Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

  • Home
  • Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu INFO KESIHATAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Page Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu diwujudkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan isu-isu atau promosi penjagaan kesihatan semasa yang mana akan memberi pengetahuan secara umum kepada masyarakat. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak mula gaya hidup sihat tapi tak tahu macam mana nak mula? Jom kita ikut konsep asas pemakanan yang disarankan iaitu B...
08/06/2026

Nak mula gaya hidup sihat tapi tak tahu macam mana nak mula?
Jom kita ikut konsep asas pemakanan yang disarankan iaitu BMVR! ๐Ÿฅ—โœจ

Apa sebenarnya BMVR ni?
โš–๏ธ B - Balanced (Seimbang): Pastikan hidangan kita lengkap dengan semua kump**an makanan. Ada karbohidrat (contoh: nasi/bijirin), protein (contoh:ikan/ayam), dan serat (sayur & buah) berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
๐Ÿฝ๏ธ M - Moderate (Sederhana): Makan mengikut keperluan tubuh. Jaga saiz sajian hidangan supaya tidak berlebihan dan kekal pada berat badan yang sihat.
๐ŸŒˆ V - Varied (Pelbagai): Jangan asyik makan menu yang sama setiap hari! Pelbagaikan warna dan jenis makanan di dalam pinggan untuk memastikan tubuh mendapat semua nutrisi yang berbeza yang diperlukan oleh tubuh.
โฑ๏ธ R - Regular (Berkala): Jangan langkau waktu makan! Pastikan anda mengambil hidangan utama seperti sarapan, makan tengah hari, dan makan malam pada waktu yang teratur setiap hari.

Sangat mudah, kan?
Cara paling senang nak praktikkan BMVR ni adalah dengan berpandukan Piramid Makanan Malaysia 2020 dan mengamalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia: Suku Suku Separuh! ๐Ÿฝ๏ธ

Jom kita sama-sama ubah gaya pemakanan bermula hari ini demi tubuh yang lebih sihat!

Sumber : Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu


KOSPEN WOW & Lindungi Diri dan Keluarga di IPD Hulu Terengganu๐Ÿ“… 7 Jun 2026 โ€“ Program Komuniti Sihat Pembina Negara โ€“ Wel...
07/06/2026

KOSPEN WOW & Lindungi Diri dan Keluarga di IPD Hulu Terengganu

๐Ÿ“… 7 Jun 2026 โ€“ Program Komuniti Sihat Pembina Negara โ€“ Wellness of Workers (KOSPEN WOW) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan warga kerja sentiasa sihat serta bebas daripada beban Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), telah diadakan di IPD Hulu Terengganu.

๐ŸŽ Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Nurul Shahirah Binti Maโ€™ajih, Pegawai Perubatan KPAS/HIV/NCD, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu (PKDHT), mengenai:
๐Ÿฅญ KOSPEN WOW
๐Ÿ‹ Lindungi Diri dan Keluarga

Sesi ini memberi penekanan kepada komponen KOSPEN WOW dalam pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). Perkongsian turut menyentuh aspek kesedaran kesihatan, tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan komuniti serta pemupukan nilai prihatin dan bebas stigma terhadap isu-isu kesihatan.

๐Ÿฅ— Taklimat Pemakanan Sihat bertajuk " Nak Sihat : Perlu Diet ke?" disampaikan oleh Puan Nurul Aida Binti Embong, Pegawai Sains Pemakanan PKDHT, bagi menerapkan budaya pemakanan sihat dalam kalangan warga kerja.

๐Ÿ–ผ๏ธ Pameran kesihatan turut diadakan bagi memberikan maklumat dan pendidikan kesihatan berkaitan penyakit berjangkit, amalan pemakanan sihat serta gaya hidup sihat kepada para peserta.

๐Ÿฅ Program diteruskan dengan saringan kesihatan yang dijalankan dengan kerjasama anggota Klinik Kesihatan Kuala Berang serta Unit Primer/NCD PKDHT. Individu yang dikenal pasti mempunyai faktor risiko kesihatan telah diberikan temujanji di klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

๐Ÿ† Usaha ini sejajar dengan aspirasi negara untuk membentuk komuniti pekerja yang lebih sihat, produktif dan berdaya saing.

๐Ÿ… Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak IPD Hulu Terengganu atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Program

๐Ÿ’ชโœจ Bersama-sama kita membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran kesihatan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, produktif serta sejahtera.





Bengkel Pengenalan Kepada Projek Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2026Diadakan pada 2 & 3 Jun 2026 bertempat di Bilik Se...
07/06/2026

Bengkel Pengenalan Kepada Projek Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2026

Diadakan pada 2 & 3 Jun 2026 bertempat di Bilik Seminar Telepok Muzium Kuala Terengganu.

Anjuran bersama Unit Kualiti PKD Kuala Terengganu dan PKD Hulu Terengganu yang melibatkan 30 peserta dari PKDKT dan 20 Peserta dari PKDHT

Penceramah jemputan terdiri daripada Dr Abdullah bin Ali (Unit CKAPS) telah memberikan ceramah yang lengkap berkenaan Projek KIK. Selain itu, slot perkongsian projek KIK yang menang di peringkat kebangsaan telah di berikan oleh Dr Nur Fauzani binti Haji Arshad dari PKD Hulu Terengganu. Diharap dengan adanya kursus ini kakitangan PKDHT akan tampil dengan projek KIK untuk tahun- tahun akan datang.



