Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
(1)

UBAH TANGGAPAN, BINA HARAPANKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Komunikasi dan Content Forum (CMCF)...
10/06/2026

UBAH TANGGAPAN, BINA HARAPAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Komunikasi dan Content Forum (CMCF) pada 8 Jun 2026 telah menghimpunkan hampir 200 pengamal media, ketua pengarang, badan industri dan rakan strategik dalam Sesi Persidangan Meja Bulat (RTD) Pelaporan Media Selamat Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan YB Datuk Fahmi Fadzil, sesi ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh perlindungan kesihatan mental rakyat melalui pelaporan yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Melalui sesi dialog ini, kerajaan dan media mencapai kesepakatan untuk memperkukuh amalan pelaporan yang mengutamakan keselamatan awam, empati dan tanggungjawab sosial, di samping meningkatkan literasi kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Turut berlangsung pemeteraian Ikrar Media Malaysia sebagai simbol komitmen bersama industri media untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha pencegahan bunuh diri dan menyampaikan maklumat secara berhemah.

Sesi ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program MySAVE (Malaysia Su***de Awareness Voice of Hope) melalui pendekatan mengutamakan kepentingan kesihatan awam yang selari dengan hasrat pimpinan kerajaan menuju sebuah negara yang maju dan sejahtera dalam semua aspek, termasuk kesihatan mental.

Sesi RTD ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Ketua Setiausaha KKM; YBhg. Datuk Dr Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan; YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim Abdullah, TKSU (Kewangan); YBrs. Dr Ismuni Bin Bohari, TKPK (KA) dan YBrs. Ts Zailina, TKPK (PKKM) serta beberapa orang ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental (MPPKM)

Selamat Menyambut Hari Wesak. 🪷✨“Seperti terangnya cahaya pelita, semoga hati sentiasa dipenuhi kedamaian dan kasih saya...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak. 🪷✨

“Seperti terangnya cahaya pelita, semoga hati sentiasa dipenuhi kedamaian dan kasih sayang.”

Semoga sambutan Hari Wesak membawa ketenangan jiwa, kebijaksanaan dalam setiap langkah, serta mengukuhkan nilai empati, hormat-menghormati dan kesejahteraan mental dalam kehidupan kita.

Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. 🌸

🌾💚 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai.Di sebalik kemeriahan sambutan ini, semoga kita turut meluangkan masa u...
31/05/2026

🌾💚 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai.

Di sebalik kemeriahan sambutan ini, semoga kita turut meluangkan masa untuk menghargai diri sendiri, mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan menjaga kesejahteraan mental.

Kerana hati yang tenang juga adalah satu bentuk kesyukuran. ✨

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyama”

✨ Salam Aidiladha ✨“Langit indah dihiasi awan,Bayu lembut menyapa laman,Aidilfitri menyulam kemaafan,Aidiladha mengajar ...
27/05/2026

✨ Salam Aidiladha ✨

“Langit indah dihiasi awan,
Bayu lembut menyapa laman,
Aidilfitri menyulam kemaafan,
Aidiladha mengajar pengorbanan.”

Dalam kita memberi, berkorban dan merayakan perayaan ini. Jangan lupa juga kita panjangkan kesyukuran nikmat kesihatan mental yang kita dapat selama ini. 🤍

13 – 15 Mei 2026 | Bengkel Latihan Pengendalian Kes Cubaan Bunuh Diri Pasca Dekriminalisasi Cubaan Bunuh Diri telah berl...
21/05/2026

13 – 15 Mei 2026 | Bengkel Latihan Pengendalian Kes Cubaan Bunuh Diri Pasca Dekriminalisasi Cubaan Bunuh Diri telah berlangsung dengan jayanya di Mercure Selayang melibatkan seramai 140 peserta yang terdiri daripada 74 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia serta 66 Pegawai Intervensi Krisis (P*K) daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bengkel selama tiga (3) hari ini dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman mengenai implikasi pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, memperkukuh pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu pasca dekrim, serta meningkatkan kompetensi peserta dalam aspek penilaian risiko, komunikasi krisis dan pengendalian kes cubaan bunuh diri secara lebih holistik, sensitif, profesional dan beretika.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kerjasama yang terjalin sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha memperkasa perkhidmatan intervensi krisis dan kesejahteraan kesihatan mental di Malaysia.

Ada kalanya video yang tular boleh memberi kesan emosi yang mendalam kepada kita tanpa kita sedari.Jika anda berasa terg...
02/05/2026

Ada kalanya video yang tular boleh memberi kesan emosi yang mendalam kepada kita tanpa kita sedari.
Jika anda berasa terganggu, sedih, cemas atau tertekan selepas menonton kandungan tersebut, anda tidak perlu hadapinya seorang diri.

Dapatkan sokongan dan bercakap dengan seseorang yang sedia membantu.
📞 Hubungi Talian HEAL 15555, waktu operasi 8 pagi hingga 12 malam setiap hari termasuk cuti umum.

