03/06/2016
KEBAIKAN OAT UNTUK DIET
Bijirin oat adalah antara makanan yang bagus untuk dijadikan menu diet sihat anda. Oat kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang diperlukan oleh badan. Kebaikan oat dalam diet akan mempengaruhi gaya pemakanan anda yang lebih sihat.
1. Mempunyai Serat Baik
Ia mengandungi serat baik yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan diserap oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.
2. Kurangkan Kadar Kolesterol
Salah satu komponen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan. Oat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan. Kadar kolesterol LDL dalam badan juga berkurang.
3. Rasa Kenyang Lebih Lama
Memakan oat dapat mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan anda untuk berfikir seperti belajar, ambil oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.
4. Sesuai untuk Sarapan
Sarapan pagi adalah makanan pertama yang wajib anda ambil di waktu pagi. Sarapan membekalkan anda tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal sehingga masuk waktu makan tengah hari. Makanan terbaik untuk sarapan pagi adalah makanan yang berkhasiat seperti oat. Semangkuk oat bersama buah-buahan dan susu merupakan menu yang terbaik untuk anda ambil. Oat adalah antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda. Ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.
5. Kurangkan Risiko Sakit Jantung
Pengambilan makanan bijirin seperti oat mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung. Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.
6. Mengawal Berat Badan
Kandungan serat yang sangat tinggi pada oat ini dapat melancarkan sistem pencernaan dan mengatasi sembelit. Oat juga mampu mengecilkan ukuran pinggang anda. Biasakan diri anda untuk bersarapan dengan oat setiap hari akan membantu mengawal berat badan anda.
Last sekali cubalah GC Tea.
T.kasih