Aafiyah Massage And Herbs

Aafiyah Massage And Herbs Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aafiyah Massage And Herbs, Banting.

Salam Ramadhan dari kami Aafiyah Massage And Herbs😄
16/05/2018

Salam Ramadhan dari kami Aafiyah Massage And Herbs😄

Manfaat berurut untuk wanita mengandung😍Wanita hamil sering mengalami keletihan dan sakit-sakit badan akibat perubahan h...
14/05/2018

Manfaat berurut untuk wanita mengandung😍

Wanita hamil sering mengalami keletihan dan sakit-sakit badan akibat perubahan hormon ketika hamil dan juga apabila perut semakin membesar. Keadaan ini diburukkan lagi apabila ibu bekerja yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai permasalahan di tempat kerja p**a. Urutan yang ringan di bahagian tulang belakang mampu memberikan kelegaan dan ini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Urutan dapat meningkatkan kepekatan hormon dopamin dan serotonin yang juga dikenali sebagai hormon gembira. Peningkatan hormon ini akan memberi rasa tenang kepada ibu, meningkatkan tenaga dan semangat ibu. Hormon ini juga akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika saat melahirkan nanti.

Manakala, hormon cotrisol dan norepinehprine iaitu hormon yang menyebabkan tekanan emosi akan berkurangan. Nah, sekaligus ibu akan berasa lebih tenang kerana hormon ini akan menyebabkan ibu cepat marah dan mudah berputus asa.

Urutan dapat mengurangkan kesakitan pada tulang dan sendi. Selain itu, pada peringkat akhir keIbu-ibu yang sering diurut mendapati tidurnya adalah lebih lena.

Sistem imuniti untuk ketahanan badan juga meningkat dengan urutan. Jadi, ibu-ibu akan kurang mendapat jangkitan sewaktu di alam kehamilan dengan banyakkan urutan.
oleh kerana itu Aafiyah Massage And Herbs menyediakan perkhidmatan urut ibu hamil kepada para ibu yang sedang hamil
kami juga menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah di sekitar banting dan kawasan yang berdekatan dengannya😁

7 Sebab Wanita Mesti Berurut Lepas Bersalinhari ni Aafiyah Massage And Herbs ingin berkongsikan antara kebaikan dan kepe...
28/04/2018

7 Sebab Wanita Mesti Berurut Lepas Bersalin
hari ni Aafiyah Massage And Herbs ingin berkongsikan antara kebaikan dan kepentingan urut bersalin yang patut ibu-ibu tahu.

1. Melegakan Rasa Sakit Badan
Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang amat memenatkan, Ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang, dan pinggang.

Sejurus selepas bersalin, anda masih terus mengerahkan tenaga untuk menjaga serta menyusukan bayi. Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak selesa pada awalnya.

Urut bersalin dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

2. Melancarkan Perjalanan Darah
Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.

Dengan teknik yang betul, ia juga dapat mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim dengan berkesan.

3. Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu
Banyak petua orang dulu-dulu mempercayai bahawa urut bersalin amat berkesan untuk mengatasi masalah kurang susu badan atau puting tersumbat.

Dari satu sudut, ia dilihat ada benarnya kerana pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat stres. Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung ia membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.

Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.

4. Mencegah Tekanan Selepas Bersalin (Postnatal Depression)
Seperti yang disebutkan di atas, urutan dapat membantu anda relaks. Selain disebabkan sentuhan, aroma daripada minyak herba juga membantu deria anda untuk berasa lebih tenang dan segar.

Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin mengurus bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan ini, risiko meroyan atau postnatal depression dapat dikurangkan.

5. Mengembalikan Bentuk Tubuh
Seperti yang kita sedia maklum, urutan dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul bagi membantu proses kehamilan.

Selalunya, urut bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung yang akan membantu mempercepatkan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

6. Memberi Peluang Ibu Dimanja
Setelah seharian mengurus dan menyusukan bayi dalam tempoh berpantang, tentu ibu akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat.

Ketika inilah ibu dapat mengadukan sebarang kesakitan, meminta nasihat, berbual-bual, atau menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan bayi yang menangis.

7. Mempercepatkan Proses Pemulihan Selepas Bersalin
Selain begitu banyak manfaat yang diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urut bersalin mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
jom tempah slot berurut atau berpantang dengan kami!!😍
slot terhad!!😱
Perkhidmatan ke rumah diseluruh selangor dan kuala lumpur🏎️
call/whatsapp 017-340 1084
lawati page kami : Aafiyah Massage And Herbs

Assalamualaikum..hai😄hari ni nak berkongsi tentang kepentingan berpantang untuk wanita selepas bersalin...Berpantang sel...
25/04/2018

Assalamualaikum..hai😄
hari ni nak berkongsi tentang kepentingan berpantang untuk wanita selepas bersalin...
Berpantang selama 44 hari memang menjadi amalan yang amat pop**ar dalam kalangan masyarakat orang Melayu sejak zaman berzaman. Mengikut panduan perubatan moden, tempoh berpantang bersalin atau puerperium adalah dalam lingkungan 42 hari atau enam minggu.

Tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involusi.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan “balik seperti sediakala“.

Selepas 42 hari, rahim telah mengecut dan p**ang ke “sarang” iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun, tetapi mulut rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul.

Di samping itu, urat peranakan di bahagian f***j masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian berputar di seluruh sendi anggota.

Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan. Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan fungsi organ kewanitaan, petua Melayu mengesyorkan sanggama hanya dimulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, di rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermat di sepanjang tempoh itu, kesihatan ujud anggota terpelihara serta dipertingkatkan.

Pada hari ke 45, kewanitaan ibu bersalin p**ang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara!!!
Tak nak ke, kalau body lagi mantap daripada anak dara???
kalau nak jom tempah slot berpantang dari kami...
kalau bagi yang bukan selepas bersalin tu nak urut satu badan, lulur dan juga tangas pun boleh..😍
tempah slot dengan kami sekarang!!
017-430 1084📲
lawati fb page kami Aafiyah Massage And Herbs

Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin~Melancarkan peredaran darah ~Mengeluarkan darah kotor~Keluarkan angin dalam...
23/04/2018

Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin

~Melancarkan peredaran darah
~Mengeluarkan darah kotor
~Keluarkan angin dalam badan
~Mengecutkan rahim
~Segarkan badan
~Semasa urutan pantang dilakukan ke atas badan, pastikan bahagian payudara juga diurut. Urutan di bahagian payudara bukan menjamin airsusu menjadi banyak, tetapi urutan ini membantu merangsang sel-sel susu supaya lancar. Apa yang penting ialah sepanjang berpantang dan menyusukan bayi, hendaklah menjaga pemakanan, kerap menyusukan bayi dan makan vitamin penggalak airsusu (milkbooster).
Anda sedang mencari pakej pantang yang "BEST"
mempunyai pakej pantang dan penutup pantang yang bakal memberi anda rasa dimanja manja dan bertenaga walaupun didalam masa berpantang!
Untuk temujanji
Hubungi 0173401084

Hai semua..😍harini sis nak kongsikan kebaikan berpantang...berpantang ni penting tau untuk mommy mommy yang baru lepas b...
19/04/2018

Hai semua..😍
harini sis nak kongsikan kebaikan berpantang...
berpantang ni penting tau untuk mommy mommy yang baru lepas bersalin...mesti buat!! untuk kekal sihat dan kekal cantik...
5 KEBAIKAN BERPANTANG

7 Kelebihan Urutan RefleksologiRefleksologi merupakan suatu bidang kajian dan amalan untuk perawatan yang menggunakan “r...
18/04/2018

7 Kelebihan Urutan Refleksologi
Refleksologi merupakan suatu bidang kajian dan amalan untuk perawatan yang menggunakan “reflex point” di kawasan-kawasan tertentu. Ia menggunakan teknik yang memerlukan pergerakan tangan dan jari yang jitu untuk melancarkan peredaran darah dan tenaga, merangsang ketenangan dan mengaktifkan homeostasis.

Rawatan refleksologi kaki menjadi terapi alternatif yang mengaplikasikan urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Rasa kurang selesa di bahagian ini boleh mengakibatkan sakit di bahagian tengkuk, bahu, pinggang dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan kepada organ dalaman. Ini disebabkan kaki merupakan anggota badan yang sangat kompleks yang mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.

PENTINGNYA PERJALANAN DARAH YANG LANCAR

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

KELEBIHAN URUTAN REFLEKSOLOGI

Membuang toksik dalam badan
Melancarkan pengaliran darah
Menguatkan otot kaki
Meningkatkan daya tahan
Mengatasi masalah sembelit
Melawaskan kencing
Mengurangkan rasa letih
ANDA INGIN MERASAI REFLEKSOLOGI KAKI
Kami sedia membantu😁
Pm atau hubungi 0173401084 📲
Perkhidmatan rumah ke rumah di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur 🚗

Ketika mengandung terutama apabila usia kehamilan telah menginjak ke trimester 3, umumnya anda sering berasa lenguh atau...
16/04/2018

Ketika mengandung terutama apabila usia kehamilan telah menginjak ke trimester 3, umumnya anda sering berasa lenguh atau sakit di bahagian belakang.Situasi ini pastinya amat menganggu aktiviti seharian.Saat itu apabila membayangkan tubuh diurut secara tradisional bagi menghilangkan rasa lenguh tersebut tentunya amat menyenangkan.