Bantuan sentiasa ada. Anda tidak keseorangan. 💚


Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha yang tidak pernah berhenti.Jangan lupa, dalam kuatnya kita bekerja,kita juga perlu...
01/05/2026

Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha yang tidak pernah berhenti.

Jangan lupa, dalam kuatnya kita bekerja,
kita juga perlu kuat menjaga diri sendiri.

Minda tenang, hidup seimbang, kerja pun cemerlang.
Selamat Hari Pekerja! 🌟

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Warga Kerja NCEMH

24 April 2026 | NCEMH telah menerima lawatan antarabangsa sempena 9th Commonwealth Global Learning Program yang melibatk...
24/04/2026

24 April 2026 | NCEMH telah menerima lawatan antarabangsa sempena 9th Commonwealth Global Learning Program yang melibatkan seramai 15–18 delegasi daripada negara Sri Lanka.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang kesihatan mental, termasuk:
1. Amalan dan trend terkini dalam kesihatan mental & kaunseling
2. Model intervensi dan sistem penjagaan klien
3. Inisiatif kesihatan mental komuniti dan outreach

NCEMH komited dalam memperkukuh kerjasama global serta memperkasa pembangunan kesihatan mental melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman di peringkat antarabangsa.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi berterusan dan perkongsian ilmu yang memberi impak kepada kesejahteraan mental sejagat.

21/04/2026

Bergegas ke jabatan kecemasan hospital, jantung berdegup kencang melihat darah membasahi lantai atau kesan jerutan tali pada leher ahli keluarga sendiri. Di ruang menunggu, pelbagai persoalan mula berlegar di fikiran kita. Kenapa terlalu rapuh? Hanya kerana pasangan curang atau dituduh mencuri di asrama, sanggup ambil pisau toreh tangan sendiri? Tidakkah mereka takut dengan azab neraka? Kenapa berani sangat mahu mengambil alih tugas Tuhan mematikan nyawa?

Sebagai pemerhati yang waras, logik akal kita memang tidak boleh menerima tindakan ini. Tetapi untuk memahami anatomi bunuh diri, kita wajib berhenti melihatnya sebagai satu isu kelemahan iman atau dosa, dan mula melihatnya sebagai satu kegagalan neurologi otak yang sangat kritikal.

Dalam dunia psikiatri klinikal, individu yang cuba menamatkan riwayat hidup mereka sedang mengalami satu fenomena pemikiran ekstrem yang dipanggil Psychological Myopia atau Terowong Minda.

Apabila manusia ditimpa krisis emosi yang terlampau dahsyat seperti pengkhianatan pasangan, dibuang kerja, atau hilang kepercayaan ibu bapa, otak memprosesnya sebagai satu bentuk penyeksaan. Pusat kesakitan di dalam otak iaitu Anterior Cingulate Cortex, tidak dapat membezakan antara sakit emosi dikhianati dengan sakit fizikal dibakar api. Bagi otak mereka, tubuh sedang diseksa hidup-hidup.

Pada saat amaran kesakitan ini memuncak, lambakan hormon stres akan merenjat dan mematikan fungsi Prefrontal Cortex. Ini adalah bahagian otak paling elit di depan dahi yang berfungsi untuk menaakul logik, memikirkan masa depan, dan memproses ketakutan terhadap hukum agama atau balasan neraka.

Apabila pusat logik ini lumpuh sepenuhnya, pesakit terperangkap dalam terowong minda yang gelap. Mereka kehilangan kapasiti biologi untuk berfikir secara rasional. Di hujung terowong itu, otak mereka yang sedang sakit hanya menayangkan satu sahaja jalan keluar (exit door) untuk menghentikan kesakitan tersebut, iaitu kematian.

Hakikat psikiatri yang masyarakat perlu tahu adalah ini, orang yang cuba membunuh diri sebenarnya tidak mahu mati. Mereka cuma mahu kesakitan emosi yang tidak tertanggung itu berhenti serta-merta. Mereka ibarat mangsa yang terperangkap di tingkat 20 bangunan yang sedang marak terbakar. Terjun dari tingkap itu bukanlah satu tindakan berani, tetapi ia adalah pilihan paksaan biologi untuk lari dari api yang sedang membakar tubuh mereka.

Oleh itu, apabila berhadapan dengan individu yang sedang tertekan atau mempunyai parut kelaran di tangan, simpan dahulu ceramah agama dan ancaman neraka anda. Kata-kata itu hanya akan menambah beban asid rasa bersalah yang akan mempercepatkan niat mereka untuk mencuba lagi.

Anggaplah kecederaan emosi ini sama seperti serangan sakit jantung. Ia adalah kecemasan perubatan. Bawa mereka berjumpa pakar psikiatri untuk menstabilkan semula bahan kimia di dalam otak, atau hubungi Talian HEAL 15555. Nyawa yang rapuh tidak boleh diselamatkan dengan hukuman, ia hanya boleh diikat semula dengan rawatan dan empati perubatan.

Address

Quill 18
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan:

Share