Promosi Kesihatan Daerah Tampin

Promosi Kesihatan Daerah Tampin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Promosi Kesihatan Daerah Tampin, Medical and health, Jalan Tampin, Gemas.

PROGRAM GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI TAMAN  SENTOSA GEMASAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Program Go...
26/08/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI TAMAN SENTOSA GEMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Program GoRo Wabak Denggi akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : 27 Ogos 2026 (Khamis)
πŸ•’ Masa : 8.30 pagi
πŸ“ Tempat : Padang Taman Sentosa B

Sehubungan itu, semua penduduk Taman Sentosa Gemas dan berhampiran dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program ini dalam usaha membanteras tempat pembiakan nyamuk Aedes serta menangani penularan kes demam denggi di lokaliti Taman Sentosa Gemas.

"Cegah Denggi, Tanggungjawab Kita Bersama."
"Tiada Aedes, Tiada Denggi"
Kerjasama dan kehadiran semua amatlah dihargai. Terima kasih.




🌿 JOM SERTAI ONE HOUR MALAYSIA CLEAN-UP! 🧹🦟Sabtu, 29 Ogos 2026 merupakan hari untuk kita bersama-sama melaksanakan aktiv...
26/08/2026

🌿 JOM SERTAI ONE HOUR MALAYSIA CLEAN-UP! 🧹🦟

Sabtu, 29 Ogos 2026 merupakan hari untuk kita bersama-sama melaksanakan aktiviti kebersihan persekitaran Cari dan Musnah selama 1 jam di kediaman masing-masing.

🏑 Luangkan masa 1 jam untuk:
βœ… Membersihkan kawasan persekitaran rumah
βœ… Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes
βœ… Memastikan tiada bekas atau kawasan yang boleh menakung air

πŸ“Έ Jangan lupa!
Ambil gambar dan muat naik di Facebook masing-masing.

πŸ”– Gunakan hashtag:




Tag & kongsikan kepada MyHEALTHKKM dan Cari dan Musnah.

πŸ’š 1 jam masa anda, besar manfaatnya kepada komuniti.
Tiada Aedes, Tiada Denggi!

Bersama-sama kita wujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes. 🦟🚫




Program: Jelajah Hari Kecergasan KKM Peringkat Kebangsaan 2026Aktiviti: Pertandingan Fesyen 3R HePiLITarikh: 22 Ogos 202...
24/08/2026

Program: Jelajah Hari Kecergasan KKM Peringkat Kebangsaan 2026
Aktiviti: Pertandingan Fesyen 3R HePiLI
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 1.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Anjuran:
Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Promosi Kesihatan Daerah Tampin dan Ahli Program Siswa Sihat (PROSiS), Politeknik Nilai.

Panel Juri :
SWCorp. Negeri Sembilan

Pertandingan ini melibatkan 30 peserta kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan mengetengahkan tema bahan kitar semula dan Hari Kemerdekaan. Peserta digalakkan menghasilkan pakaian kreatif menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula sebagai usaha menerapkan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle, di samping menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Aktiviti seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai salah satu pendekatan kreatif dalam memupuk amalan hidup sihat, kelestarian alam sekitar serta semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.

Tahniah dan Syabas kepada semua peserta Fesyen 3R HePiLI.







Mesyuarat Wabak Denggi Taman Sentosa, Gemas Bersama Jabatan dan Agensi Berkaitan.Tarikh : 24 Ogos 2026 (Isnin)Tempat : B...
24/08/2026

Mesyuarat Wabak Denggi Taman Sentosa, Gemas Bersama Jabatan dan Agensi Berkaitan.

Tarikh : 24 Ogos 2026 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Dan Tanah Kecil Gemas

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan situasi semasa wabak denggi di Lokaliti Taman Sentosa Gemas serta menyelaras tindakan bersepadu antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam usaha membendung penularan kes denggi. Antara objektif mesyuarat adalah:
1. Membentangkan status terkini kes wabak denggi di Lokaliti Taman Sentosa Gemas
2. Mengenal pasti punca dan faktor penyumbang kepada penularan wabak.
3. Menyelaras tindakan penguatkuasaan, kawalan vektor, pembersihan kawasan serta aktiviti promosi kesihatan.
4. Memperkukuhkan kerjasama strategik antara semua jabatan, agensi dan komuniti setempat.

Mesyuarat ditangguhkan dengan persetujuan bahawa pemantauan berkala dan tindakan susulan akan dilaksanakan sehingga situasi wabak berada dalam keadaan terkawal.





Kesihatan Daerah Tampin
Kesihatan Negeri Sembilan
Kesihatan Daerah Tampin

π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† π–π€ππ€πŠ πƒπ„ππ†π†πˆ π’πˆπ‘πˆ 6 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€πŒππˆπ 🦟🏑 Taman Gemencheh Jaya πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)⏰ 7.30 pagiπŸ“ Lot Kedai Tam...
24/08/2026

π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† π–π€ππ€πŠ πƒπ„ππ†π†πˆ π’πˆπ‘πˆ 6 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€πŒππˆπ 🦟
🏑 Taman Gemencheh Jaya
πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi
πŸ“ Lot Kedai Taman Gemencheh Jaya

Telah berlangsung Gotong-Royong Wabak Denggi Siri 6 Daerah Tampin, sebagai salah satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan kawalan dan pencegahan wabak Denggi di kawasan berisiko.

