Farmasi Nilam Page

Farmasi Nilam Page FARMASI NILAM. By Mr. Soyod Terulung

Kenapa farmasi penuh bila cuti sekolah?? ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑMasuk je cuti sekolah, mula la kaunter penuh dengan ubat demam, selsema, batu...
24/05/2026

Kenapa farmasi penuh bila cuti sekolah?? ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

Masuk je cuti sekolah, mula la kaunter penuh dengan ubat demam, selsema, batuk ๐Ÿคฃ

Komer pernah terfikir tak kenapa anak-anak senang jatuh sakit lepas balik jalan-jalan? Masa berjalan bukan main aktif lagi, balik je terus demam ๐Ÿค’ Sebenarnya, time cuti sekolah rutin anak2 banyak berubah. Benda ni yg buatkan anak2 senang terjangkit dengan virus. Meh kite explain ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Jumpa ramai orang
Pergi mall, taman tema, indoor playground. Tempat2 awam ni senang untuk virus merebak ๐Ÿฆ 

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Tak cukup rehat
Bila anak kurang tidur, badan jadi cepat penat. Sistem ketahanan badan pun tak dapat buat keje dengan baik ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Kurang minum air
Air kosong ni penting sangat untuk badan. Bila kurang minum, mula la tekak jadi kering, boleh jadi punca batuk ๐ŸงŠ

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Makan tak menentu
Banyak sangat makan makanan ringan, fast food. Bila badan kurang zat, susah nak lawan jangkitan kuman ๐Ÿ•

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Cuaca panas terik, kerap keluar masuk aircond
Perubahan suhu mendadak boleh buat badan jadi tak selesa. Udara aircond yg sejuk & kering pun boleh buat tekak dengan hidung jadi kering ๐Ÿฅฒ

Semua faktor ni boleh buatkan daya ketahanan anak menurun. Time2 ni kalau dah berjangkit dengan virus, lagi senang laa anak nak jatuh sakit ๐Ÿ˜ฉ

Jadi.. Komer nak tahu tips kuatkan daya tahan anak? Next post kite sambung ๐Ÿ˜‰

Tido kene cukup, baru anak boleh jadi tinggi! Betui ke komer? ๐Ÿ˜†Yang ni mesti ramai taktau kan.. Waktu anak komer tengah ...
22/05/2026

Tido kene cukup, baru anak boleh jadi tinggi! Betui ke komer? ๐Ÿ˜†

Yang ni mesti ramai taktau kan.. Waktu anak komer tengah lena tido tu, sebenarnya ada hormon yang tengah bekerja keras nak bagi anak2 tinggi ๐Ÿ’ช๐Ÿผ Hormon ni penting sangat, lebih2 lagi masa anak masih kecik sampai la usia remaja.

Fungsi ''Hormon Pertumbuhan"
โœ… Bantu pertumbuhan tulang
โœ… Support pembesaran otot & organ dalam badan
โœ… Bantu repair badan
โœ… Kuatkan sistem ketahanan badan
โœ… Bantu lebih fokus

Haa sebab tu la penting untuk dapatkan tido yg cukup supaya anak2 boleh membesar dengan sihat (bukan semata-mata jadi tinggi).

Tapi kene ingat jugak, ada banyak faktor yang boleh tentukan ketinggian anak. Contoh:
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Genetik
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Pemakanan
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Kesihatan
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Tidur
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Aktiviti fizikal

Jadi... Semua benda kene seimbang ๐Ÿ˜Š
Tak boleh harap susu semata-mata untuk bagi anak tinggi tauu ๐Ÿ˜‰

Ape? Farmasi RAHA dah tutup?? ๐Ÿฅบ๐ŸฅบKomer jangan risau yerrr. Kite sekarang sambung operasi dekat Farmasi Nilam. Tak jauh pu...
10/05/2026

Ape? Farmasi RAHA dah tutup?? ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Komer jangan risau yerrr. Kite sekarang sambung operasi dekat Farmasi Nilam. Tak jauh punn.

