Saka & Sihir

Saka & Sihir Rawatan ke rumah boleh diuruskan

Menawarkan perkhidmatan konsultansi & rawatan pemulihan SAKA & SIHIR serta gangguan jin yang mengakibatkan kesakitan fizikal/medical, gangguan psikiatrik/emosi, histeria dll.

21/12/2024

Admin akan membuka slot rawatan di Perlis, Kedah dan Penang pada 24 - 25 Disember 2024. Untuk tempah slot sila click wasap.my/60192633269

KEBENARAN VS KEPALSUANFaktor kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu urusan banyak bergantung kepada tindakan awal dan pro...
26/06/2024

KEBENARAN VS KEPALSUAN

Faktor kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu urusan banyak bergantung kepada tindakan awal dan proses membuat keputusan. Contohnya apabila kita ingin pergi kursus pemasaran banyak pilihan sifu yang ada dipasaran. Bagaimana tindakan awal dapat memastikan kita berjaya? Tidak memilih sifu kerana terkenal semata-mata, tidak memilih sifu kerana ditunjukkan kekayaannya semata-mata. Kadangkala nasihat yang paling pakar atau sesuai ada di depan mata sahaja. Rakan yang melalui kegagalan banyak kali mungkin adalah sifu yang sesuai kerana dapat memberikan tip yg lebih tepat supaya tidak salah membuat keputusan.

Begitu juga dalam memilih keputusan untuk membuat rawatan akibat gangguan Saka & Sihir. Kebanyakan pesakit akan membuat keputusan yang tergesa-gesa atau mudah seperti pilih yang dekat, pilih yang bayaran ikhlas, pilih yang viral, pilih yg penampilan islamik, pilih yang tunjuk video cepat sembuh dan macam2 lagi yang akhirnya pencarian kepada penyembuhan tidak berakhir malahan bertambah sakit.

Sebab itu saya sering tekankan kepada pesakit yang datang apa yang penting di dalam rawatan adalah memilih Dr yang betul..memilih klinik yg betul..memilih perawat yang betul!! Kalau sakit kulit carilah klinik yang mahir dengan kulit bukannya klinik yang general. Kalau dah pergi 10 pusat rawatan ruqyah tetapi masalah tidak pulih juga maka mungkin kita telah melawat klinik yang salah. Ruqyahnya tidak salah tetapi mungkin ubatnya yang salah atau mungkin masalah tersebut tidak perlu diruqyah pun seperti contoh 1 kes yang saya handle pesakit mengalami situasi seperti Bipolar disorder yang mengaku dirinya tuhan. 3 pusat rawatan lain guna kaedah ruqyah dan nasihat agama malah ada yg minta pesakit mengaku apa dosa yang telah dibuat. Padahal solution sebenarnya apabila saya dapati pesakit sudah 2 minggu tak tidur saya minta ibunya bawa ke hospital supaya diberikan ubat tidur dan selepas itu baru jumpa semula utk rawatan. Alhamdulillah diagnosis betul, step betul, teknik rawatan betul mudahlah penyakit pergi.

Link di bawah menunjukkan seorang ustaz memberikan reaksi kepada kaedah seorang perawat. Saya tidak judge kaedah perawat tersebut betul atau tidak. Tuan-tuan gunakanlah penilaian yang terbaik untuk menilai yang HAQ VS BATHIL dalam apa jua yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari.

7,563 Hadis Sahih sudah diterjemahkan oleh saya dan team. Sahih al-Bukhari yang pertama lengkap dalam terjemahan bahasa Melayu Malaysia. Segera: https://sant...

TESTIMONIJualan Perniagaan DropBerikut 2 testimoni terbaru berkaitan isu ketiadaan pelanggan secara drastik sehingga sal...
28/03/2024

TESTIMONI

Jualan Perniagaan Drop

Berikut 2 testimoni terbaru berkaitan isu ketiadaan pelanggan secara drastik sehingga sales terjejas di premis perniagaan SPA dan klinik.

Seperti biasa testimoni yang saya lampirkan di dalam posting-posting sebelum ini dan yang terbaru ini bukanlah pengakuan yang diminta tetapi screenshot dari perbualan saya dengan mereka. Saya seronok jika tiba-tiba dihubungi menyatakan perubahan baik yang berlaku. Sebenarnya banyak testimoni tentang akuan sihat dan pulih datang daripada mulut pesakit secara face to face. So yang macam tu tiada bukti untuk ditunjukkan.

