Nutritionist Penang

Call Directions Website Contact the business

Nutritionist Penang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pulau Pinang

Salah satu komponen dalam modul KiBaR ialah penggunaan Aplikasi MuNutri Diari 2, yang membantu pengguna merekod pengambi...
03/10/2026

Salah satu komponen dalam modul KiBaR ialah penggunaan Aplikasi MuNutri Diari 2, yang membantu pengguna merekod pengambilan makanan harian, memantau kalori serta meningkatkan kesedaran terhadap corak pemakanan yang lebih sihat.
Dengan pemantauan yang konsisten, individu dapat lebih peka terhadap pengambilan makanan dan seterusnya membantu dalam pengawalan berat badan serta pencegahan obesiti.

📱 Jom manfaatkan Aplikasi MyNutri Diari 2 sebagai langkah mudah untuk memantau pemakanan harian anda.

💚 Jom Amalkan KiBaR!KiBaR (Kira, Bakar & Rekod) ialah program atau modul yang digunakan untuk mengira pengambilan kalori...
01/10/2026

💚 Jom Amalkan KiBaR!

KiBaR (Kira, Bakar & Rekod) ialah program atau modul yang digunakan untuk mengira pengambilan kalori, menggalakkan pembakaran kalori melalui aktiviti fizikal, dan merekodkan perubahan berat badan atau aktiviti harian bagi membantu individu memantau dan mengawal berat badan secara sistematik.

🔢 Kira pengambilan kalori
🏃 Bakar kalori melalui aktiviti fizikal
📝 Rekod pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan perubahan berat badan untuk pemantauan berterusan.

Kira dengan bijak, bakar dengan aktif, rekod secara konsisten.
Jadikan KiBaR sebagai langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat! 🌱

Pemakanan sihat bermula dari kecil. Pastikan bayi dan kanak-kanak mendapat nutrisi seimbang untuk tumbesaran yang optimu...
29/09/2026

Pemakanan sihat bermula dari kecil. Pastikan bayi dan kanak-kanak mendapat nutrisi seimbang untuk tumbesaran yang optimum. Elakkan risiko Obesiti dengan pilihan makanan yang bijak.
Jom kita amalkan pemakanan yang segar, seimbang, dan berkhasiat untuk sokong perkembangan mereka.

Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori dan menjadikannya sebagai ganti kepada minuman manis adalah langkah penting...
28/09/2026

Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori dan menjadikannya sebagai ganti kepada minuman manis adalah langkah penting untuk mengelakkan pengambilan kalori berlebihan.

Jom sama-sama kita mencapai sasaran meminum sekurang-kurangnya 6 hinggan 8 gelas air kosong sehari !!

8 GELAS AIR KOSONG SEHARI, JOM AMALKAN!Air kosong bukan sekadar menghilangkan dahaga, malah penting untuk membantu tubuh...
14/09/2026

8 GELAS AIR KOSONG SEHARI, JOM AMALKAN!

Air kosong bukan sekadar menghilangkan dahaga, malah penting untuk membantu tubuh berfungsi dengan baik.

Antara kebaikan minum air kosong yang mencukupi:

1️⃣ Menyokong pencernaan yang sihat
2️⃣ Membantu mengawal suhu badan
3️⃣ Mengekalkan kulit yang sihat
4️⃣ Bebas kalori – pilihan terbaik berbanding minuman manis
5️⃣ Mengekalkan hidrasi dan membantu tubuh kekal segar

🌿 Jadikan air kosong sebagai pilihan utama setiap hari!

💦 Minum air secukupnya, tubuh lebih sihat dan bertenaga.

Gula bukan semestinya tertulis sebagai “gula”.Pernahkah anda membaca nama-nama seperti sukrosa, glukosa, fruktosa, malto...
26/08/2026

Gula bukan semestinya tertulis sebagai “gula”.

Pernahkah anda membaca nama-nama seperti sukrosa, glukosa, fruktosa, maltosa atau sirap jagung dalam senarai ramuan makanan berbungkus?

Jadilah pengguna bijak — sentiasa baca label sebelum membeli! 🛒🔎




Kehadapan ibu yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak, Anda perlu makan makanan yang sihat, seimbang dan dari pelb...
21/08/2026

Kehadapan ibu yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak,

Anda perlu makan makanan yang sihat, seimbang dan dari pelbagai sumber zat penting. Ibu akan menggunakan tenaga yang banyak ketika menyusu.

Makanan harian mesti kaya dengan makro dan mikronutrien untuk menyokong penghasilan susu badan serta membantu status nutrisi ibu sentiasa dalam tahap yang optima.

:StrengthenWhatWorks

CARA menjadi penguna yang bijak> Baca Label Sebelum Membeli 🤗
19/08/2026

CARA menjadi penguna yang bijak> Baca Label Sebelum Membeli 🤗

17/08/2026

🌾 Sihat Bermula dari Pinggan Anda! 🍚✨

Bijirin penuh kaya dengan nutrien dan serat, dapat bantu menurunkan paras kolesterol, menyokong kesihatan usus & dapat mengurangkan risiko obesiti💚

Jadi, bila tiba masa memilih nasi, bijirin lain atau produk bijirin, jom pilih sumber berasaskan bijirin penuh! 🌾

💡 Tip mudah: Pastikan separuh daripada jumlah sajian nasi, bijirin lain & produk bijirin yang diambil setiap hari adalah daripada sumber bijirin penuh.

Mulakan dari pinggan anda. Pilih lebih bijak, makan lebih sihat! 🥗🌾






Address

Tingkat 37, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
George Town
10590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042017286

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionist Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nutritionist Penang:

Shortcuts

Share

Category