Madu Quad by Fitrah Sunnah

Madu Quad by Fitrah Sunnah Madu Quad adalah Madu Tualang Asli yang dituai dari Hutan Nusantara Alam Melayu. 100% dari Hutan.

07/08/2026

Hari ini kita bongkarkan satu isu yang pernah menggemparkan dunia madu.

Malaysia pernah mengharamkan satu produk Manuka Honey.

Di hujung video kita kongsikan 5 soalan WAJIB sebelum membeli madu.

‘Awak nak yang cerah atau yang gelap?’‘Dua-dua saya s**a makan.’‘Baiklah, saya bagi yang gelap ya.’Terima kasih Tuan Moh...
03/08/2026

‘Awak nak yang cerah atau yang gelap?’
‘Dua-dua saya s**a makan.’
‘Baiklah, saya bagi yang gelap ya.’

Terima kasih Tuan Mohammad Huzaimi Md Yusof sudi singgah Kg. Sg. Penchala untuk dapatkan produk Madu Quad dari kami.

Kepada yang nak buat produk OEM, produk retort, kami boleh kenalkan kepada beliau. Beliau boleh bantu dan sangat berpengalaman dalam industri ini.

Mencari Madu Asli yang berkualiti & diyakini?Carilah Madu Quad Tualang Asli dari kami 😁
01/08/2026

Mencari Madu Asli yang berkualiti & diyakini?

Carilah Madu Quad Tualang Asli dari kami 😁

29/07/2026

Asma bukan sekadar “sesak nafas”.

Ia sebenarnya melibatkan keradangan kronik pada saluran pernafasan.

Ramai hanya bergantung kepada inhaler ketika serangan berlaku. Itu memang penting dan tidak boleh ditinggalkan.

Tetapi satu persoalan yang jarang dibincangkan ialah…

Bagaimana kita boleh membantu mengurangkan faktor yang menyumbang kepada keradangan tersebut melalui pemakanan?

Sebab itu semakin banyak kajian melihat kepada makanan yang kaya dengan sebatian bioaktif.

Contohnya:

🍯 Madu Tualang
• Kaya dengan polifenol dan flavonoid.
• Mempunyai aktiviti antioksidan dan anti-radang yang telah banyak dikaji.

🌱 Habbatussauda
• Mengandungi thymoquinone, antara sebatian aktif yang paling banyak dikaji dalam Habbatussauda.

🫒 Minyak Zaitun Extra Virgin
• Kaya dengan polifenol yang membantu menyokong kesihatan sel dan mengurangkan tekanan oksidatif.

Yang menarik, terdapat kajian klinikal (Randomized Controlled Trial) ke atas pesakit COPD yang mendapati pengambilan Madu Tualang bersama rawatan standard selama 6 bulan berjaya meningkatkan kualiti hidup pesakit berbanding kumpulan kawalan.

Ini bukan bermaksud Madu Tualang menggantikan inhaler atau ubat doktor.

Tetapi ia menunjukkan bahawa makanan semula jadi yang berkualiti boleh menjadi ikhtiar tambahan untuk menyokong kesihatan sistem pernafasan.

Sebab itu di Quadmeds, kami bukan sekadar menjual madu.

Kami pastikan setiap batch diuji supaya bebas daripada:

✅ Antibiotic Residues
✅ Heavy Metals
✅ C4 Sugar Adulteration
✅ Pencemaran Mikrobiologi

28/07/2026

Orang membeli madu bukan kerana warna.

Bukan kerana botol.

Bukan kerana label.

Mereka membeli kerana percaya.

Dan kepercayaan itu dibina melalui proses yang sebenar.

Sebab itu kami sentiasa berkongsi video dari hutan.

Supaya pelanggan melihat sendiri dari mana datangnya madu mereka.

26/07/2026

KENAPA SEMAKIN BANYAK PUSAT BEKAM MULA MEMILIH MADU TUALANG?

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya perasan semakin banyak pusat bekam menghubungi kami untuk mendapatkan Madu Quad Tualang.

Pada mulanya saya ingat mereka sekadar nak letak di rak jualan.

Rupanya tidak.

Bila saya tanya kenapa, seorang pengusaha bekam jawab,

“lepas pelanggan habis berbekam, kami selalu pesan tiga benda. Balik, berehat. Minum air secukupnya. Dan jaga pemakanan.”

Jawapan itu buat saya berfikir.

Selama ini ramai bercakap tentang bekam, tetapi jarang orang bercakap tentang apa yang perlu dibuat selepas bekam.

Sebab itu saya s**a satu ayat yang ringkas.

“Bekam mengeluarkan. Madu Tualang melengkapkan.”

Bukan bermaksud madu menggantikan bekam.

Bukan juga bermaksud madu ialah penawar kepada semua penyakit.

Tetapi kalau kita bercakap tentang penjagaan kesihatan, saya percaya satu ikhtiar sahaja tidak mencukupi. Berbekam satu ikhtiar. Tidur yang cukup satu ikhtiar. Minum air yang mencukupi satu ikhtiar. Pemakanan yang baik juga satu ikhtiar.

Sebab itu, apabila kami membangunkan Madu Quad Tualang, fokus kami bukan sekadar menjual madu.

Kami mahu membina kepercayaan.

✔️ Diproses di kilang MeSTI KKM.

✔️ Diuji di makmal.

✔️ Tiada residu antibiotik.

✔️ Tiada pencemaran logam berat.

✔️ Tiada pencampuran gula C4.

✔️ Ujian mikrobiologi.

✔️ Kandungan Total Phenolic Content (TPC) sebanyak 684 mg GAE/kg, sebagai penanda kandungan sebatian antioksidan.

21/07/2026

BOLEHKAH MAKAN MADU GUNA SUDU BESI?

Soalan ini nampak mudah, tetapi jawapannya tidak semudah “boleh” atau “tak boleh”.

Ramai menyangka sudu besi akan terus merosakkan madu. Hakikatnya, menggunakan sudu stainless steel untuk mengambil madu seketika biasanya tidak menjadi masalah.

Yang lebih perlu dielakkan ialah membiarkan madu bersentuhan terlalu lama dengan logam yang mudah berkarat, terutama ketika penyimpanan. Madu Tualang sememangnya bersifat sedikit berasid. Dalam tempoh yang lama, sentuhan dengan logam yang mudah terhakis boleh menjejaskan kualiti madu.

Sebab itu, Madu Tualang Premium Quadmeds menggunakan botol kaca. Bukan sekadar nampak lebih premium, tetapi sebagai salah satu usaha menjaga kestabilan dan kualiti madu sehingga sampai kepada pengguna.

Ringkasnya:

✅ Guna sudu stainless steel sekejap → Insya-Allah tiada masalah.

❌ Jangan simpan atau biarkan madu lama bersentuhan dengan logam yang mudah berkarat.

✅ Pilih penyimpanan lama dalam botol kaca yang berkualiti.

20/07/2026

Madu Mint melegakan batuk, sakit tekak, selsema. Anak anak pun s**a sebab rasanya yang sedap.

Dapatkan di www.maduquad2u.com

16/07/2026

Bagaimana nak amalkan madu setiap hari?

Minumlah Madu sebagai Supplement Tambahan'Boleh terus beli di website kami, www.maduquad2u.com
12/07/2026

Minumlah Madu sebagai Supplement Tambahan'
Boleh terus beli di website kami, www.maduquad2u.com

Address

No. 2991-7, Jalan Damansara, Kg. Sg. Penchala
Damansara
60000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madu Quad by Fitrah Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Madu Quad by Fitrah Sunnah:

Shortcuts

Share