Apa pentingnya saya sering tunjuk screenshot perbualan dari pesakit? Semestinya untuk yakinkan orang yang baru ingin berjumpa dengan saya. Yang pasti screenshot perbualan adalah benar walaupun isinya ringkas tapi tanpa paksaan dan yang pasti bukan rekaan dan hype. Next time saya akan tunjukkan p**a video ringkas situasi pesakit yang menerima rawatan. Bagaimana tindakbalas rawatan - menjerit, pengsan, muntah, mata merah, mengilai, sendawa kuat, mengaum, bersilat, menyanyi dan sebagainya.

Berbalik kepada isu ketiadaan pelanggan secara tiba-tiba. Sebenarnya daripada 10 kes yang ada isu sedemikian saya dapat sahkan hanya 20% yang benar-benar genuine atau mempunyai unsur gangguan. Ramai yang akan hubungi nak pagar kedai, pelanggan mereka mengadu tak nampak kedai, staf nampak benda halus berkeliaran dalam kedai dan macam-macam lagi.

Kenapa hanya 20% yang benar ada unsur gangguan? Kerana kebanyakannya salah diagnose oleh perawat sebelumnya. Dah puas panggil pelbagai perawat pagar kedai namun hakikat sebenarnya masalah bukan di dalam kedai tapi berpunca dari gangguan dalam badan sendiri seperti ada unsur saka atau mereka yang sebenarnya 'menyihir' kedai sendiri kerana tidak menjaga staf dengan baik, interior yang tak cantik, pengurusan yang tiada SOP dan pelbagai lagi.

Sebab itu apabila ada pesakit yang minta saya datang ke kedai atau premis perniagaan ada kemungkinan saya bukan terus pagar/memulihkan kedai tetapi tuan badan dulu yang perlu dipulihkan. Seperti 2 kes di bawah saya boleh terima yang memang wujud unsur gangguan di kedai. Bermula dengan merawat pemiliknya baru appointment seterusnya untuk pemulihan kedai.

Inna Allaha maas sobiriin

Jika ada masalah yang serupa bolehlah hubungi admin.

Terima kasih.

Admin Mua'az
wasap.my/60192633269

07/12/2023

Admin akan membuka slot rawatan di PERAK 9 - 11 Disember 2023. Sesiapa yang berhajat untuk membuat temujanji sila hubungi wasap.my/60192633269

28/07/2023

Admin akan membuka Slot rawatan di Pulau Pinang pada 28-30 JULAI 2023. Boleh whatsapp wasap.my/60192633269

10/01/2023

Admin akan membuka slot rawatan di Kuching, Sarawak pada 22-24hb Januari 2023. Kepada yang berhajat boleh hubungi untuk temujanji.
www.wasap.my/60192633269

03/06/2022

PASANGAN TAK MAHU BERUBAT

Ramai juga yang whatsapp menyatakan pasangan tak nak berubat. Dan yang pasti mesti lah ramai yang minta tengokkan dari jauh. Kadang-kadang saya sengaja duga kalau saya dah bagi jawapan tentang sakit pasangan tu hari apa nak datang jumpa. Jawapannya sampai ke sudah takkan datang.

Antara jawapan yang diberi pasangan ialah mereka tiada gangguan. Begitulah stigma dalam masyarakat perkataan gangguan tu bunyinya sangat negatif. Ada yang sangat tak percaya tentang kewujudan Saka & Sihir dan ada yang terlebih percaya kononnya disihir.

Sihir ni real memang wujud. Sihir adalah senjata yang digunakan oleh manusia melalui kekuatan dan kelebihan jin untuk mencapai matlamat - menyakiti, menyayangi, mengubati, meramal dan sebagainya.

Kita sering melakukan sihir tanpa sedar. Contohnya seorang isteri yang jumpa perawat untuk merawat hubungan dengan suami. Tujuannya betul tapi beliau tak sedar sebenarnya beliau sedang menyihir suami kerana apa yang perawat suruh seperti masukkan garam yg dibaca dalam masakan, atau minum air yang dijampikan atau baca beberapa ayat untuk diamalkan sebenarnya mengundang kehadiran jin untuk mencapai apa yang diinginkan (Sila baca posting-posting lepas kaedah yang betul jika ada masalah suami isteri).

