MRIC Healthcare Sdn. Bhd.

MRIC Healthcare Sdn. Bhd. Making Healthcare Accessible
👨‍⚕️On-demand Medical Services
🚑 Non-emergency medical ride (Serving Putrajaya & Cyberjaya)

Selamat Hari Jururawat Sedunia 💜Di sebalik setiap degupan kehidupan, ada insan yang sentiasa hadir memberi rawatan, hara...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia 💜

Di sebalik setiap degupan kehidupan, ada insan yang sentiasa hadir memberi rawatan, harapan dan ketenangan.

Terima kasih kepada semua jururawat atas dedikasi, kesabaran dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam menjaga kesihatan masyarakat setiap hari.

Nampak najis tikus di rumah, pejabat atau stor? Jangan terus sapu kering atau vakum.Hantavirus boleh merebak melalui hab...
11/05/2026

Nampak najis tikus di rumah, pejabat atau stor? Jangan terus sapu kering atau vakum.

Hantavirus boleh merebak melalui habuk yang tercemar dengan najis, air kencing atau air liur tikus. Sebab itu, cara pembersihan perlu dibuat dengan betul dan selamat.

✅ Pakai pelitup muka & sarung tangan
✅ Sembur disinfektan dahulu
✅ Biarkan basah sekurang-kurangnya 5 minit
✅ Lap perlahan-lahan
✅ Buang dalam plastik tertutup

Elakkan sentuh kawasan tercemar tanpa perlindungan.

Jika mengalami demam, sakit badan, sakit kepala, loya, muntah atau sesak nafas selepas terdedah kepada kawasan bertikus, dapatkan pemeriksaan segera.

Talasemia ialah penyakit darah keturunan yang boleh menjejaskan penghasilan hemoglobin dalam badan.Kesedaran dan saringa...
08/05/2026

Talasemia ialah penyakit darah keturunan yang boleh menjejaskan penghasilan hemoglobin dalam badan.

Kesedaran dan saringan awal sangat penting — bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga dan generasi akan datang.

Kenali status anda.
Lakukan saringan awal.
Sebarkan kesedaran.

Bersama kita tingkatkan kesedaran tentang talasemia. 🩸

Hari Kanser Ovari Sedunia | 8 Mei 2026Kanser ovari sering digelar sebagai “silent killer” kerana simptomnya sukar dikesa...
08/05/2026

Hari Kanser Ovari Sedunia | 8 Mei 2026

Kanser ovari sering digelar sebagai “silent killer” kerana simptomnya sukar dikesan pada peringkat awal. Namun, kesedaran dan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa.

Jangan abaikan tanda seperti:
▫️ Perut kembung berpanjangan
▫️ Cepat kenyang
▫️ Sakit pelvis atau abdomen
▫️ Kerap membuang air kecil

🎗️ Kenali. Lindungi. Bertindak.

Mari bersama tingkatkan kesedaran, sokong para pejuang kanser ovari, dan galakkan pemeriksaan kesihatan berkala demi wanita yang kita sayangi.

Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2026, jom kita jadikan amalan mencuci tangan sebagai langkah pertama untuk melind...
05/05/2026

Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2026, jom kita jadikan amalan mencuci tangan sebagai langkah pertama untuk melindungi diri dan orang sekeliling 🧼✨

Kebersihan tangan yang betul dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan persekitaran lebih selamat, terutama dalam penjagaan kesihatan.

Keselamatan bermula dengan amalan yang betul.
Cuci tangan. Lindungi diri. Lindungi semua.

Mula-mula cuma rasa tak selesa…Lepas tu pedih.Lepas tu asyik nak ke tandas.Kalau anda pernah rasa macam ni—itu mungkin U...
04/05/2026

Mula-mula cuma rasa tak selesa…
Lepas tu pedih.
Lepas tu asyik nak ke tandas.

Kalau anda pernah rasa macam ni—
itu mungkin UTI (jangkitan salur kencing) ⚠️

Jangan tunggu sampai sakit makin jadi. Dapatkan rawatan segera!

Selamat Hari Pekerja!Setiap langkah kecil, setiap usaha yang dilakukan hari demi hari membentuk kejayaan yang lebih besa...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja!

Setiap langkah kecil, setiap usaha yang dilakukan hari demi hari membentuk kejayaan yang lebih besar.

Teruskan memberi yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. Semoga segala usaha anda sentiasa dihargai.

🦟 Apa Itu Denggi?  Demam denggi ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina — dan ia boleh jadi s...
30/04/2026

🦟 Apa Itu Denggi?

Demam denggi ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina — dan ia boleh jadi serius jika tidak dicegah.

⚠️ Kenali simptom awal:
• Muntah-muntah
• Sakit perut & cirit-birit
• Sakit otot dan sendi
• Demam & sakit kepala
• Ruam merah pada kulit

💡 Jangan tunggu sehingga teruk!
Segera dapatkan rawatan jika mengalami simptom-simptom ini.

🤝 Bersama kita cegah denggi:
✔️ Hapuskan tempat pembiakan nyamuk
✔️ Pastikan persekitaran bersih
✔️ Gunakan pelindung nyamuk

Booth saringan kesihatan percuma turut menjadi antara tarikan utama sempena perasmian NADI Kubang Semang, Pulau Pinang p...
25/04/2026

Booth saringan kesihatan percuma turut menjadi antara tarikan utama sempena perasmian NADI Kubang Semang, Pulau Pinang pada 25 April 2026, dengan kehadiran komuniti setempat yang mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi akses kepada saringan awal, malah membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan dan gaya hidup sihat.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, mencerminkan keperluan terhadap perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dicapai dan mesra komuniti.


Jom ramai-ramai ke NADI Permatang Pauh (Yayasan Aman)! ✨Saksikan Majlis Pengiktirafan NADI MCMC sebagai Pusat Transforma...
23/04/2026

Jom ramai-ramai ke NADI Permatang Pauh (Yayasan Aman)! ✨

Saksikan Majlis Pengiktirafan NADI MCMC sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ke-16 Dunia bersempena Pelancaran NADI Kubang Semang (Yayasan Aman) yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:

🛍️ Demonstrasi dan jualan oleh usahawan NADI
👩🏻‍⚕️ Saringan kesihatan tekanan darah, BMI, glukosa dan konsultasi doktor
🎥 Live Studio MAHIR
🫆 Semakan kekuatan kata laluan dan kebocoran e-mel
🎮 Permainan e-sport seperti e-Racing dan e-Football
🤖 Aktiviti robotik bola
🔹 Pelbagai lagi aktiviti dan goodies menarik untuk seisi keluarga!

📍 25 April 2026 (Sabtu)
🕧 12.30 tengah hari – 5:00 petang
📌 Dewan Yayasan Aman, Kubang Semang, Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara istimewa ini. Jumpa anda di sana!


🍷 ALKOHOL: Musuh Dalam SelimutPengambilan berlebihan ialah “pembunuh senyap” ⚠️Boleh sebabkan kerosakan hati, masalah ja...
22/04/2026

🍷 ALKOHOL: Musuh Dalam Selimut

Pengambilan berlebihan ialah “pembunuh senyap” ⚠️

Boleh sebabkan kerosakan hati, masalah jantung & gangguan mental.

✅ Anda boleh berhenti — mula langkah kecil hari ini.

Sayangi diri. Lindungi masa depan 💜

Address

C-4-3 Radius Business Park Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRIC Healthcare Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share