Jauhar Medical Clinic 24Jam Gelang Patah

Jauhar Medical Clinic 24Jam Gelang Patah JAUHAR Medical Clinic
📍Gelang Patah • 📍Kota Masai
📍Pulai Mutiara •📍Taman Daya

PEMAKLUMAN OPERASI KLINIKDimaklumkan bahawa semua cawangan Jauhar Medical Clinic akan ditutup sementara sempena sambutan...
26/05/2026

PEMAKLUMAN OPERASI KLINIK

Dimaklumkan bahawa semua cawangan Jauhar Medical Clinic akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula Selasa, 11:00 malam dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada Khamis, 8:00 pagi.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kerjasama serta pemahaman daripada semua pihak.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak admin di talian 018-794 6174.

Ikhlas daripada
Jauhar Medical Clinic

Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, istighfar dan amal kebaika...
26/05/2026

Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, istighfar dan amal kebaikan. Semoga setiap doa yang dipanjatkan dipermudahkan penerimaannya serta dikurniakan keampunan, kesihatan yang baik dan keberkatan hidup buat kita semua.

Ikhlas daripada
Jauhar Medical Clinic

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan mempertemukan kita dengan rahmat serta kasih sayang-Nya.

🚨 WE’RE HIRING! 🚨Join the growing team at Jauhar Medical Clinic as a Radiographer and build your career in a professiona...
25/05/2026

🚨 WE’RE HIRING! 🚨

Join the growing team at Jauhar Medical Clinic as a Radiographer and build your career in a professional, supportive, and fast-paced healthcare environment.

✨ What we offer:
✔ Salary up to RM2500++!!
✔ Medical card & medical benefits
✔ Career growth opportunities
✔ Annual increment & claimable OT
✔ Dynamic shift working environment

If you are passionate, disciplined, and committed to delivering quality patient care, we would love to hear from you.

📲 Apply now via WhatsApp:
018-794 6174

MedicalJobs CareerOpportunity

Tahniah kepada Johor Darul Ta’zim F.C. atas kejayaan menjulang Piala Malaysia 2025/2026. Kejayaan ini membuktikan komitm...
24/05/2026

Tahniah kepada Johor Darul Ta’zim F.C. atas kejayaan menjulang Piala Malaysia 2025/2026. Kejayaan ini membuktikan komitmen, disiplin dan semangat juang luar biasa yang terus mengharumkan nama Johor di persada bola sepak negara.

Jauhar Medical Clinic turut mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh rakyat Johor sempena Cuti Peristiwa pada Isnin, 25 Mei 2026. Semoga cuti ini dimanfaatkan bersama keluarga dan insan tersayang.

Terus melakar kejayaan, terus menjadi kebanggaan Bangsa Johor. ❤️💙

“Setiap detik amat bermakna apabila melibatkan nyawa insan tersayang.”Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepad...
22/05/2026

“Setiap detik amat bermakna apabila melibatkan nyawa insan tersayang.”

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Jauhar Medical Clinic. Alhamdulillah, dengan tindakan pantas daripada doktor dan pasukan jururawat kami, keadaan bayi berjaya dikawal dengan baik.

Penghargaan sebegini menjadi inspirasi buat kami untuk terus memberikan rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Semoga baby diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan keluarga. 🤍

Hantavirus merupakan jangkitan virus yang boleh merebak melalui pendedahan kepada air kencing, air liur, najis atau debu...
19/05/2026

Hantavirus merupakan jangkitan virus yang boleh merebak melalui pendedahan kepada air kencing, air liur, najis atau debu yang tercemar daripada tikus.

Pendedahan awal dan langkah pencegahan yang betul sangat penting bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan elakkan sentuhan terus dengan haiwan perosak atau kawasan tercemar.

Dapatkan pemeriksaan perubatan sekiranya mengalami simptom seperti demam, sakit badan, batuk atau sesak nafas selepas terdedah kepada kawasan berisiko.

18/05/2026

Pihak JAUHAR Medical Clinic ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas sokongan dan feedback yang sangat baik terhadap perkhidmatan kami 🤍

Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan dan berbesar hati apabila pesakit kami berasa selesa sepanjang mendapatkan rawatan di klinik kami. JAUHAR Medical Clinic, kami sentiasa komited untuk memberikan pengalaman rawatan yang mesra, selesa serta berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.

Terima kasih kerana terus memilih dan menyokong JAUHAR Medical Clinic. Sokongan seperti ini menjadi semangat untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap hari 😊

JAUHAR Medical Clinic (Taman Kota Masai) kini secara rasmi telah dilantik sebagai Klinik Panel TNB berkuat kuasa mulai 1...
15/05/2026

JAUHAR Medical Clinic (Taman Kota Masai) kini secara rasmi telah dilantik sebagai Klinik Panel TNB berkuat kuasa mulai 15 Mei 2026.

Pelantikan ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam usaha kami untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, profesional dan terbaik kepada seluruh pelanggan kami.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. 💛

Terima kasih atas kepercayaan dan maklum balas positif yang diberikan kepada Jauhar Medical Clinic.Penghargaan ini menja...
13/05/2026

Terima kasih atas kepercayaan dan maklum balas positif yang diberikan kepada Jauhar Medical Clinic.

Penghargaan ini menjadi motivasi buat kami untuk terus memberikan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang profesional, teliti dan berkualiti kepada setiap pesakit.

Terima kasih kepada Dr Rizal, Dr Faiz dan seluruh warga kerja Jauhar Medical Clinic atas komitmen yang sentiasa terbaik dalam menjaga kebajikan pesakit.

11/05/2026

Sukan Tahunan ke-63 SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru 🚑✨

Jauhar Medical Clinic berbesar hati menyediakan pasukan paramedik dan bantuan pertolongan cemas bagi memastikan program berlangsung dengan selamat dan lancar sepanjang acara.

Turut mewakili Team Jauhar Medical Clinic ialah Dr. N.M Kamil Bin Abdullah selaku CEO & Director bersama Ahmad Mukhriz, Fatin Batrisyia dan Radzi Mustafa.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Jauhar Medical Clinic dalam menyokong program komuniti dan pendidikan.

Address

No 33-35, Jalan Suria 2, Pusat Komersial Suria, Iskandar Puteri
Gelang Patah
81550

Telephone

+60196466174

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jauhar Medical Clinic 24Jam Gelang Patah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jauhar Medical Clinic 24Jam Gelang Patah:

Share