Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak

Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak

23/05/2026
16.5.2026🎉❤️ Sambutan Hari Hipertensi & Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Hulu Perak di Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pen...
23/05/2026

16.5.2026

🎉❤️ Sambutan Hari Hipertensi & Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Hulu Perak di Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu✨👏

Aktiviti utama simbolik sambutan Hari Kesihatan tersebut adalah
🤸 Senamrobik
🏃 Fun Walk 5Km
🚭 🧂 Pameran Kesedaran Penyakit Hipertensi, Garam dan Bahaya Rokok, V**e & Akta 852
🩺 Saringan Kesihatan
🏆 Penyerahan Sijil & Cenderahati kepada 3 klien Klinik Berhenti Merokok(KBM) yang telah berjaya 🚭!!!

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran:
✨ Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli Mohd Ghazali ✨ En. Mohd Salehuddin Isa, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak
✨ Pengerusi & Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu

TAHNIAH & TERIMA KASIH ! 🙌✨

💡
❤️ Hipertensi boleh berlaku tanpa gejala
Periksa tekanan darah anda secara berkala.
🧂 Kurangkan garam
Masin Tak Semestinya Sedap
Shake the Habit
🚭 Rokok & v**e memudaratkan kesihatan
Katakan TIDAK mulai hari ini!







23/05/2026

💸😂 Pay Day = Hari Self Care?

Penat kerja sebulan,
sesekali reward diri tu tak salah 😌✨

Belanja kopi sedap ☕
Makan favourite food 🍜
Shopping 👀
Pergi Holiday🌴
Tidur awal tanpa fikir kerja pun dah cukup healing 😍

Self care bukan “boros” atau selfish
tetapi menghargai diri selepas bertungkus-lumus setiap hari 🩷

🧠 Bila emosi terjaga, mental pun lebih tenang.
Tetapi reward diri berpada-pada, jangan sampai hujung bulan kena ikat perut pula😭😆



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman Ayat 13)Yang penting,KAWAL KUANTITI 😍🫰Mari kita ...
23/05/2026

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman Ayat 13)

Yang penting,
KAWAL KUANTITI 😍🫰
Mari kita sama-sama amalkan🤗


🍽️ Nak makan sedap TAK SALAH… tapi kena pandai kawal kalori 😉

Tak perlu langkau waktu makan (skip meal) atau diet ekstrem, cukup mula dengan kawal saiz hidangan dan pilih cara makan yang lebih sihat 💪🏻

✨ Tips mudah untuk bantu kawal kalori harian:
🥗 Amalkan Pinggan Sihat Malaysia
🍽️ Pilih pinggan bersaiz kecil
🥤 Hadkan air manis kepada 1 cawan sehari
⏳ Makan perlahan-lahan.
Badan ambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk hantar isyarat kenyang ke otak
🥄 Cedok keluar minyak berlebihan daripada makanan berkuah
🥥 Kurangkan kuah bersantan atau berlemak
🍗 Serap minyak berlebihan pada makanan bergoreng sebelum makan

Jom mula langkah kecil hari ini untuk berat badan dan kesihatan yang lebih baik 💚






Hai para FOLLOWERS terbaru Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak!❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️Semoga anda mendapat manfaa...
23/05/2026

Hai para FOLLOWERS terbaru Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak!
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami & Enjoy!
🎉🥰
Persada Legacy, Noor Azila Salleh, Nurul Nur Amalina, Noraliza Taharin, Zaliah Masud, Saifolrezal, Kbs Surau Residensi Suria, Ina ShaRina, Zestyfa Nyck, Nrl Fthh Thah, Aicha Pengkalan Hulu, Zahrah Saad

22.5.2026🌟 MAJLIS PENUTUP FIT FELBERS 2025/2026 🌟“6 Bulan, 1 Misi, Tiada Alasan” 💪🔥Setelah berlangsung selama 6 bulan be...
22/05/2026

22.5.2026
🌟 MAJLIS PENUTUP FIT FELBERS 2025/2026 🌟
“6 Bulan, 1 Misi, Tiada Alasan” 💪🔥

Setelah berlangsung selama 6 bulan bermula Disember 2025 hingga Mei 2026, Program Fit FelBers Klinik Kesihatan Felda Bersia yang diketuai oleh Dr Abby Chan Kai Ern Pegawai Perubatan YM akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan penuh makna.

Program ini bukan sekadar tentang penurunan berat badan, tetapi merupakan satu perjalanan perubahan gaya hidup sihat, disiplin dan semangat komuniti yang luar biasa. ❤️

Program ini juga merupakan hasil kerjasama erat antara Panel Penasihat Klinik Kesihatan Felda Bersia bersama KOSPEN KRT Kg Bongor dengan sokongan pasukan gerak kerja daripada:

✨ anggota Klinik Kesihatan Felda Bersia
✨ Unit Rehabilitasi Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak
✨ Unit Rehabilitasi KLINIK KESIHATAN LENGGONG
✨ Unit Pemakanan
✨ Unit MCH
✨ Unit NCD

