Klinik kesihatan chiku 3

Klinik kesihatan chiku 3 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan

CUTI HARI RAYA AIDILADHA. Menerima hanya kes-kes kecemasan.
28/05/2026

CUTI HARI RAYA AIDILADHA. Menerima hanya kes-kes kecemasan.

27/4/2026 | Isnin - Alhamdulillah selesai audit silang kawalan infeksi dari PKD Jeli. Terima kasih kepada semua yang mem...
28/04/2026

27/4/2026 | Isnin - Alhamdulillah selesai audit silang kawalan infeksi dari PKD Jeli. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama semasa audit berjalan.

28/04/2026

Peringatan lembut kepada guru-guru yang sangat kreatif dan berdedikasi.

Kami tahu setiap kali hari sukan atau acara sekolah, banyak masa, duit, idea dan tenaga dicurahkan untuk pastikan murid seronok. Kreativiti itu memang kami hargai.

Cuma ada satu perkara yang wajar kita fikir semula. Bila perarakan sekolah dihiasi kostum minuman manis, aiskrim, kopi bergula atau makanan segera, sekolah sedang memberi ruang promosi percuma kepada produk yang memang dipasarkan kepada kanak-kanak dan remaja

Ini hari sukan untuk didik anak tentang kesihatan, atau kita sedang tolong jadi papan iklan bergerak untuk jenama yang memang untung besar hasil tabiat makan tak sihat?

Industri ini bukan berniaga kecil-kecil. industri makanan, minuman dan restoran membelanjakan lebih USD14 bilion setahun untuk iklan makanan, termasuk kira-kira USD2 bilion yang dipasarkan terus kepada kanak-kanak dan remaja.

Lebih 80% promosi itu tertumpu kepada fast food, minuman bergula, gula-gula dan snek kurang sihat.

Jadi bila sekolah buat maskot jenama-jenama macam ini, kita bukan sedang “sekadar berhibur”. Kita sedang beri pemasaran PERCUMA kepada industri yang memang sudah belanja berbilion untuk masuk ke kepala anak-anak kita.

Masalahnya, promosi begini memang berkesan.

Kajian sistematik dan meta-analisis mendapati pendedahan kepada pemasaran makanan tidak sihat meningkatkan pengambilan makanan, pilihan terhadap makanan tidak sihat, kesukaan terhadap produk tersebut, dan permintaan pembelian dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.

Sedangkan kita sendiri sedang berdepan realiti yang berat. NHMS 2024 melaporkan 63.1% remaja Malaysia mengambil gula bebas melebihi paras disyorkan, dengan purata pengambilan 56.6 gram sehari.

Dalam laporan, 15.0% kanak-kanak dan remaja 5 hingga 17 tahun berlebihan berat badan, manakala 14.8% lagi obes.

Sebab itu sekolah tak patut jadi tempat jenama manis dan makanan segera nampak comel, fun, dan layak diraikan.

Anak-anak sudah cukup diburu di TV, media sosial, kedai serbaneka dan aplikasi. Jangan sekolah pun ikut sama sambung kerja industri.

Kalau benar mahu raikan kreativiti, banyak tema yang jauh lebih bermaruah dan lebih mendidik. Tema sukan Olimpik. Wira negara. Tokoh sains. Penyelamat. Flora fauna Malaysia. Tamadun dunia. Bagi anak-anak kagum pada kekuatan, disiplin, ilmu dan identiti negara.

Bukan kagum pada cawan air manis gergasi.

Sekolah sepatutnya bina cita rasa yang sihat, bukan bina kenangan manis untuk jenama yang tak perlukan pun bantuan cikgu untuk laris.

Hari sukan patut ajar anak berlari.
Bukan ajar anak kenal logo.

27/04/2026

Hari Malaria Sedunia merupakan salah satu dari sambutan Hari Kesihatan Awam Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria.

Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Langkah pencegahan malaria termasuk memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repelan dan kelambu berubat semasa melaksanakan aktiviti berisiko.

27/04/2026

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang kita perlu ambil perhatian. Nyamuk Anopheles membiak di tempat air bertakung terutamanya di kawasan hutan, 🏕️ perkampungan pinggir hutan dan ladang.

Malaria merupakan penyakit yang dapat dicegah dan dirawat. Namun, tanpa diagnosis dan rawatan segera, penyakit malaria boleh mengakibatkan kematian. ⚠️ Sekiranya terdapat gejala demam Malaria, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.

27/04/2026

📢 PERTANDINGAN POSTER DIGITAL AI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG🎨

Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang akan menganjurkan pertandingan poster digital AI bagi murid Sekolah Menengah.

📅 29 April - 7 Mei 2026

📍 Penyertaan terbuka kepada semua sekolah menengah daerah Gua Musang.

Hadiah menarik 🎁 & e-sijil akan disediakan

Jom sama-sama jayakan misi eliminasi malaria! 🦟

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan


Address

Bandar Chiku 3
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6099285333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik kesihatan chiku 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share