Sungguhpun begitu, urut bukan sebarang urut. Anda perlu tahu apakah urutan tradisional yang selamat buat ibu mengandung. Urut tradisonal bagi ibu mengandung ini sebaiknya dilakukan setelah kandungan tersebut melepasi trimester pertama.Di samping itu juga bukan semua ibu mengandung yang berurut. Faktor kesihatan ibu mengandung itu sendiri tidak membolehkan mereka berurut. Antaranya:

Ibu mengandung yang menderita diabetes ataupun penyakit menular lainnya.
Keluarnya cairan dari va**na.
Demam serta tekanan darah tinggi.
Uri di bawah.
Sakit di bahagian perut.
Muncul ruam kulit.

Sekiranya ibu yang mengandung berada dalam keadaan yang baik, sihat dan tidak mempunyai sebarang gangguan kesihatan, urut tradisional ini sangat bagus. Baik untuk dirinya sendiri dan juga janinnya. Biasanya urut tradisional bagi ibu mengandung ini dilakukan selama 10 minit (setiap hari) oleh pakar terapi professional. Urut tradisional bagi ibu mengandung ini juga tidak semestinya dilakukan di tempat khas, cuma ia mesti dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dalam bab mengurut orang mengandung. Ini sangat penting untuk menjaga sebarang kemungkinan adanya kesalahan ketika dia mengurut.
anda mommy yang bakal melahirkan?
ingin berurut tapi tak tahu mana nak cari tukang urut?
Aafiyah Massage And Herbs menyediakan rawatan urutan untuk wanita mengandung...
hubungi kami untuk temujanji 0173401084
Perkhidmatan rumah ke rumah disediakan.. :)

14/04/2018

Khasiat Memakai Tapel, Param Dan Pilis Semasa Berpantang

Tapel, param dan pilis adalah antara perawatan wajib yang akan dilakukan oleh wanita berpantang sejak turun-temurun. Walaupun cara penggunaan dan peknya telah dimodenkan, sehingga kini amalan penggunaannya masih tetap diamalkan.

Ini kerana, ketiga-tiga amalan ini dapat memberi manfaat kesihatan yang amat baik bagi ibu yang baru melahirkan. Pantangplus.com akan menerangkan kelebihan mengamalkan tapel, param dan pilis semasa berpantang.

Khasiat Memakai Tapel, Param Dan Pilis Semasa Berpantang
1. Tapel
Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung.

Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis.

Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

Banyak kelebihan menggunakan tapel pada perut, antaranya:

Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark
Membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut
Menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya
Menegangkan kulit perut yang menggeleber
param dan pilis
2. Param
Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan.

Pada asasnya, param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi.

Antara khasiat param adalah:

Membantu melancarkan peredaran darah
Mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan
Memberi kehangatan kepada tubuh
Memberikan kesegaran
Menjaga kecantikan luaran kulit
3. Pilis
Pilis p**a adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya.

Seperti param, pilis juga seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.

Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah:

Meredakan pening kepala
Melancarkan peredaran darah
Menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun
Mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
Mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi
Anda ingin mencari pakej berpantang??
Hubungi kami 0173401084📲
Sumber video: youtube

14/04/2018

7 Kepentingan Bertangas Selepas Bersalin. Anak Dara Pun Elok Buat!
1. Mengecutkan Rahim Dan Menguatkan Otot Va**na
Salah satu tujuan utama melakukan bertangas ini ialah bagi mengembalikan kesihatan peranakan dengan mengecutkan rahim serta mengembalikan kekuatan otot va**na. Semasa bertangas, wanita turut digalakkan untuk melakukan senaman kegel iaitu senaman mengemutkan otot va**na untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat dalam setiap sesi.

Dengan ramuan herba khusus untuk wanita seperti manjakani, sirih dan inai dapat meningkatkan kesihatan rahim selepas berpantang.

2. Mengurangkan Bau Badan Serta Bau Yang Kurang Menyenangkan Pada Alat Sulit
Orang sekeliling pasti senang berada dengan kita jika badan sentiasa berbau wangi. Suami p**a makin sayang bila kita menitikberatkan kebersihan badan dan alat sulit. Oleh itu, adalah baik untuk bertangas dengan cara berselubung dengan menutup badan dengan kain dari lantai hingga ke leher supaya wap bukan sahaja dapat meresap pada bahagian sulit, malah seluruh badan.