Berbalik kepada topik PASANGAN TAK MAHU BERUBAT. Saya cuba bawa fahaman anda yang gusar dan buntu tentang pasangan yang tak mahu berubat. Sebenarnya rezeki, kesihatan, jodoh dan sebagainya adalah atas apa yang kita telah usahakan, fikirkan dan doakan. Maka jika pasangan memilih tidak mahu berubat itu adalah akibat pegangan dan kefahaman yang salah yang beliau pegang selama ini. Contohnya 60 % orang Malaysia mengalami kegemukan selepas kahwin kerana tiada kefahaman tentang apa yang berlaku kat badan. Jika mereka faham exercise dan pemakanan yang baik itu sangat penting pasti akan menjadi amalan harian. Begitu juga dengan mereka yang tidak mahu berubat. Itu adalah akibat dari pemikiran dan kefahaman yang salah. Kalau pasangan tidak mahu bekerja macam mana duit nak masuk, kalau pasangan tak mahu ke hospital akibat sakit kepala yang berterusan macam mana Doktor nak rawat? Kalau pasangan tak nak jumpa perawat macam mana nak sahkan yang wujud gangguan. Boleh faham kan.

Maknanya jika pasangan tak mahu berubat ada langkah yang lebih penting untuk dibuat. Kalau jumpa perawat tanpa beliau rela hati pun susah. Silap-silap perawat akan dimaki. Tindakan yang penting adalah ubah persepsi. Kalau suami kaki malas bekerja macam mana anda nak ubah? Begitulah kalau suami tidak mahu jumpa perawat kena pujuk dan fahamkan juga bukannya serahkan kepada perawat rawat dari jauh atau ambil barang-barang dan amalan yang melibatkan kehadiran jin.

Didoakan pasangan anda diberikan hidayah untuk membuat keputusan yang betul.

Admin Mua'az
www.wasap.my/60192633269

08/12/2021

BEBAS GANGGUAN

Ramai yang ingin bebas dari gangguan (jin) dan ramai juga yang tak faham mereka berada dalam cengkaman jin selama ini.

Apakah rahsia bebas dari gangguan jin?

Baru-baru ini dihubungi seorang rakan yang meminta pendapat kenapa kawannya boleh nampak beberapa pontianak dan pocong sedangkan kawannya ok sahaja tiada apa-apa gangguan. Selepas diberi penerangan rupanya kawannya ada disebelah dan mereka meminta untuk berjumpa p**a.

Kisahnya pun diceritakan mengenai penampakan jin dan beberapa aktiviti barang dialihkan. Beliau yakin beliau tiada apa-apa masalah cuma semenjak jin-jin ini muncul di tempat kerja beliau jadi sukar tidur malam.

Selepas panjang lebar saya huraikan saya katakan yang beliau sedang berdepan dengan masalah. Dan masalah itu agak besar dan agak lama cumanya kisah gangguan terkini itu hanyalah sebagai penambah perisa.

Saya katakan mana mungkin beliau tiada masalah, sehingga sudah berjumpa dengan 3 orang untuk memperkatakan hal yang berlaku. Jika benar-benar tiada masalah pasti pengalaman itu mudah sahaja diabaikan.

Begitulah saya memahami apa yang beliau sedang hadapi iaitu ada masalah tersembunyi yang lebih besar telah berada di dalam badan dan masalah tersebut adalah berkaitan dengan saka keturunan. Dan selepas saya memberi pendapat baru diceritakan yang beliau sering mendengar bisikan namanya dipanggil dan meminta darah. Kalau direfer ke hospital ini adalah sakit di bawah kategori skizofrenia dan perlu dirujuk dengan pakar psikiatrist. Adakah beliau benar-benar tiada apa-apa seperti yang diyakini ? Saya yakin pembaca sudah boleh faham dan meneka.

Berbalik kepada bagaimana untuk bebas dari gangguan jin. Anda perlu pastikan diri anda benar-benar bebas dari isu-isu seperti saka terutamanya kerana apabila ada saka sensor dalam badan akan terbuka. Boleh nampak, boleh dengar, boleh rasa dan sebagainya yang kelak memudahkan p**a jin-jin lain datang menempel kerana telah wujud laluan khas.