๐Ÿ“Lokasi Farmasi Nilam: Batu Gajah Transit (sebelah Klinik Redza)
โฐWaktu operasi: Setiap hari bermula 8.30 pagi sehingga 10 malam

Komer masih boleh dapat consultation yg sama, servis yg sama, dan jumpa muka-muka yg sama ๐Ÿ˜†

Mekasihhh banyak2 untuk komer yg selalu support Farmasi RAHA selama ni. Harapnye semua customer2 lama tetap datang support kami kat tempat baru. Jumpa komer kat Farmasi Nilam! ๐Ÿ˜

โ€œHari-hari minum susu, tapi tinggi anak duk macam tu jerr ๐Ÿ˜ฉ"Realitinya, ramai lagi mak ayah yg masih harapkan susu semat...
22/04/2026

โ€œHari-hari minum susu, tapi tinggi anak duk macam tu jerr ๐Ÿ˜ฉ"

Realitinya, ramai lagi mak ayah yg masih harapkan susu semata-mata untuk bagi anak tinggiโ€ฆ

๐Ÿ‘‰ Hakikat sebenar:
Susu memang membantu (kalsium & vitamin D untuk tulang) ๐Ÿ‘
Tapi tumbesaran anak perlukan lebih dari tu!

Kalau anak komer:
โŒ Susah makan
โŒ Pilih makanan
โŒ Kurang aktif
โŒ Tidur tak cukup

Memang akan effect pertumbuhan deme nanti ๐Ÿ˜ข

โœจ Sebab tu penting untuk support anak dengan:
โœ”๏ธ Pemakanan seimbang
โœ”๏ธ Aktiviti fizikal
โœ”๏ธ Tidur cukup
โœ”๏ธ Suplemen tambahan (kalau perlu)

Mulakan dari sekarang, jangan tunggu anak dah besor baru komer nak risau!

Kalau orang dewasa perlukan 20g serat sehari, kanak-kanak perlukan berapa?๐Ÿค”Hi! Saya Nutritionist Adriana :)Komer perasan...
14/04/2026

Kalau orang dewasa perlukan 20g serat sehari, kanak-kanak perlukan berapa?๐Ÿค”

Hi! Saya Nutritionist Adriana :)

Komer perasan tak? Serat ni penting sangat untuk kita. Tapi kebanyakan orang memang tak cukup ambik serat setiap hari, lagi-lagi kanak-kanak. Tahu-tahu jee dah ada masalah sembelit, perut selalu kembung, takde selera nak makan. Haa, tu antara tanda badan kita kurang seratโ€ผ๏ธ

Banyak mana serat yang kanak-kanak perlukan? Senang jee nak kira. Komer ikut cara ni:

๐Ÿ‘‰ Keperluan serat harian = Umur anak + 5
Contoh:
5 tahun + 5 = Perlukan 10g serat sehari

Kalau taktau macam mana nak tambah serat dalam diet anak-anak, cuba start bagi buah dulu. Paling senang, komer bagi je buah pisang. Sebiji pisang saiz sederhana ada 3g serat ๐Ÿ‘

Cuba tambah serat sikit demi sikit, dan pastikan anak komer cukup minum air. Barulah sistem penghadaman lagi smooth!

Senang je kan nak start? Yang penting kene konsisten ๐Ÿ˜

Anak komer dah cukup serat hariniโ“

09/02/2026

Betul ke orang dulu-dulu cakap makan pisang boleh elak sembelit?

Hi! Saya Nutritionist Adriana :)

Komer tahu tak masalah sembelit anak-anak boleh diatasi dengan cara tambah pisang dalam makanan harian? Kenapa pisang? Sebab.... Pisang ada kandungan serat yg tinggi. Sebiji pisang saiz sederhana ada lebih kurang 3g serat. Serat ni berfungsi untuk serap air dalam badan utk lembutkan najis secara semulajadi, baru la senang nak membuang!

Selain tu, serat merupakan sejenis prebiotik yg berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus kita. Bila usus sihat, dapat lah kurangkan masalah sembelit ni.

Jadi.. Betul la cakap orang dulu-dulu. Makan je pisang kalau taknak sembelit, kan?

Tapi.. Pisang macam mana yg paling sesuai utk dimakan? Pastikan komer pilih pisang yg dah masak sederhana. Warna kuning & ada bintik2 coklat sikit. Pisang jenis ni ada serat yg tinggi dan senang dihadam dalam perut.

Macam mana nak tahu banyak mana serat yg anak-anak kene ambik setiap hari? Next video kite akan terangkan pasal ni pulak. Stay tuned!

