Mikaylasusukambing_hq

Mikaylasusukambing_hq Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mikaylasusukambing_hq, 143 lorong 4 Jalan gong pasir, Dungun.

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa d...
26/09/2019

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

-Haus/dahaga (haus yang berlebihan)

-Letih

-Berat badan menurun

-Penglihatan kabur

-Otot lemah

-Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

-Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan

-Luka yang lambat sembuh

-Kencing yang kerap

-Gatal pada bahagian kemaluan

-Rasa kebas

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dun...
26/09/2019

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Meminum susu kambing ataupun menggunakan sabun yang berasaskan susu kambing amat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai mas...
25/09/2019

Meminum susu kambing ataupun menggunakan sabun yang berasaskan susu kambing amat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering. Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah ekzema boleh mengamalkan susu kambing di dalam diet mereka.

Hal ini kerana susu kambing boleh melembabkan kulit secara semulajadi dan mencegah masalah kulit kering, kasar dan kusam.

Antara tanda-tanda ekzema yang biasanya terjadi adalah:-Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, m...
25/09/2019

Antara tanda-tanda ekzema yang biasanya terjadi adalah:

-Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.

-Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.

-Bengkak kecil yang berair.

Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya tetapi ia dipercayai berkaitan dengan tindak balas...
24/09/2019

Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya tetapi ia dipercayai berkaitan dengan tindak balas sistem imun badan yang terlalu sensitif terhadap kerengsaan. Ekzema juga disebabkan oleh tindak balas yang tidak normal terhadap protein yang merupakan sebahagian daripada sel tubuh badan. Antara penyebab yang meningkatkan risiko untuk mengidap ekzema adalah:

1.Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga.

2.Kecacatan pada sistem perlindungan kulit boleh menyebabkan lapisan kulit kehilangan kelembapan dan terdedah kepada jangkitan kuman.

3.Pendedahan kepada cuaca atau keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

4.Pendedahan kepada produk rumah tertentu seperti sabun atau detergen.

5.Tekanan atau stres.

6.Peluh badan.

7.Penurunan mendadak dalam tahap kelembapan sekeliling.

8.Alahan makanan

Ekzema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh bayi, namun begitu orang dewasa juga tak terkecuali.Peny...
23/09/2019

Ekzema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh bayi, namun begitu orang dewasa juga tak terkecuali.

Penyakit ekzema ni biasa berlaku di kalangan bayi yang berumur antara 2 – 6 bulan. Salah satu jenis ekzema ialah “Atopic Dermatitis.”

“Atopic” adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom “oversensitivity.”

Walaubagaimanapun keadaan ini akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit ekzema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun ekzema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan kepada pesakit.

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan k...
22/09/2019

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang aka...
22/09/2019

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Buah-buahan adalah antara makanan yang sangat baik dan boleh dijadikan pengganti makanan utama bagi ibu hamil. Ini keran...
22/09/2019

Buah-buahan adalah antara makanan yang sangat baik dan boleh dijadikan pengganti makanan utama bagi ibu hamil. Ini kerana buah-buahan jauh lebih sihat dan memiliki banyak khasiat untuk pertumbuhan janin di dalam kandungan.

Antara buah-buahan yang elok dimakan sepanjang kehamilan ialah:

1. Kurma

Kurma mengandungi gizi berkhasiat bagi ibu mengandung. Antaranya kalium, serat, fosforus, besi, belerang, magnesium dan kalsium. Beberapa mineral seperti zat besi sangat bermanfaat bagi membantu tubuh mengeluarkan hemoglobin yang mengelakkan masalah anemia pada ibu hamil. Selain itu kandungan kalium dapat mengurangkan rasa kejang yang sering dialami ibu hamil. Kurma ialah buah paling baik untuk ibu hamil pada trimester pertama dan juga trimester akhir kerana vitamin B dalam kurma membantu menguatkan dinding rahim.

2. Avokado

Buah ini rasanya sangat lazat dan sering digunakan dalam perawatan kecantikan. Khasiat dalam avokado membantu menjaga kesihatan ibu hamil. Ini kerana avokado mengandung asid folik, kalium dan vitamin B kompleks, bagi menjaga kesihatan tubuh dan berkhasiat untuk per­kembangan janin. Asid folik membantu perkembangan otak dan tulang belakang. Pada trimester pertama, avokado membantu mengatasi rasa mual dan muntah.

3. Manggis

Buah berwarna ungu ini memiliki kandungan vitamin C yang tinggi bagi memelihara kulit supaya kekal cantik sepanjang kehamilan. Selain itu manggis juga memiliki kandungan asid folik yang tinggi dan bermanfaat bagi perkembangan janin. Janin akan terhindar daripada risiko kelahiran pramatang.

4. Buah naga

Buah naga memiliki rasa yang cukup unik. Oleh kerana kulitnya tebal buah ini jarang mengandungi racun perosak lain. Oleh itu kandungannya sangat semula jadi dan bagus diambil pada trimester pertama.

5. Epal

Buah ini paling digemari kerana rasanya yang lazat, mudah dimakan dan boleh diperoleh sepanjang tahun. Mengandungi banyak vitamin yang sangat sesuai untuk ibu hamil. Antaranya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan C. Bagi ibu hamil, kandungan serat yang tinggi sangat baik untuk mengatasi sembelit. Jadikan epal sebagai kudapan kerana ia memiliki khasiat diperlukan ibu hamil untuk tetap mendapatkan berat badan ideal.

Pantang Larang Ibu MengandungElakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, m...
19/09/2019

Pantang Larang Ibu Mengandung

Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.

Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.

Digalakkan supaya elakkan makan makanan atau minuman yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.

Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.

Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.

Tips Menghadapi Jerebu-Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu.-Gunakan pen...
19/09/2019

Tips Menghadapi Jerebu

-Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu.

-Gunakan penutup mulut dan hidung(face mask) yang sesuai apabila berada di luar bangunan.

-Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

-Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

-Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghadapi penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

-Dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumla...
17/09/2019

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu.

Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2, yang bertindak sebagai agen anti-osteoporosis.

Susu kambing juga menghalang 'bone demineralization', iaitu dimana tulang menjadi lembut. Ia juga membantu perkembangan tulang agar tulang menjadi kuat dan tidak rapuh.

Address

143 Lorong 4 Jalan Gong Pasir
Dungun
23000

Telephone

014-8279297

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mikaylasusukambing_hq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share