Admin Mua'az
www.wasap.my/60192633269

06/09/2021

BOLEH TAK TARIK SEMUA GANGGUAN TERUS?

Kadangkala muncul persoalan sebegini dari pesakit. Ada lebih kurang 5% dari pesakit yang akan bertanyakan persoalan ini.

Ada 4 keadaan yang bertanya

Pertama adalah mereka yang tidak tahan dengan masalah yang berlarutan.

Kedua adalah mereka yang tidak sabar ingin kembali sembuh 100%

Ketiga adalah mereka yang ingin cuba memahami kenapa setiap sesi muncul character jin yang berbeza-beza

Keempat adalah mereka yang bertanya tanpa ada keluhan dan apa-apa maksud dan kehendak.

Walaupun soalan ini jarang ditanya tetapi cabaran untuk menerangkan adalah sangat tinggi.

Sebenarnya jika anda rajin membaca posting-posting yang lepas persoalan ini ada terjawap secara tidak langsung.

Namun saya akan cuba terangkan sebaik mungkin supaya sama-sama kita dapat memahami.

PERTAMA

Setiap masalah gangguan yang berlaku antara anda dan orang lain adalah berbeza. Kaedah dan jalan penyelesaian juga berbeza. Ada pesakit yang mampu tanggung kesakitan dan ada yang tidak. Ada pesakit yang boleh bertenang manakala ada yang sentiasa beremosi. Ada pesakit boleh beri kerjasama untuk sesuatu arahan manakala sebahagiannya tidak.

Ada pesakit ada 1 ekor jin sahaja dalam badan manakala yang lain boleh ada sehingga beratus-ratus ekor. Ada pesakit badannya fit untuk ditarik terus bisa dalam badan manakala sebahagiannya terus lembik tak berdaya. Ada pesakit perubahan 50% yang berlaku sudah merasai nikmat yang sangat tinggi manakala sebahagian yang lain walaupun progres sudah hampir sembuh sepenuhnya tetapi langsung lupa keadaan sakit sebelumnya dan hanya fokus 10% yang masih sakit.

KEDUA

Kaedah merawat yang cepat dan segera biasanya menggunakan kaedah sihir. Maksud gunakan sihir ini adalah perawat menggunakan khadam/saka. Banyak kes keajaiban berlaku sekelip mata tetapi akhirnya hanya bertahan sehingga setakat balik ke rumah atau paling lama sebulan dari start rawatan. Kemudian masalah berulang semula.

KETIGA

Fahami konsep takdir, qada & qadar. Masalah dan cabaran adalah ujian kepada setiap insan. Kita rasa tak sabar apabila berdepan dengan masalah gangguan dan ingin ianya pulih sekelip mata. Selain gangguan kita juga mungkin pernah alami masalah kesihatan, masalah kewangan, masalah rumah tangga dan sebagainya dan ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi untuk menyelesaikan setiap masalah dan cabaran yang dihadapi. Setiap halangan dan cabaran yang berlaku memerlukan kesabaran dan pengorbanan.

Sekian untuk topik ringkas di waktu petang ini. Kesimp**annya ada pesakit yang dapat ditarik semua gangguan dengan sekali proses manakala ada yang perlu diulang. Apa yang penting setiap selepas sesi rawatan perubahan demi perubahan yang berlaku. InsyaAllah banyak lagi topik-topik lain yang akan dibincangkan di lain masa.

Admin Mua'az
www.wasap.my/60192633269

04/06/2021

FASA KEHIDUPAN

Di satu sudut hati
Merintih menangisi diri
Apakah nasib yang terjadi
Malang menimpa bertubi-tubi
Toleh ke kanan dan ke kiri
Orang lain nampak bahgia sana sini
Tiada masalah seperti Aku ini
Masa dan wang ringgit sudah tidak berbaki
Demi mengubati diri
Jika ini yang dinamakan rezeki
Tetapi sering menjauhi
Tidak sanggup lagi
Hidup di dunia ini
Terdiam sendiri
Menyalahi
Ilahi

Sedikit syair kehidupan tentang kebanyakan dari kita. Terasa masalah demi masalah yang menimpa sehingga tak nampak langsung nikmat yang ada.

