Doc Pare SportsMed

Doc Pare SportsMed Consultant Orthopaedic surgeon at Columbia Asia Hospital, Cheras. Page aimed to provide insight on s

30/04/2026
Alhamdulillah rasmi
22/04/2026

Alhamdulillah rasmi

Hanifah rasmi blok baharu Hospital Columbia Asia Cheras, perkukuh perkhidmatan kesihatan negara

CHERAS: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib hadir merasmikan blok baharu Columbia Asia Hospital Cheras (CHAC).

Blok baharu empat tingkat ini meningkatkan kapasiti hospital yang asalnya daripada 78 kepada 180 katil, termasuk tambahan katil isolasi, bilik persendirian serta Unit Ambulatory Surgical Care. Kemudahan turut diperkukuh dengan peluasan klinik pakar dan penubuhan Pusat Saringan Kesihatan, selain perancangan pembukaan Pusat Dialisis menjelang hujung 2026 bagi memperluas perkhidmatan kepada kawasan sekitar seperti Cheras Selatan, Kajang dan Serdang.

Selain itu, hospital turut memperkenalkan pelbagai subkepakaran seperti pembedahan saraf, onkologi ginekologi dan trauma ortopedik. Peluasan ini bersempena ulang tahun ke-30 Columbia Asia di Malaysia dan mencerminkan komitmen berterusan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang mudah diakses, sekali gus mengukuhkan peranan hospital sebagai penyedia penjagaan kesihatan di kawasaan sekitarnya serta menyokong sistem perkhidmatan kesihatan negara.

YB Timbalan Menteri turut dibawa meninjau blok baharu tersebut bagi melihat sendiri fasiliti serta perkhidmatan yang disediakan.

Address

Cheras
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Doc Pare SportsMed posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Doc Pare SportsMed:

Share