Deko Sh0ppe

Deko Sh0ppe Menjual pelbagai kudapan sihat berasaskan bawang. Sesuai dimakan seisi keluarga.

RESEPI PISANG CHEESE CARAMEL Semalam org dari ipoh tanya..ambik kat mana resepi ?..xjumpa katanya mana2 bakers buat dan ...
09/12/2023

RESEPI PISANG CHEESE CARAMEL

Semalam org dari ipoh tanya..ambik kat mana resepi ?..xjumpa katanya mana2 bakers buat dan ajar..

Resepi ni cikyana reka sendiri ye..menu first berjinak jinak dgn dunia COD food biz smpai ketagih buat biz..harini cikyana share kt sni lah ye..mana tau ada yg nk cuba..bleh buat duit ni uols..selamat mencuba!!

Uols bleh try ye..ank2 mmg suka..ilham resepi nih dpt gabung idea dr resepi puding raja n pisang goreng cheese sbnrnya..cikyana ubah sikit..ramai yg duk pm nak resepi so harini baru sempat nak up resepi nih.Resepi rahsia dari 2017 terbongkar!!!

Bahan-bahan :

Pisang Berangan(pilih yg xmasak sgt lg)-jenis lain xberapa sesuai sbb bila grill akan jd lembikk😅

Belah 2 -grilled guna pan ajaib je..sapu dlu pan dgn butter

Sambil tu tabur gula perang atas pisang bukan atas pan*

Sos Kastard :

Bahan-bahan :

1 Tin Susu cair
1/2 Tin Susu pekat
3 -4 Sudu Tepung kastard cap Nona
1 -2 Sudu Tepung jagung
Air-3tin *sukat guna tin susu cair ye-bleh ikut selera nk cair or pekat ejas sendiri ye
3 biji telur-kuning telur shj

Cara-cara :

*Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api..pasti kan kalo sejuk pun xkeras beku ye..ala2 sos kastard utk puding roti gitu✌

Dah siap susun pisang tuang sos tabur dgn cheese dan nok sedap lagi buh aje buah-buahan mcm strawberry,blue berries atau kiwi pun ok dan ikut selera tekak masing2😋

Kredit : Diana Azizan




Resepi tengah Viral🍪 Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! 😋“Bila lalu je sebelah kedai jual bisk...
08/12/2023

Resepi tengah Viral

🍪 Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! 😋

“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”

Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
ya

250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan p**a bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan p**a 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

Cari chipsmore yang sedap dan murah
👉🏻https://shope.ee/6pagenGoog

26/07/2023

Ya Allah panjangkanlah umurku, sihatkanlah tubuh badanku, terangilah hatiku,kuatkanlah hatiku, baikkanlah amalku, luaskanlah rezekiku, dekatkanlah aku dengan kebaikan dan jauhkanlah aku dengan kejahatan

31/10/2022

Ya Allah Ya Mujib, Berkatilah diri kami semua dalam mencari rezeki hari ini dengan rahmat dan keagunganMu🤲

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGIKita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,"Kenapa aku tak beramal banyak?"Kita kena berlu...
21/09/2022

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat p**ak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018

19/09/2022

Semoga segala doa kita dimakbulkan.
Segala urusan dipermudahkan. Tercapai segala hajat dan sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT....
Aamiin YRA

12/09/2022

Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa kami, ibu bapa kami, guru-guru kami, orang disekeliling kami.. Engkau permudahkanlah urusan harini dan seterusnya Ya Allah..

02/09/2022

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Ilmu yang bermanfaat. Engkau limpahkanlah rezeki yang baik dan berkat kepada kami dan ahli keluarga kami semua. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin

29/08/2022

Ya Rahman, Engkau permudahkan segala urusan kami hari ini dan hari seterusnya.. Engkau pertemukan kami dengan orang-orang yang baik dan memudahkan segala masalah.. Aamiin Ya Allah

23/08/2022

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami harini.. Engkau berikan kami peluang untuk terus bantu orang ramai Ya Allah..

Address

Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Deko Sh0ppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share