Program ini telah disertai oleh kira-kira 40 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat.

Antara agensi dan pihak yang terlibat ialah:
πŸ‘©β€βš•οΈ Pejabat Kesihatan Daerah Tampin
🏒 Majlis Daerah Tampin
πŸ“’ Jabatan Penerangan
πŸ—‘οΈ SWM Environment
🀝 COMBI Taman Gemencheh Lama dan Teman Gemencheh Baru

Aktiviti gotong-royong melibatkan pemeriksaan dan pembersihan kawasan persekitaran serta pemusnahan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

πŸ’ͺ Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

🚫🦟 TIADA AEDES, TIADA DENGGI!
❀️ JOM KITA SAMA-SAMA CEGAH DENGGI!









Waspada!!  Jerebu melanda lagi.Berikut adalah langkah-langkah Penjagaan Kesihatan Ketika JEREBU.    Kesihatan Daerah Tam...
23/08/2026

Waspada!! Jerebu melanda lagi.

Berikut adalah langkah-langkah

Penjagaan Kesihatan Ketika JEREBU.


Kesihatan Daerah Tampin

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Team MyCHAMPION Tampin atas kejayaan merangkul Tempat Kedua dalam Pertandingan ...
21/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Team MyCHAMPION Tampin atas kejayaan merangkul Tempat Kedua dalam Pertandingan Explorace Kesihatan sempena Jelajah Hari Kecergasan KKM Peringkat Kebangsaan 2026.

πŸ“… Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: Politeknik Nilai, Seremban

Kejayaan ini mencerminkan semangat kerjasama, kecergasan dan komitmen pasukan dalam menyokong pembudayaan gaya hidup sihat serta penglibatan komuniti bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai komuniti untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Syabas dan tahniah Team MyCHAMPION Tampin! πŸ’š

PROGRAM GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI TAMAN  GEMENCHEH JAYA Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Program ...
20/08/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI TAMAN GEMENCHEH JAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Program GoRo Wabak Denggi akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa : 7.30 pagi
πŸ“ Tempat : Berhampiran Lot Kedai, taman Gemencheh Jaya

Sehubungan itu, semua penduduk Taman Gemencheh Jaya dan berhampiran dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program ini dalam usaha membanteras tempat pembiakan nyamuk Aedes serta menangani penularan kes demam denggi di lokaliti Taman Gemencheh Jaya.

"Cegah Denggi, Tanggungjawab Kita Bersama."
"Tiada Aedes, Tiada Denggi"

Kerjasama dan kehadiran semua amatlah dihargai. Terima kasih.



Mesyuarat Wabak Denggi Taman Gemencheh Jaya, Gemencheh Bersama Jabatan dan Agensi Berkaitan.Tarikh : 20 Ogos 2026 (Khami...
20/08/2026

Mesyuarat Wabak Denggi Taman Gemencheh Jaya, Gemencheh Bersama Jabatan dan Agensi Berkaitan.

Tarikh : 20 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan situasi semasa wabak denggi di Lokaliti Taman Gemencheh Jaya serta menyelaras tindakan bersepadu antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam usaha membendung penularan kes denggi. Antara objektif mesyuarat adalah:

1. Membentangkan status terkini kes wabak denggi di Lokaliti Taman Gemencheh Jaya, Gemencheh.
2. Mengenal pasti punca dan faktor penyumbang kepada penularan wabak.
3. Menyelaras tindakan penguatkuasaan, kawalan vektor, pembersihan kawasan serta aktiviti promosi kesihatan.
4. Memperkukuhkan kerjasama strategik antara semua jabatan, agensi dan komuniti setempat.

Mesyuarat ditangguhkan dengan persetujuan bahawa pemantauan berkala dan tindakan susulan akan dilaksanakan sehingga situasi wabak berada dalam keadaan terkawal.




Promosi Kesihatan Daerah Tampin Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin

🚨PEMAKLUMAN WABAK DENGGI DI DAERAH TAMPIN 🚨Dimaklumkan bahawa Taman Sentosa, Gemas telah dikenal pasti sebagai kawasan w...
18/08/2026

🚨PEMAKLUMAN WABAK DENGGI DI DAERAH TAMPIN 🚨
Dimaklumkan bahawa Taman Sentosa, Gemas telah dikenal pasti sebagai kawasan wabak denggi aktif. Sehubungan itu, semua penduduk diminta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan penyakit demam denggi.

βœ… Apa yang perlu dilakukan?

1. Luangkan 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
2. Pastikan bekas takungan air ditutup rapat.
3. Buang atau kosongkan bekas yang boleh menakung air.
4. Gunakan semburan aerosol atau penghalau nyamuk jika perlu.
5. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi atau ruam.

🀝 Kerjasama semua penduduk amat diperlukan bagi memastikan kawasan Taman Sentosa bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

Cegah Sebelum Terlambat. Hapuskan Aedes, Lindungi Keluarga.

Promosi Kesihatan Daerah Tampin Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan






Address

Jalan Tampin
Gemas
73009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi Kesihatan Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share