Kaedah ini bukan sahaja dapat mewangikan seluruh tubuh, malah dapat membantu badan mengeluarkan toksik dalam badan melalui peluh. Jangan lupa untuk minum air suam selepas sesi bertangas untuk mengembalikan kandungan air dalam badan.

3. Membantu Mempercepatkan Pemulihan Selepas Bersalin
Walaupun bersalin secara normal atau pembedahan, peranakan mengalami luka yang agak berat selepas bertarung melahirkan anak. Oleh itu, kesan luka tersebut perlu diberi perhatian yang khusus supaya dapat pulih dengan cepat.

Selain menjaga pemakanan ketika berpantang, bertangas juga dapat membantu mempercepat pemulihan luka. Ramuan herba tangas memiliki khasiat yang amat bagus bagi wanita serta dapat membantu memulihkan luka dengan segera.

4. Melancarkan Darah Nifas
Dalam bidang perbidanan, jika seseorang wanita mengeluarkan darah nifas dalam waktu yang sangat singkat seperti kira-kira 14 hari, itu bermakna terdapat darah yang masih tersisa di dalam dinding rahim. Masalah ini juga boleh mengakibatkan hal lain seperti bahagian sulit berbau, perut kembung kerana banyak angin dan juga boleh mengakibatkan meroyan.

Oleh itu, adalah penting untuk wanita memastikan aliran darah nifas lancar dan habis dalam tempoh berpantang. Usaha seperti bertangas dapat membantu melancarkan darah nifas serta membantu membersihkan dalaman wanita dengan lebih berkesan.

5. Mengurangkan Masalah Rahim
Selain luaran, wanita juga perlu menitikberatkan akan kesihatan dalaman lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumah tangga. Bertangas juga dapat meningkat kesihatan rahim dengan mengatasi masalah keputihan dan lendir kental dari f***j serta membantu mengeluarkan cecair asing dari dalam peranakan. Dengan keadaan rahim yang sentiasa sihat, kesuburan para wanita dapat terpelihara daripada terkena penyakit kelamin.

Kaedah bertangas bukan sahaja boleh diamalkan oleh wanita yang sudah berkahwin, malah anak dara juga digalakkan untuk mengamalkannya. Ia juga dapat membantu masalah yang sering dihadapi si perawan seperti haid tidak teratur atau senggugut. Khasiat dari rempah dan herba tangas dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria pada alat sulit dan memastikan kebersihan kawasan peribadi wanita.

6. Mengelakkan Masalah Kegatalan
Herba tradisional daripada ramuan tangas amat baik untuk wanita mendapatkan kulit yang sihat.

Wap dari herba tangas dapat membantu melembapkan kulit pada bahagian alat sulit yang kadang kala menjadi kering atau gatal tanpa perhatian khusus.

7. Membantu Melangsingkan Tubuh
Akhir sekali, khasiat rempah semulajadi dari wap yang wangi ini juga dapat menyihatkan kulit dengan membantu mengembalikan kelembapan yang hilang.

Wap yang hangat juga dapat membantu memecahkan lemak dan seterusnya mengurangkan berat badan.

Sesuai Untuk Semua Wanita
Dalam tradisi turun temurun pasti mengandungi seribu satu khasiat. Bertangas selepas bersalin ini bukan sahaja mengembalikan kesihatan khas pada alat sulit malah, seluruh tubuh juga.

Selain untuk para ibu, adalah bagus juga untuk anak dara mengamalkan bertangas sebagai rutin untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga sebagai persiapan bagi mendirikan rumah tangga.

Apapun, pastikan bertangas dilakukan mengikut cara yang betul dan dikendalikan oleh bidan yang berpengalaman. Untuk kesan yang terbaik, amalan ini perlu diiringi dengan pemakanan serta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat supaya sentiasa kekal cantik dan bertenaga.
Jom singgah di page Facebook kami
Aafiyah Massage And Herbs
Banyak promosi🗯️
Pelbagai pakej✍️
Jom buat temujanji sekarang
0173401084 whatsapp / call

Pssssttt....nak bagi tahu ni...Aafiyah massage and herbs sekarang dah ada sediakan servis rawatan baru...sekarang bukan ...
12/04/2018

Pssssttt....
nak bagi tahu ni...Aafiyah massage and herbs sekarang dah ada sediakan servis rawatan baru...sekarang bukan setakat mommy mommy yang boleh mengurut...baby anda pun boleh..!😍
(lihat gambar dibawah ni👇👇)
kalau berminat
Pm or whatsapp untuk temujanji
017-340 1084📲

Address

Banting

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aafiyah Massage And Herbs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share