๐Ÿซ€ MESIN TEKANAN DARAH DIGITALKomer pi klinik tiap minggu pun letih weiโ€ฆCek kat rumah sudah laa ๐Ÿ˜„Tekan je butang, terus t...
21/12/2025

๐Ÿซ€ MESIN TEKANAN DARAH DIGITAL
Komer pi klinik tiap minggu pun letih weiโ€ฆ
Cek kat rumah sudah laa ๐Ÿ˜„

Tekan je butang, terus tau bacaan
โœ”๏ธ Senang pakai, tak payah pandai sangat
โœ”๏ธ Nombor beso, mata kabur pun nampak
โœ”๏ธ Boleh simpan bacaan โ€” senang nak banding
โœ”๏ธ Jantung degup pelik? Mesin ni boleh bagitau

๐Ÿ‘ด๐Ÿ‘ต Mak ayah s**a
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Satu rumah pakai, jimat duit

๐Ÿ“Ada jual kat farmasi nilam
๐Ÿ“ŒStok terhad!

03/12/2025

Tudung bawal, shawl, tudung sarung, semua lilit elok. Tapi bila naik motor, kepala dibiarkan tanpa helmet atau sekadar sangkut di lengan. Cantik di mata orang, tapi kepala kosong kalau jatuh sekali.

Ramai yang fikir, โ€œAlah dekat jeโ€ atau โ€œRimas tudung penyekโ€. Hakikatnya, masa kemalangan, jalan tak tanya pun tudung apa kita pakai. Kepala perempuan yang lembut sama saja hentam tar kalau tercampak.

Tudung jaga aurat. Helmet jaga otak. Rambut rosak boleh tumbuh lagi, tapi bila otak cedera, mungkin tak boleh berjalan, tak boleh bercakap, tak boleh urus anak sendiri seperti biasa.

Nurse dalam logo ni pakai tudung dan helmet full face sekali. Boleh saja kalau kita nak selamat. Pilih helmet yang sesuai, pakai betul betul, tali diketatkan, bukan setakat letak atas kepala untuk elak saman.

Kalau hari hari kita jaga maruah dan aurat, jaga juga nyawa yang ada di bawah tudung itu. Waktu naik motor, ingat satu ayat ini dalam kepala: tudung bukan helmet. Pakai dua dua, bukan salah satu.

25/11/2025

Musim hujan di Malaysia bukan sekadar rasa sejuk dan jalan basah
Ia musim cemas untuk pemandu
Dalam beberapa minit sahaja hujan lebat boleh tukar jalan biasa kepada laluan berair yang kita sendiri tidak nampak dalam atau cetek

Setiap tahun kita nampak video kereta mati tengah jalan
Enjin tenggelam
Keluarga terkandas dengan anak kecil di kerusi belakang
Ramai salahkan takdir
Hakikatnya banyak perkara boleh dikurangkan risikonya jika kereta dibuat persediaan lebih awal

Keselamatan musim hujan bukan bermula ketika air sudah sampai paras lutut
Ia bermula ketika kereta masih kering di porch rumah dan di parkir pejabat

Ini 10 perkara yang patut ada pada setiap kereta di Malaysia ketika musim hujan dan banjir
.

1. Wiper yang betul betul bersih

Wiper yang keras dan haus akan tinggalkan kesan air pada cermin Waktu malam keadaan ini sangat bahaya kerana lampu dari kereta lain akan memantul pada sisa air di cermin. Pandangan jadi kabur dan silau dalam masa yang sama.

Tanda wiper perlu diganti ialah
- sapuan tidak licin
- ada bunyi bising
- cermin nampak berlapis air setiap kali hujan

Elakkan tunggu sehingga langsung tidak nampak jalan
.

2. Cermin hadapan dengan sapuan penghalau air hujan

Cecair penghalau air hujan membantu air membentuk titisan kecil yang cepat meluncur dari cermin. Dalam hujan lebat perbezaan antara cermin biasa dan cermin yang ada lapisan ini sangat ketara

- Penglihatan lebih jelas
- Silau berkurang
- Pemandu kurang penat kerana mata tidak perlu memaksa untuk fokus pada jalan yang kabur

Sapuan boleh dibuat sendiri di rumah. Murah tetapi kesannya besar pada keselamatan
.

3. Lampu kecemasan dan lampu brek ketiga mesti berfungsi

Dalam hujan lebat kereta belakang tidak nampak bentuk kereta anda dengan jelas. Mereka hanya nampak cahaya. Lampu brek ketiga yang berada di bahagian atas sangat penting. Ia lebih mudah dilihat ketika keadaan kabur

- Pastikan semua lampu berfungsi
- Termasuk lampu signal dan lampu hazard
- Lampu yang malap atau tidak menyala meningkatkan risiko dilanggar dari belakang ketika hujan tebal
.

