24/09/2019
Masa kecik kecik dulu, aku tengok kitaran hidup nie mudah je.
Pergi sekolah, belajar rajin rajin jadi budak sekolah bijak pandai dapat A banyak, masuk universiti, kerja, kahwin, beranak pinak, tua dan mati. A life cycle yang mudah. Setting kehidupan yang sama.
Jadi aku macam pelik dan tertanya tanya bila tengok orang putih yang travel berbulan bulan meninggalkan negara dan hidup mereka. Travel tau tak buat kerja apa apa dan bukan sekadar melancong je.
Bila aku lihat diorang nie, dalam hati terdetik, "kaya sangat ke diorang nie sampai tahu travel je kat negara orang?" , "atau gaji besar sampai boleh travel selalu dan lama lama?" , "diorang nie tak kerja ke?" , "bos diorang nie tak marah ke cuti kerja lama lama?"
Begitu lah kata hati aku π
Aku jadi konfius. Lain betul dengan life cycle yang aku ditanamkan selama ini . Setahu aku kat Malaysia nie nak mintak cuti raya pun kena jelingan maut dari bos. Kalau nak mintak cuti travel seminggu pun rasa tak tun tuang tak tun tuangg takut bos bagi hint suruh berhenti terus. π€£
Tetapi bila aku pernah kenal geng geng traveller nie dan bila aku tanya diorang, barulah aku tahu dan faham macam mana diorang boleh jadi macam tu. Korang agak agak kenapa ye π
Dan hasil dari aku tanya macam macam, sebenarnya life cycle diorang berbeza dengan 'mazhab' kita orang Malaysia.
Diorang xinvest beli kereta atau rumah yang nampak macam orang kaya tapi bank punya π
Kereta dan rumah bukan kepentingan utama mereka tapi mereka hanya perlu "ada" untuk hidup sahaja. Bukan nak impress orang lain. Lebih lebih lagi mereka dah biasa naik bas dan jalan kaki.
Diorang bebas. Kalau bos meluat tengok muka berhenti je. Nanti cari kerja lain. Kalau kita mungkin ketar ketar takut dengan bos, takut kena buang kerja, tak naik pangkat atau tak naik gaji untuk jaga hati bos demi jaga masa depan,
Apa yang mereka buat, mereka bangunkan bakat. Diorang pandai bawa diri dan dan jual bakat supaya laku dimana mana. Dapatkan higher degree, sekurangnya Profesional Certificate yang diiktiraf.
Dan kuasai banyak bahasa supaya jejak kaki dimana mana pun laku dan senang nak mengatur hidup.
So disini, pentingnya education learning and develop soft skills yang ada dan jangan lupa kuasai pelbagai bahasa dunia.
Find the right track dan just dont sit there but make turns of it.
Live your life in your own style.
Not being a slave of your life.
Shangg,
π