuk dan panas yang melampau serta taburan hujan yang rendah akan menghasilkan buah zaitun yang bermutu tinggi.
Tanaman secara organik seperti yang dilakukan sejak lebih 5000 tahun lalu serta cara penjagaan pokok zaitun yang rapi menggunakan kaedah moden juga akan menghasilkan minyak zaitun Organik yang berkualiti tinggi.
Alard adalah sebuah Syarikat Pengeluar dan Pengeksport Minyak Zaitun terbesar di Palestine.
Syarikat Alard juga telah menerima anugerah Pengeksport Terbaik Palestine.
Minyak Zaitun Premium Organic Extra Virgin Alard yang berkualiti tinggi ini adalah hasil penggunaan Teknologi Moden dan Terkini.
Minyak Zaitun yang mengandungi khasiat Antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi ini mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri :
✅Pembotolan secara “Nitrogen Injection Bottling” bagi mengekalkan kandungan Khasiat Antioksidan.
Tanpa Nitrogen Injection Bottling, Minyak Zaitun tersebut akan terdedah kepada Udara dan akan TEROKSIDA.
Minyak Zaitun yang TEROKSIDA akan Memudaratkan Kesihatan.
✅ Minyak Zaitun Awal Musim Terbaik “EARLY HARVEST”.
✅ Extra Virgin (Perahan Pertama) & Cold Pressed.
✅ Dari Pilihan Buah Zaitun Hijau yang Terbaik & Di Proses Pada Hari Yang Sama.
✅ Kandungan Acidity Rendah, kurang dari

Delima kaya dengan vitamin A,C,E dan asid folik, serta tiga kali ganda antioksidan berbanding teh hijau.
06/04/2024

Delima kaya dengan vitamin A,C,E dan asid folik, serta tiga kali ganda antioksidan berbanding teh hijau.

06/04/2024

Gaza ialah tempat kelahiran Imam as-Syafie', iaitu imam bagi mazhab umat Islam khususnya bagi umat Islam yang menetap di Malaysia.
Gaza juga merupakan tempat kelahiran Imam al-Ghazali, iaitu ulama besar yang telah menulis kitab Ihya Ulumuddin.

Rupa Bentuk Asal "Dome of The Rock".Dibina oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik Ibn Marwan yang pada asal nya kayu dengan p...
06/04/2024

Rupa Bentuk Asal "Dome of The Rock".

Dibina oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik Ibn Marwan yang pada asal nya kayu dengan penutup tembaga, plumbum atau seramik.

DI SEBALIK PERANG, KILANG MINYAK ZAITUN KAMI MASIH BEROPERASI“Dah perang macam ini, macam mana boleh buat minyak zaitun ...
06/04/2024

DI SEBALIK PERANG, KILANG MINYAK ZAITUN KAMI MASIH BEROPERASI
“Dah perang macam ini, macam mana boleh buat minyak zaitun lagi?”
Inilah antara soalan yang biasa saya dapat.
Berdasarkan pengalaman peribadi, saya dapati masih ramai rakyat Malaysia yang belum faham tentang keadaan geografi Palestin.
Palestin ni bukan macam keadaan negara yang biasa kita lihat. Kebiasaannya dalam sebuah negara, daerah-daerah didalamnya tersambung.
Namun situasi berbeza berlaku pada Palestin.
Akibat pendudukan dan juga rampasan tanah oleh Israel sejak lebih 70 tahun yang lalu. Keluasan tanah yang diduduki oleh rakyat Palestin semakin hari semakin mengecil .
Yang tinggal hari ini hanyalah Palestin yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Gaza dan Tebing Barat .
Jarak antara Gaza dan Tebing Barat bukannya dekat iaitu kira-kira 100 kilometer atau lebih tepatnya 93.2 km.
Perang yang kita sedang lihat sekarang ni berlaku di kawasan Gaza. Serangan Israel yang bermula di Bandar Gaza dan hari ini sudah merebak ke kawasan Rafah.
Dalam masa sama, serangan turut berlaku di Tebing Barat iaitu di Bandar Jenin.Walaupun serangannya tidak sehebat di Gaza namun ia masih berlaku.
Jarak Bandar Jenin ini tidak jauh dari kawasan operasi kilang kami di Nablus. Hanya satu jam sahaja perjalanan.
Akibat serangan di Jenin, operasi kami menghadapi gangguan. Jalan-jalan rosak dan pekerja-pekerja kami s**ar untuk datang ke tempat kerja.
Di Tebing Barat inilah terletaknya kebun-kebun zaitun yang luasnya sejauh mata memandang.
Saya dah cerita pada tempoh hari bahawa kebun zaitun ini ada fungsi dua dalam satu untuk mempertahankan tanah dari dirampas Israel, dalam masa sama menjana ekonomi Palestin.
KILANG ZAITUN NADI KEHIDUPAN WARGA PALESTIN
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kami tetap meneruskan operasi kilang kerana ia adalah nadi kehidupan kepada masyarakat Palestin.
Sekiranya kilang ditutup macam mana pekebun-pekebun nak pastikan hasil kebun mereka akan dibeli?
Bagaimana p**a dengan nasib pekerja-pekerja di kilang?
Bagaimana p**a nasib mereka yang menyediakan perkhidmatan logisitik dan pengangkutan menghantar minyak zaitun ke pelabuhan di Jordan bagi tujuan eksport ke seluruh dunia?
Inilah cara Al’Ard berfikir. Kami meletakkan kepentingan komuniti sebagai perkara paling utama berbanding perkara-perkara lain.
Jika itu kisah kami di Palestin, bagaimana p**a dengan kisah kami di Malaysia?
Apabila kilang sudah sediakan produk minyak zaitun berkualiti dunia, pasti kami perlukan usahawan yang sudi berjuang bersama kami mengedarkan minyak zaitun Al’ard di sini.
Kami sudah bertapak di Malaysia sejak 10 tahun lalu dan hari ini kami ingin menjalankan gerak kerja besar-besaran bagi penghantaran dana bernilai RM 3 juta ke Palestin.

Labu dapat melambatkan rasa lapar dan memiliki kandungan air yang tinggi sehingga 94%.
05/04/2024

Labu dapat melambatkan rasa lapar dan memiliki kandungan air yang tinggi sehingga 94%.

Address

C-11-3, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Ard Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share