Pusat Terapi Erat

Pusat Terapi Erat Pusat Terapi Erat merupakan sebuah pusat terapi yang menawarkan Terapi Carakerja (OT) dan EIP. (002990926-W)
(JR0139140-H)
(1)

“Anak susah fokus… sebab terlalu banyak screen time?”Tidak semestinya begitu, tetapi apabila anak terlalu biasa dengan r...
11/08/2026

“Anak susah fokus… sebab terlalu banyak screen time?”

Tidak semestinya begitu, tetapi apabila anak terlalu biasa dengan rangsangan yang cepat daripada skrin, mereka mungkin memerlukan lebih banyak peluang untuk berlatih fokus, menunggu dan engage dengan aktiviti sebenar.

✨ Today’s PRC Activity: Find & Match!

Anak perlu mencari dan memadankan gambar yang sama — sambil kita latih:

🎯 Sustained attention
👀 Visual attention
🧠 Cognitive processing
🤲 Fine motor & hand-eye coordination

Kenapa aktiviti tanpa skrin?
Screen time yang berlebihan boleh menyebabkan anak lebih terbiasa dengan rangsangan yang cepat dan menarik. Kita beri peluang kepada anak untuk slow down, fokus, explore dan engage dengan aktiviti sebenar.

Dalam tidak sedar, kita bukan sekadar “kurangkan screen time” — kita gantikan masa skrin dengan aktiviti yang bermakna.

Less screen. More play. More focus.

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

03/08/2026

KENAPA ANAK SUSAH FOKUS?

“Anak saya ni susah betul nak fokus…”

Kadang-kadang kita nampak anak macam tidak memberi perhatian, cepat bertukar aktiviti atau susah nak habiskan sesuatu tugasan. Tetapi sebenarnya, kemampuan untuk fokus dipengaruhi oleh banyak perkara.

Antara sebab anak mungkin kurang fokus:

🧠 Terlalu banyak rangsangan
🧩 Sistem deria belum stabil
🪑 Toleransi duduk masih rendah
❤️ Emosi belum terurus
👂 Arahan terlalu panjang atau kompleks
😴 Kurang tidur dan rehat

Fokus bukan hanya tentang “boleh duduk diam”. Anak perlu bersedia dari segi tubuh, deria, emosi dan minda untuk dapat memberikan perhatian kepada sesuatu aktiviti.

Jadi, apabila anak susah fokus, cuba fahami dahulu apa yang mungkin membuatkan mereka s**ar untuk memberikan perhatian.

Dengan memahami keperluan anak, kita boleh bantu mereka membina kemahiran fokus secara berperingkat.

Bila fikir tentang persediaan ke sekolah, ramai ibu ayah fokus kepada membaca, menulis dan mengira.Tetapi sebenarnya, sc...
29/07/2026

Bila fikir tentang persediaan ke sekolah, ramai ibu ayah fokus kepada membaca, menulis dan mengira.

Tetapi sebenarnya, school readiness bukan tentang akademik sahaja. 🏫

Anak juga perlu menguasai kemahiran asas seperti:

✅Ikut arahan mudah
✅ Menunggu & mengambil giliran
✅ Mengawal emosi dan tingkah laku
✅ Fokus dalam sesuatu aktiviti
✅ Berinteraksi dengan rakan
✅ Berdikari mengurus diri dan barang
✅ Kemahiran motor & sensori

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, aktiviti beratur dan menunggu bersama rakan mungkin nampak mudah. Tetapi sebenarnya anak sedang belajar menunggu, ikut rutin, mengawal diri dan berada dalam kumpulan.

Jadi, persediaan ke sekolah bukan sekadar tentang akademik 📚

Kita bantu anak bina kemahiran asas terlebih dahulu supaya mereka lebih yakin, lebih bersedia dan lebih mudah menyesuaikan diri apabila melangkah ke alam persekolahan.

🌱 Little skills today, big confidence tomorrow.

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang baik cenderung untuk lebih mudah menyesuaikan diri di sekolah, berinter...
28/07/2026

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang baik cenderung untuk lebih mudah menyesuaikan diri di sekolah, berinteraksi dengan rakan sebaya, serta mengikuti aktiviti di dalam kelas dengan lebih yakin.

Aktiviti berkumpulan seperti memasak bersama bukan sekadar menyeronokkan, malah membantu anak menguasai kemahiran sosial yang penting sebelum melangkah ke alam persekolahan.

