Klinik Veterinar Maya

Call Directions Contact the business

Klinik Veterinar Maya Provide health care services for small animal

24/09/2026

PESANAN KEPADA MANUSIA YANG BUANG KUCING DI AREA KLINIK.

KAMI SANGAT KECEWA

Dalam tempoh terdekat ini, BUKAN SEKALI, tetapi BERKALI-KALI kucing dibuang di sekitar klinik kami.

Video yang kami tunjukkan hanyalah SATU kejadian. Sebenarnya terdapat DUA kejadian berasingan, kedua-duanya melibatkan ibu kucing bersama anak-anak.

Lebih mengecewakan, salah seorang individu dilihat berpakaian telekung, kemudian meninggalkan kucing-kucing tersebut di hadapan klinik.

Bukan pakaian atau agama yang kami persoalkan, tetapi PERBUATAN. penampilan seseorang tidak semestinya menggambarkan akhlaknya.

Kejadian kedua p**a berlaku di kawasan Ar-Rahnu bersebelahan klinik, di luar pandangan CCTV kami.

Beberapa hari kemudian, muncul p**a 3 ekor anak kucing di kawasan klinik.
Kebetulan? Atau memang sengaja diletakkan di sini?

Kami tidak akan menuduh tanpa bukti. Tetapi kami juga bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku.

KEPADA YANG BUANG KUCING DI KLINIK KAMI:
KLINIK HAIWAN BUKAN TEMPAT PEMBUANGAN KUCING.

Kami bukan shelter. Bukan pusat kebajikan. Dan bukan tempat untuk anda lepaskan tanggungjawab kemudian terus pergi.
Kami juga ada batas kemampuan, kos dan tanggungjawab lain.

BUANG DI KLINIK ≠ SELESAI MASALAH.
ANDA CUMA MEMINDAHKAN MASALAH ANDA KEPADA KAMI.

Kepada yang s**a berkata “mungkin bukan kucing mereka”, “mungkin mereka tak mampu”, “mungkin tak tahu nak letak mana” — tolong jangan jadi enabler.

Anda tidak berada di tempat kami. Anda tidak tahu berapa banyak kes yang kami sudah tanggung.
Kami memang membantu haiwan mengikut kemampuan kami. Tetapi itu bukan bermaksud anda boleh melepaskan tanggungjawab kepada kami ses**a hati.
Kepada yang beragama Islam, fikirkan juga kesan perbuatan kita terhadap manusia lain. Kalau perlu, rujuklah kepada ustaz/ustazah.

Kami sayangkan haiwan.
Tetapi kami juga manusia.
Kami ada batas.
Dan kami sudah SANGAT-SANGAT KECEWA.
TOLONG JANGAN BUANG KUCING DI KLINIK KAMI.

15/09/2026
Kami beroperasi separuh hari sahaa. Doktor bertugas hanya seorang.
30/08/2026

Kami beroperasi separuh hari sahaa. Doktor bertugas hanya seorang.

05/07/2026

We’re ready for having you as our forever homeee. Do help us in finding it or might be you become our forever home? ❤️ A...
04/07/2026

We’re ready for having you as our forever homeee. Do help us in finding it or might be you become our forever home? ❤️ Any inquiries can just reach us out at our Whatsapp Message 018-252 4795. Spread out this around to, thank you 😻

Jangan pertaruhkan nyawa anak2 bulus anda semata2 kerana harga yang lebih murah.Segala ubat2an hendaklah dibeli di klini...
16/06/2026

Jangan pertaruhkan nyawa anak2 bulus anda semata2 kerana harga yang lebih murah.

Segala ubat2an hendaklah dibeli di klinik haiwan atau premis veterinar yang sah bagi memastikan ketulenan, kualiti dan keselamatan produk yang digunakan untuk haiwan kesayangan anda.

Klinik tidak beroperasi Rabu dan Khamis (27/5 - 28/5) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ❤️
26/05/2026

Klinik tidak beroperasi Rabu dan Khamis (27/5 - 28/5) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ❤️

Address

No 16-G, Jalan PPS 1
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 10:00 - 13:00
15:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 13:00
15:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 14:00

Telephone

0367354795

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Veterinar Maya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Veterinar Maya:

Shortcuts

Share