4. Tayar yang masih ada bunga dan tidak haus

Ramai sangka tayar selagi tidak bocor maka masih selamat. Ini silap. Dalam hujan tayar yang haus sangat mudah hilang cengkaman. Kereta boleh terapung seketika di atas lapisan air dan terus hilang kawalan. Keadaan ini dipanggil hydroplaning.

- Pastikan bunga tayar masih dalam dan tidak botak
- Tekanan angin tayar juga perlu ikut kadar yang disyorkan pada pelekat di pintu kereta
- Tayar yang betul ialah satu satunya bahagian kereta yang menyentuh jalan
- Jika bahagian ini lemah semua sistem keselamatan lain tidak banyak membantu
.

5. Pemecah cermin dan pemotong tali pinggang keledar

Dalam situasi luar biasa seperti kereta dimasuki air atau sistem elektronik gagal pintu boleh terkunci dan tingkap tidak dapat dibuka. Alat kecil dua dalam satu yang boleh memecahkan cermin sisi dan memotong tali pinggang keledar sangat berguna dalam keadaan ini

- Letakkan alat ini di tempat yang mudah dicapai dari tempat duduk pemandu
- Bukan di dalam bonet
- Bukan di bawah timbunan barang

Sekali seumur hidup pun jika terpakai. Ia mungkin menyelamatkan nyawa
.

6. Power bank kecemasan untuk telefon

Ketika hujan lebat dan banjir telefon ialah talian nyawa. Kita perlukan telefon untuk hubungi
- pasangan
- Keluarga
- Rakan
- Talian kecemasan
- Atau untuk berkongsi lokasi kepada penyelamat

Masalahnya bateri telefon sangat cepat habis bila gunakan data, GPS, panggilan berpanjangan dan lampu skrin yang terang.

Power bank yang sentiasa dicas penuh perlu ada dalam kereta. Tidak perlu paling mahal. Yang penting boleh memberi beberapa kali cas penuh kepada telefon.
.

7. Lampu suluh yang kalis air

Jika kereta berhenti di kawasan gelap, Jambatan, Laluan kampung, atau jalan tanpa lampu, lampu suluh memberikan rasa kawalan.

Lampu telefon boleh digunakan tetapi ia lemah dan mempercepatkan telefon kehabisan bateri

Lampu suluh kecil yang kalis air boleh membantu anda melihat paras air, keadaan longkang, batu atau lubang di hadapan. Malah boleh digunakan untuk memberi isyarat kepada kenderaan lain.
.

8. Baju hujan dan selipar getah dalam kereta

Ramai pemandu hanya fikir tentang enjin dan tayar. Sedangkan tubuh sendiri juga perlu dilindungi. Jika terpaksa keluar dari kereta ketika hujan lebat. Baju hujan dan selipar getah
- memudahkan pergerakan
- Mengurangkan risiko tergelincir
- Dan mengelakkan anda kesejukan terlalu lama dalam pakaian basah.

Simpan satu set baju hujan nipis dan selipar getah dalam kereta, terutamanya bagi mereka yang sering memandu bersama anak kecil atau warga emas
.

9. Kit kecemasan mini untuk kereta

Kit ini tidak perlu mahal tetapi isi kandungannya berguna ketika cemas

Contoh item yang praktikal
โœ… Tali tunda
โœ… Jumper kabel
โœ… Tuala kecil
โœ… Sarung tangan
โœ… Whistle
โœ… Plastik besar untuk simpan barang penting jika air mula masuk

Kita mungkin tidak guna setiap hari. Namun saat diperlukan kita tidak sempat berlari cari semua ini di kedai.
.

10. Portable jump starter

Musim hujan dan cuaca lembap boleh melemahkan bateri kereta. Kadang kadang enjin mati bukan kerana banjir. Tetapi kerana bateri sudah tidak berdaya selepas beberapa tahun digunakan.

Portable jump starter membenarkan anda menghidupkan enjin tanpa bantuan kereta lain. Ia sangat berguna jika kereta mati di kawasan sunyi atau ketika banyak kenderaan lain juga sedang bermasalah.