💕 Majlis turut bertambah bermakna dengan sokongan dan kehadiran YB Dato’ Salbiah Mohamed EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak yang sentiasa memberi galakan terhadap usaha memperkasakan komuniti ke arah kehidupan lebih sihat🌸

💜 Majlis turut diserikan dengan kehadiran maskot Mat KOSPEN yang dihasilkan sendiri oleh pasukan iNCD PKD Hulu Perak sebagai simbolik gaya hidup sihat dan semangat komuniti. 🎉

Turut mencuri perhatian adalah persembahan senamrobik penuh bertenaga daripada barisan peserta di bawah tunjuk ajar Matron Noorlida Daud, yang berjaya menyerlahkan semangat, keyakinan dan transformasi positif peserta sepanjang program berlangsung. 💃🔥

🥇 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dari komuniti Felda Bersia yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat yang sangat luar biasa sepanjang program berlangsung. Kejayaan paling membanggakan dengan pemenang utama berjaya mencatatkan penurunan berat badan sebanyak 12.6kg! 👏🔥

👍 Pelbagai kategori turut dipertandingkan dan dinilai sebagai penghargaan kepada usaha serta perubahan positif para peserta sepanjang program berlangsung.

🤲 Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan komuniti yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.

🏆 Setiap langkah kecil hari ini mampu membawa perubahan besar untuk masa depan✨





1 dari 2 kita BERLEBIHAN BERAT BADAN atau OBESITIJangan biarkan Gaya Hidup Tidak Sihat menjadi salah satu faktor tidak t...
21/05/2026

1 dari 2 kita BERLEBIHAN BERAT BADAN atau OBESITI

Jangan biarkan Gaya Hidup Tidak Sihat menjadi salah satu faktor tidak terkawal


Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak

“𝘋𝘪𝘢 𝘨𝘦𝘮𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘴.”

Ayat ini nampak biasa. Tapi bagi orang yang sedang bergelut dengan obesiti, ayat begini boleh jatuh tepat ke tempat yang paling sakit.

Hakikatnya, obesiti bukan sekadar isu makan banyak atau kurang bergerak. Ia penyakit kronik yang kompleks. Ada faktor genetik, hormon, ubat-ubatan, penyakit tertentu, stres, tidur tidak cukup, trauma hidup, ekonomi keluarga, persekitaran makanan dan banyak lagi perkara yang tidak semua orang nampak.

Ada orang membesar dalam keluarga yang memang mudah naik berat badan.

Ada yang mengalami PCOS, masalah hormon atau perlu mengambil ubat tertentu.

Ada yang sakit lutut dan susah bergerak. Ada yang kerja syif, tidur terganggu, hidup penuh tekanan, lalu makanan menjadi tempat paling mudah untuk mencari sedikit rasa lega.

Ini bukan bermaksud usaha tidak penting. Pemakanan, aktiviti fizikal dan rawatan tetap penting.

Tetapi pendekatan kepada obesiti perlu lebih berperikemanusiaan. Bukan dengan menghina. Bukan dengan menyindir. Bukan dengan menjadikan tubuh seseorang sebagai bahan lawak.

Obesiti perlu dibantu dengan ilmu, sokongan dan rawatan yang betul. Bukan dengan rasa malu yang ditambah setiap hari.

Berat badan boleh berubah. Tapi luka daripada kata-kata orang, kadang-kadang jauh lebih lama untuk sembuh.




20/05/2026

⁉️YANG MANA SATU ANDA BILA HADIR KURSUS?

👀 Ada yang paling awal sampai
☕ Ada yang “hidup” lepas minum kopi
📝 Ada yang notes penuh 10 muka surat
😴 Ada yang berjuang lawan mata sendiri
🤔 Ada yang muka “confuse tapi cuba faham”
👂 Ada yang jenis pendengar setia & attentive
🗣️ Ada yang aktif bertanya dan paling “speak out”
📸 Dan mestilah ada yang fokus cari angle gambar cantik 😆

Di sebalik pelbagai karakter ini, berusaha menjadi lebih baik 💖

😊 Gelak tawa, sembang santai dan suasana positif juga penting untuk bantu kurangkan stres dan jaga kesihatan mental🧠

✨ Yang penting, pulang dengan ilmu, pengalaman dan kenangan indah bersama😉😍

@ Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN Jabatan Kesihatan Negeri Perak


18/05/2026

😂👣 Demam sedang melanda warga KKM!

Masing-masing dah jadi “pemburu langkah” 😆👣
Nak cukupkan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari!

Sambil jadi pempamer pun boleh kumpul langkah tau! 💪😎

Yang penting💡
bergerak lebih, duduk kurang dan sama-sama jadikan gaya hidup sihat satu budaya 🫰

🔥 Challenge accepted ke belum tu?
Jom cukupkan langkah harini! 👟✨





Salah satu Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), 1 dari 3 adalah penghidap Hipertensi 😰 Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Per...
17/05/2026

Salah satu Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), 1 dari 3 adalah penghidap Hipertensi 😰


Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak

Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun.

Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit.

‼️ KKM ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil langkah pencegahan dengan menghadkan pengambilan garam, mengamalkan membaca label makanan dan mengutamakan perisa semula jadi.

Address

Aras 3, Bangunan Persekutuan, Jalan Intan
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share