Pengarah Hospital Gerik

Pengarah Hospital Gerik FB Rasmi Pengarah Hospital Gerik

19/08/2026

[๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ด๐‘ผ๐‘ด๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ: ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ด ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ฐ ๐‘ผ๐‘ท๐‘ณ ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘บ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฒ]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Gerik,

Pihak Pengurusan Hospital Gerik sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dan prihatin terhadap keselesaan anda. Bagi mengurangkan waktu menunggu dan mengelakkan kesesakan berikutan peningkatan jumlah pesakit, Unit Pesakit Luar (UPL) akan melaksanakan Sistem Temujanji Berperingkat (Staggered System) berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Melalui sistem ini, pesakit akan diberi slot masa yang spesifik untuk hadir.

๐Ÿ“Œ Garis Panduan Utama:
โ€ขโ€‹Waktu Kehadiran: Sila hadir 15 โ€“ 30 minit SAHAJA sebelum waktu temujanji (TCA) anda.
โ€ขโ€‹Tidak Patuh Tarikh: Pesakit yang hadir tidak mengikut tarikh asal akan diberikan tarikh temujanji baharu. Bekalan ubat akan diberi secukupnya sehingga tarikh tersebut.
โ€ขโ€‹Urusan Temujanji: Segala urusan temujanji hendaklah dibuat di Kaunter Temujanji (Ruang Legar UPL).

Sokongan dan kerjasama anda dalam mematuhi sistem baharu ini amat kami hargai demi perkhidmatan yang lebih mesra, pantas, dan selesa untuk semua.

Sekian, terima kasih.

UNIT PESAKIT LUAR (UPL) HOSPITAL GERIK

13/08/2026
PERHIMPUNAN PAGI BULAN JUN 2026 HOSPITAL GERIKSaya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengajur Perhimpuna...
07/07/2026

PERHIMPUNAN PAGI BULAN JUN 2026 HOSPITAL GERIK

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengajur Perhimpunan Pagi Hospital Gerik pada bulan Jun 2026 oleh Jabatan Kecemasan & Trauma yang diketuai oleh Dr Nuraini Bt SK Abdul Jamil dan seluruh anggota jabatan.

Pada Perhimpunan Pagi yang lalu, saya menyentuh satu perkara yang amat dekat dengan perkhidmatan kita, iaitu Komunikasi Berkesan. Warga hospital diingatkan untuk sentiasa menjaga etika komunikasi, dan mengamalkan sikap empati kepada pesakit atau pelanggan yang hadir ke Hospital Gerik dalam pelbagai urusan.

Saya faham, kita semua bekerja dalam persekitaran yang penuh tekanan (high stress environment). Ditambah p**a dengan kedudukan kita di Laluan Timur-Barat yang sering menerima kes trauma, kepenatan itu memang tidak dapat dinafikan. Namun, kita harus ingat, pesakit dan waris yang datang ke hospital ini juga berada dalam keadaan cemas, takut, dan rapuh.

Sebagai penjawat awam dan petugas kesihatan, โ€™Empati dan Profesionalismeโ€™ adalah pakaian kita. Senyuman, salam, dan penjelasan yang berkesan dan sopan bukan sahaja boleh meredakan kemarahan, malah ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan pesakit.
Mari kita perbaiki cara kita berkomunikasiโ€”tegas dalam tugas, namun tetap santun dalam tutur kata.

Terima kasih kepada semua anggota yang hadir. Semoga seluruh warga Gerik terus cemerlang dan berintegriti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada komuniti.

Pada 13 Mei 2026 โ€“ Satu sesi kunjungan hormat dan bertemu kenal telah diadakan di antara Pengarah Hospital Gerik bersama...
14/06/2026

Pada 13 Mei 2026 โ€“ Satu sesi kunjungan hormat dan bertemu kenal telah diadakan di antara Pengarah Hospital Gerik bersama Pegawai Daerah (DO) Hulu Perak, Tuan Mohammad Fitri bin Hassan. Kunjungan ini juga disertai pihak pengurusan, En. Mohammad Idham bin Ahmad Sani (Penolong Pegawai Tadbir) dan En. Mohamad Hidayat bin Halim (Penolong Jurutera)
Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama dua hala antara pihak Hospital Gerik dan Pentadbiran Hulu Perak. Dalam sesi tersebut, perbincangan dan taklimat ringkas mengenai:
โ€ข Operasi & Perkhidmatan: Perkembangan semasa fasiliti, kapasiti, dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada komuniti Hulu Perak.
โ€ข Hala Tuju & Cabaran: Perancangan masa depan hospital serta ruang penambahbaikan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan perubatan.
โ€ข Kolaborasi Komuniti: Peranan hospital dalam menyokong program-program kesejahteraan dan bencana di peringkat daerah.
Pihak Hospital Gerik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Mohammad Fitri atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kolaborasi yang terjalin ini dapat terus memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan buat seluruh komuniti di DAERAH HULU PERAK.


Pada 21 Mei 2026, Pengarah bersama beberapa orang warga kerja hospital telah menyertai Program Santai Pendakian Bukit Ce...
23/05/2026

Pada 21 Mei 2026, Pengarah bersama beberapa orang warga kerja hospital telah menyertai Program Santai Pendakian Bukit Celcom (Bukit Mempelan Sari), Gerik.

Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif riadah untuk:

* ๐Ÿ’ช Menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja
* ๐Ÿค Mengeratkan hubungan silaturahim
* ๐ŸŒฟ Menghargai keindahan alam sekitar setempat

Pendakian yang santai ini memberi peluang kepada peserta untuk menikmati pemandangan indah sekitar Gerik di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.

Satu mesyuarat penting Jawatankuasa Pensijilan Hospital Rakan Bayi telah diadakan pada 29 April 2026 yang lalu.Mesyuarat...
23/05/2026

Satu mesyuarat penting Jawatankuasa Pensijilan Hospital Rakan Bayi telah diadakan pada 29 April 2026 yang lalu.
Mesyuarat ini turut dihadiri dan diserikan lagi dengan komitmen daripada Pegawai Sains Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak, iaitu Pn. Nur Syazwani binti Abdul Rahim dan Pn. Norazlina binti Mohamad Noh.
Sebagai persediaan rapi ke arah mengekalkan dan memperkukuh status pengiktirafan ini, Hospital Gerik dijadualkan akan menjalani dua fasa penilaian penting tidak lama lagi:
1. Mock Audit (Audit Percubaan) : 8 โ€“ 9 Jun 2026
2. Actual Audit (Audit Sebenar) : 7 โ€“ 9 Julai 2026
Mesyuarat yang dijalankan ini amat penting bagi memastikan seluruh gerak kerja, dokumentasi, dan kesiapsiagaan setiap unit di Hospital Gerik berada pada tahap yang optimum sebelum menjelangnya tarikh audit tersebut. Amalan penyusuan susu ibu dan kriteria Hospital Rakan Bayi sentiasa menjadi keutamaan kami demi kesihatan terbaik ibu dan bayi.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak PKD Hulu Perak atas sokongan dan bimbingan yang berterusan, serta syabas kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat.
Sama-sama kita doakan agar proses Mock Audit dan Actual Audit Hospital Gerik berjalan dengan lancar dan mencapai kejayaan yang cemerlang! ๐ŸŒŸ๐Ÿ‘ถ๐Ÿผ




Komitmen ke arah meningkatkan mutu fasiliti kesihatan demi keselesaan rakyat terus diperkasakan. Hospital Gerik telah te...
23/05/2026

Komitmen ke arah meningkatkan mutu fasiliti kesihatan demi keselesaan rakyat terus diperkasakan. Hospital Gerik telah terpilih sebagai salah sebuah hospital di bawah Projek Wad Daif Hospital Daerah di Negeri Perak.
Bagi memulakan langkah awal pelaksanaan projek ini, satu lawatan tapak oleh Pasukan Jurutera daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah diadakan pada 20 April 2026.
Bagi fasa ini, skop pelaksanaan projek naik taraf tersebut akan menumpukan kepada sebuah wad sahaja secara khusus, iaitu Wad Pediatrik (Kanak-kanak) Hospital Gerik.
Kehadiran pasukan jurutera JKN Perak ini amat penting bagi menilai, merancang, dan memastikan proses transformasi fizikal wad tersebut dapat dijalankan mengikut spesifikasi standard yang ditetapkan.
Pihak pengurusan Hospital Gerik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JKN Perak atas sokongan dan peruntukan yang diberikan. Semoga projek naik taraf ini berjalan dengan lancar demi kecemerlangan perkhidmatan dan kesejahteraan para pesakit cilik serta waris di daerah Hulu Perak.



๐Ÿค SINERGI KESIHATAN HULU PERAKPada 30 April 2026 ,saya berpeluang mengadakan sesi pertemuan dan perkenalan rasmi bersama...
06/05/2026

๐Ÿค SINERGI KESIHATAN HULU PERAK

Pada 30 April 2026 ,saya berpeluang mengadakan sesi pertemuan dan perkenalan rasmi bersama YBrs. Dr. Wan Muhd Noor Al Hadi bin Ab Razak, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Perak.

Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Hospital Gerik dan Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak. Fokus utama kami adalah untuk memastikan penyelarasan perkhidmatan kesihatan yang mantap dan efisien buat seluruh warga daerah ini.

Antara perbincangan semasa perjumpaan:
โ€ข Integrasi Rawatan: Memastikan kesinambungan perkhidmatan dari klinik kesihatan ke hospital berjalan lancar.
โ€ข Kolaborasi Pasukan: Memperkasakan gerak kerja bersama dalam mendepani cabaran kesihatan awam dan kecemasan di daerah Hulu Perak.

Terima kasih kepada YBrs. Dr. Wan Muhd Noor Al Hadi bin Ab Razak atas kesudian untuk sesi perkenalan ini. Semoga kerjasama antara Hospital dan PKD ini menjadi pemacu kepada kualiti perkhidmatan kesihatan yang lebih cemerlang di Hulu Perak.
Bersama Ke Arah Kelestarian Kesihatan Komuniti.



Address

Hospital Gerik, Jalan Intan, Pekan Gerik
Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pengarah Hospital Gerik:

Shortcuts

Share