Baik. Di pagi yang nyaman ini saya sampaikan sedikit rahasia kehidupan. Jika anda memahami perkara ini insyaAllah anda akan berusaha menyelesaikan semua masalah satu persatu.

Sebenarnya di dalam hidup ini setiap orang akan diberikan NIKMAT & MASALAH.

Tetapi apa yang sering dimahukan oleh manusia hanyalah nikmat sahaja. Oleh itu kita hanya terdidik untuk menerima perkara yang diingini dan sering mengelak dan mengabaikan masalah.

Apabila mendapat rezeki seringkali bersyukur "Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat". Tetapi apabila sesekali rezeki tersalah alamat langsung menyalahkan takdir. Tiada lagi ratib syukur.

Begitulah juga sifat kita sesama manusia. 10 kebaikan kawan terhadap kita tetapi satu hari datang 1 keburukan sifirnya terus jadi 10 - 1 = 0.

Balik kepada rahasia kehidupan tadi, sebenarnya setiap manusia mempunyai fasa challenging yang sama tetapi berbeza sifatnya.

Ok macam ni. Saya namakan masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia ada 5 level. Level 1 masalah yang paling ringan dan Level 5 adalah masalah yang paling berat. Setiap orang akan lalui KELIMA-LIMA fasa tersebut tetapi di dalam ruang kehidupannya sendiri.

Contohnya anda lihat jiran sebelah rumah ada kereta mewah tetapi anda tak tahu yang beliau sudah kehilangan ibu seawal usia 20 tahun.

Jadi sebenarnya setiap orang pasti akan melalui fasa MASALAH dalam kehidupan. Dari yang paling ringan kepada yang paling berat cumanya NIKMAT & MASALAH bagi setiap orang adalah berbeza.

Contohnya di kala Pandemik Covid 19, ada yang statusnya adalah MASALAH fasa 1 sahaja dan ada yang statusnya MASALAH fasa 5 iaitu sangat berat. Manakala sebahagian yang lain di kala pandemik ini berlakunya NIKMAT yang melimpah ruah.

Boleh faham kan setakat ini. Simple sahaja ilmunya tetapi jika anda faham hakikat hidup ini wajib ada fasa nikmat dan wajib ada fasa masalah maka anda akan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

Hayya Alal Falah

Admin Mua'az
www.wasap.my/60192633269

03/06/2021

ELEMEN GANGGUAN

Assalamualaikum & Selamat malam

Apabila disebut tentang gangguan seringkali apa yang terlintas di fikiran adalah kewujudan jin di dalam badan.

Adakah benar?

Sebenarnya jin boleh wujud di dalam badan dan seterusnya mengganggu sistem dan organ badan dari berfungsi dengan baik dan sempurna.

Namun jin juga boleh tiada di dalam badan dan hanya memasang bom jangka dan melakukan remote dari luar. Puaslah si perawat menjejak jin di dalam badan rupa-rupanya jin tersebut berada di luar.

Jin juga boleh hanya hantar paku, rambut, kaca, duri dan sebagainya kemudian barang-barang tersebut yang akan merosakkan sistem badan.

Berbalik kepada tajuk ELEMEN GANGGUAN ingin saya jelaskan apabila anda mengalami gangguan jin ada 3 elemen yang akan wujud:-

1. Jin
2. Bisa/racun/angin
3. Tapak/rumah

3 elemen ini perlu disettlekan dan bukan hanya jin sahaja. Seringkali pesakit bertanya jin-jin dalam badan saya dah tak ada kan?

Yes dah tak ada tetapi fasa rawatan seterusnya adalah menghilangkan bisa/racun/angin dan seterusnya tapak/rumah jin tersebut di dalam badan.

Sebab itu ramai pesakit yang sudah mengalami fasa kelegaan tetapi tidak dapat pulih sepenuhnya. Pastikan kesemua elemen gangguan di dalam badan tersebut dilupuskan 100 peratus.

Selamat memahami dan semoga berjaya.

Admin Mua'az
www.wasap.my/60192633269

Address

Seksyen 16
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saka & Sihir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saka & Sihir:

Share