10/05/2024
Perfume ni, bau dia sama je dari awal pakai sampai habis pakai…betul ke?
Nak tahu tak, perfume ni tak sama dengan minyak attar. Kalau attar ni dari jam pertama sapu sampai jam terakhir, aroma yang keluar sama je. Berbeza dengan perfume seperti EDP kerana EDP dihasilkan dengan tiga paras berbeza dipanggil ‘note’. Note atas, note pertengahan, dan note dasar.
Note paling atas ialah aroma yang pertama sekali kita bau masa spray, biasanya aroma paling ringan seperti aroma laut, aroma sitrus. Aroma pertengahan biasanya kita bau selepas 2-3 jam seperti aroma bunga. Aroma dasar yang teakhir sekali biasanya aroma ‘berat’ seperti cendana, kesturi dan amber.
Ketiga-tiga jenis ‘notes’ ni, apabila digabungkan, akan memberikan dimensi aroma yang unik dan melahirkan satu perasaan yang s**ar diungkapkan. Ada perfume yang bawa gaya berani, ada yang memberikan rasa ceria, ada yang mengimbau nostalgia lama. Ha, s**ar nak ungkapkan benda ni. Kena cuba sendiri baru tahu!
Semoga ia bermanfaat!❤️