Pilih model yang mempunyai fungsi keselamatan asas seperti perlindungan daripada percikan api. Simpan di tempat yang mudah dicapai dan sentiasa pastikan ia dicas mengikut arahan pengeluar.

---

Kita tidak mampu hentikan hujan. Kita tidak mampu kawal waktu banjir kilat akan berlaku.

Apa yang kita mampu ialah memastikan kereta yang membawa kita setiap hari mempunyai peluang terbaik untuk melindungi kita jika sesuatu berlaku

Persediaan nampak kecil tetapi pada hari yang tidak dijangka. Inilah perkara yang membezakan antara panik dan terkawal. Antara hilang harta dan hilang nyawa.

Jangan tunggu video kereta orang lain hanyut baru rasa insaf. Semak kereta sendiri hari ini

24/11/2025

Setiap kali masuk musim hujan lebat, satu soalan yang patut muncul dalam kepala pemilik kereta bukan lagi โ€œnak polish kereta bilaโ€, tapi โ€œkalau air naik, kereta aku di mana?โ€

Ramai hanya sedar bila gambar kereta tenggelam mula penuh di media sosial. Sedangkan untuk kereta, persediaan banjir sebenarnya boleh dibuat awal, dan tidak semestinya mahal atau kompleks.

Lima perkara asas untuk persediaan kereta musim banjir:

1. Semak semula insurans, ada special perils atau tidak
Tengok polisi, cari sama ada perlindungan banjir / bencana alam sudah termasuk. Kalau rumah di kawasan rendah atau pernah banjir, ini bukan โ€œadd on s**a-s**aโ€, tapi benteng kewangan pertama bila keadaan jadi teruk. Satu call pada ejen insurans boleh menentukan sama ada kereta akan diselamatkan atau tidak dari bil bengkel beribu ringgit.

2. Biasakan parkir di tempat lebih tinggi
Bukan semua orang ada parking bertingkat, tapi hampir semua orang ada pilihan. Elak parkir betul-betul tepi sungai, longkang besar atau kawasan yang diketahui selalu bertakung. Bila hujan berlarutan, pindah kereta ke kawasan yang sedikit lebih tinggi: depan surau, sekolah, bukit kecil di hujung taman. Tabiat kecil ini jauh lebih kuat daripada apa-apa gajet.

3. Pertimbang guna beg pelindung banjir
Untuk rumah yang memang saban tahun dinaiki air dan tiada tempat tinggi, beg pelindung banjir (car flood bag) boleh jadi penyelamat. Kereta dipandu masuk ke dalam beg kalis air, ditutup rapat dan ditambat. Dalam banjir yang airnya naik perlahan, banyak kes kereta kekal kering di dalam beg walaupun kawasan sekeliling tenggelam. Ia bukan magik dan bukan wajib untuk semua, tetapi masuk akal bagi kawasan yang โ€œconfirm banjirโ€ setiap musim.

4. Simpan powerbank dan lampu suluh dalam kereta
Bila kereta mati waktu hujan lebat atau jalan sudah jadi sungai kecil, telefon dan cahaya ialah dua benda yang menentukan sama ada bantuan boleh dihubungi atau tidak. Powerbank penuh dan lampu suluh kecil dalam kereta nampak remeh, tapi inilah yang digunakan untuk call towing, rakam keadaan, atau sekurang-kurangnya nampak sekeliling jika perlu keluar dari kereta dalam gelap.

5. Alat kecemasan pecah cermin dan pemotong tali pinggang
Satu alat kecil yang digantung berhampiran tempat duduk pemandu boleh memecahkan cermin sisi dan memotong tali pinggang keselamatan jika pintu tersekat. Dalam situasi kereta tiba-tiba dimasuki air atau dihentam arus, beberapa saat ini sangat berharga. Harap tidak pernah digunakan, tetapi bila perlu, inilah beza antara panik dan peluang menyelamatkan diri.

Persediaan kereta untuk banjir bukan soal โ€œobses dengan keretaโ€, tetapi sebahagian daripada pelan keselamatan keluarga. Kereta yang rosak total bukan sahaja hilang nilai, tetapi hilang kenderaan untuk bekerja, ke sekolah dan mendapatkan rawatan kesihatan apabila perlu.

Address

No 9 (Ground Floor), Laluan Bg Transit 2, Taman Batu Gajah Transit
Batu Gajah
31000

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 13:00
14:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+6053650410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Nilam Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farmasi Nilam Page:

Share