✨ Antara kemahiran yang dipelajari:
🤝 Berkongsi alatan dan bahan.
⏳ Menunggu giliran dengan sabar.
💬 Berkomunikasi untuk meminta atau memberi bantuan.
👥 Bekerjasama dalam menyiapkan tugasan bersama.

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

27/07/2026

🌊 Cross the River Challenge

“Nampak macam sekadar permainan melompat, tetapi sebenarnya banyak kemahiran penting sedang dibina.”

Untuk berjaya menyeberangi “sungai”, setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama. Mereka perlu menghantar mat kepada rakan, memanggil nama rakan sebelum memberi mat, menunggu giliran, dan bergerak bersama-sama sebagai satu pas**an.

💡 Melalui satu aktiviti ini, anak dapat melatih:
🤝 Kerjasama (teamwork)
💬 Komunikasi dan memanggil nama rakan
👀 Memberi perhatian kepada rakan (joint attention)
⏳ Menunggu giliran
🧠 Perancangan pergerakan (motor planning)
⚖️ Keseimbangan dan koordinasi badan
🧩 Penyelesaian masalah secara berkumpulan

Di sekolah nanti, anak bukan sahaja perlu tahu membaca dan mengira. Mereka juga perlu tahu bagaimana untuk bekerjasama, berkomunikasi dengan rakan dan mengikuti arahan dalam aktiviti berkumpulan.

Dalam sesi terapi, kaedah bermain yang menyeronokkan sering digunakan untuk membina kemahiran yang akan membantu anak lebih bersedia menghadapi persekitaran sekolah.

✨ Kerana setiap langkah kecil dalam bermain sebenarnya sedang membina kemahiran besar untuk masa depan mereka.

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

Kemahiran Sosial Yang Ramai Ibu Bapa Tak Sedar 💭“Anak saya cuma main blok je.”Hakikatnya, ketika bermain inilah anak sed...
24/07/2026

Kemahiran Sosial Yang Ramai Ibu Bapa Tak Sedar 💭

“Anak saya cuma main blok je.”

Hakikatnya, ketika bermain inilah anak sedang belajar pelbagai kemahiran sosial yang penting untuk kehidupan mereka.
✨ Belajar berkongsi.
✨ Belajar meminta dengan sopan.
✨ Belajar menunggu giliran.
✨ Belajar bekerjasama.
✨ Belajar menerima idea orang lain.
✨ Belajar menyelesaikan konflik dengan cara yang sesuai.

Semua kemahiran ini tidak datang secara automatik. Ia perlu dipelajari, dipraktikkan dan dibimbing sedikit demi sedikit ❤️.

“Kadang-kadang, pembelajaran yang paling bermakna berlaku ketika anak sedang bermain.”

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

Aktiviti bermain secara bebas seperti menyusun kepingan mainan bersama sebenarnya merupakan platform awal untuk kanak-ka...
23/07/2026

Aktiviti bermain secara bebas seperti menyusun kepingan mainan bersama sebenarnya merupakan platform awal untuk kanak-kanak membina kemahiran sosial mereka. Melalui interaksi santai ini, terdapat beberapa aspek perkembangan penting yang berlaku:

📌Kemahiran Bertolak Ansur: Kanak-kanak belajar berkongsi ruang dan komponen mainan yang sama tanpa perlu mencetuskan konflik.

📌Semangat Bekerjasama: Mereka saling membantu dan menyelaraskan tindakan untuk mencapai satu matlamat yang sama.

📌Komunikasi Interaktif: Proses ini melatih mereka untuk berinteraksi, memahami kehendak rakan selayan, dan memberi respon yang bersesuaian.

Latihan sosial yang santai dan semula jadi seperti ini sebenarnya sangat membantu dalam membentuk keyakinan diri kanak-kanak apabila mereka bergaul dengan persekitaran luar nanti.👭👬

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

Mari Latih Jari Si Kecil! 🫳🏻Melalui aktiviti ini, anak belajar menggunakan pincer grasp (genggaman ibu jari dan jari tel...
16/07/2026

Mari Latih Jari Si Kecil! 🫳🏻

Melalui aktiviti ini, anak belajar menggunakan pincer grasp (genggaman ibu jari dan jari telunjuk) untuk mengambil objek kecil. Kemahiran ini sangat penting sebagai asas kepada:
✨ Memegang pensel dengan betul.
✨ Menulis dan mewarna.

Selain itu, aktiviti ini juga membantu meningkatkan:
🧠 Fokus dan perhatian.
👀 Koordinasi mata dan tangan.
🤲 Kawalan pergerakan jari yang lebih tepat.

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

"Bukan anak tak nak berkawan... dia cuma tak tahu cara nak masuk bermain."Pernah tak anda perasan?Sekumpulan kanak-kanak...
15/07/2026

"Bukan anak tak nak berkawan... dia cuma tak tahu cara nak masuk bermain."

Pernah tak anda perasan?

Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bersama. Anak anda hanya berdiri di tepi, memerhati dari jauh.

Kadang-kadang dia cuba menghampiri, tetapi terus mengambil mainan tanpa bertanya. Ada juga yang terus mengganggu permainan kerana tidak tahu bagaimana hendak menyertai mereka.

Akhirnya...

❌ Rakan tidak mahu bermain dengannya.
❌ Anak menjadi kecewa.
❌ Dia memilih untuk bermain seorang diri.

Ibu bapa sering menganggap anak tidak s**a berkawan, sedangkan hakikatnya mereka tidak tahu cara untuk menyertai permainan.

🌱 Masuk bermain juga adalah satu kemahiran sosial yang perlu dipelajari.

Anak perlu belajar:
✔️ Memerhati permainan terlebih dahulu.
✔️ Menghampiri rakan dengan tenang.
✔️ Menggunakan ayat mudah seperti
"Boleh saya main sekali?"
✔️ Menunggu giliran jika permainan sedang berlangsung.
✔️ Mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan.

💛 Kadang-kadang bukan anak tidak mahu berkawan. Dia cuma belum belajar bagaimana hendak memulakan langkah pertama.

Sebagai ibu bapa, jangan hanya bertanya, "Kenapa tak pergi main dengan kawan?" Sebaliknya, ajar dan latih mereka cara untuk menyertai permainan melalui :

✔️ Latih melalui role play – Berlatih di rumah cara menghampiri rakan dan bertanya, "Boleh saya main sekali?"

✔️ Ajar langkah demi langkah – Tunjukkan cara memerhati permainan, menghampiri rakan dan menunggu giliran.

✔️ Mulakan dengan kumpulan kecil – Bermain dengan seorang atau dua orang rakan terlebih dahulu supaya anak lebih selesa.

✔️ Puji usaha anak – Berikan pujian apabila anak berani mencuba, walaupun belum berjaya menyertai permainan.

💛 Kemahiran sosial tidak datang secara semula jadi bagi semua kanak-kanak. Dengan latihan dan bimbingan yang konsisten, anak boleh belajar cara memulakan persahabatan. 🌼

Kerana setiap persahabatan bermula dengan satu langkah kecil.

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

12/07/2026

Anak susah berkawan?

Anak kelihatan sunyi? Sering bersendirian? Selalu mengadu tidak ada kawan?

Tidak semua anak rasa mudah untuk membina persahabatan. Ini adalah salah satu cabaran yang dialami oleh ramai kanak- kanak.

Mengapa berkawan penting?
1. Membina kenyakinan diri
2. Belajar komunikasi
3. Belajar menguruskan emosi
4. Dapat kembangkan kemahiran sosial
5. Anak akan rasa diterima dan dihargai

Punca anak s**ar berkawan
1. Pemalu dan kurang yakin
2. Faktor persekitaran seperti perbezaan bahasa atau budaya
3. Masalah perkembangan dan kemahiran disebabkan ADHD, Autism,kelewatan pertuturan dan bahasa dan s**ar kawal emosi

Dapatkan bantuan profesional jika:
- masalah anak s**ar berkawan berlanjutan dalam tempoh yang lama
- Anak menunjukkan kebimbangkan dan kesedihan yang ketara
- masalah sosial mula menjejaskan pembelajaran atau kehidupan seharian

———————————————

📌𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐄𝐑𝐀𝐓?
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

🔹 𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘵𝘢𝘯𝘪
No 45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
[https://wasap.my/60143621724/ERATSP]

🔹 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘮
No 311, Taman Camar, 09000 Kulim
[https://wasap.my/60163612958/ERATKulim]

Address

45, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya
Bedong
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Erat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Terapi Erat:

Shortcuts

Share