05/06/2026
AYAM MASAK MERAH: 3 TANDA AMARAN๐Ÿ›‘Pastikan anda periksa 3 tanda amaran ini sebelum makan!โœ…Bau- Bau masam / kurang menyena...
04/06/2026

AYAM MASAK MERAH: 3 TANDA AMARAN๐Ÿ›‘

Pastikan anda periksa 3 tanda amaran ini sebelum makan!

โœ…Bau
- Bau masam / kurang menyenangkan

โœ…Tekstur
- Berbuih / berlendir

โœ…Rasa
- Masam / pelik

โš ๏ธBuang segera jika terdapat tanda-tanda tersebut.




Walaupun sambutan Aidiladha baru sahaja selesai kita raikan minggu lepas, bahang kenduri-kendara masih lagi rancak di mana-mana memandangkan sekarang kita masih dalam fasa cuti sekolah. Memang bertindan-tindan jemputan kenduri kahwin, aqiqah, dan majlis kesyukuran diterima, kan๐Ÿ”–.

Korang, bila sebut pasal kenduri, menu apa yang paling wajib ada dan paling laju korang cari dulu? ๐ŸคญMesti Ayam Masak Merah, kan? Menu โ€œlegendโ€ ni boleh dikatakan "raja segala lauk kenduri". Andai tak ada ayam masak merah, rasa macam tak lengkap satu majlis tu, boleh runtuh pelamin pengantin! ๐Ÿ˜‚

Tapi tulah, disebabkan menu ni laku keras, dimasak p**a dalam kuantiti yang sangat besar untuk tetamu yang ramai, risiko kes keracunan makanan pun boleh meningkat kalau tersilap langkah. Sebab itu, Min nak pesan supaya kita semua sentiasa mengamalkan langkah KENDIRI untuk elakkan keracunan makanan.

Amalan ini perlu menjadi budaya semua pihak, sama ada kita sebagai tuan rumah, penyedia makanan, mahupun tetamu agar penyakit bawaan makanan dapat dibendung daripada terus menular.

Gunakan deria korang kurniaan Ilahi tu sebaik mungkinโ—๏ธSebelum korang mencedok Ayam Masak Merah kegemaran kat meja hidangan, pastikan korang semak ๐Ÿฏ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป penting ini dulu: Amalkan 3 langkah mudah untuk elakkan keracunan makanan sebelum makanโ€ผ๏ธ

๐Ÿฅ„ 1. TEKSTUR (LIHAT): Tengok kuah ayam tu betul-betul. Kalau kuah kelihatan berbuih-buih kecil atau berlendir, itu tanda jelas lauk tersebut dah dicemari mikroorganisma dan mula rosak!

๐Ÿ‘ƒ 2. BAU (HIDU) : Perhatikan kalau ada bau masam atau kurang menyenangkan yang menusuk hidung, berbeza dengan bau harum rempah-ratus asal hidangan ayam masak merah yang segar.

๐Ÿ‘… 3. RASA: Rasa sikit dulu. Bila masuk jer ke mulut, lidah dapat kesan rasa masam yang tajam atau rasa pelik. Jangan ragu-ragu. Luahkan semula dengan kalau rasa dah lain macam!

โš ๏ธ Nota Penting: Kadangkala, makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya seperti Salmonella langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pada rupa, bau, atau rasa masakan tersebut! Oleh sebab itu, cara penyediaan yang bersih sejak dari dapur lagi adalah kunci utama.

Kita nak raikan hari bahagia dan berjumpa sanak-saudara dengan penuh kegembiraan, bukannya diakhiri dengan episod keracunan makanan. Sebab itu semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bila masing-masing ada kesedaran dan peka dengan keadaan hidangan, apa yang kita makan kekal bersih, suci, dan selamat untuk semua.

Selamat bercuti sekolah dan selamat memenuhi jemputan kenduri semua! Jangan lupa belek lauk dulu tau! โœจ

Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama!




OPERASI KHAS BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU Hulu Terengganu  , 1 Jun - Unit ...
02/06/2026

OPERASI KHAS BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU

Hulu Terengganu , 1 Jun - Unit Inspektorat PKD Hulu Terengganu telah melaksanakan Operasi Khas Balik Kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

Sepanjang operasi selama tiga hari dengan kekuatan anggota seramai 9 orang telah menjalankan operasi disekitar Hentian Rehat dan Rawat (R&R), kawasan TBAR dan kompleks membeli belah.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 75 notis telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM 18 750.00 Bayaran boleh dibuat dimana-mana pejabat kesihatan yang terdekat.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan, terutama larangan merokok di kawasan yang telah ditetapkan. Pematuhan ini penting untuk melindungi kesihatan semua pihak dan menjamin kesejahteraan masyarakat.

Langkah penguatkuasaan seperti ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam melindungi kesihatan awam, mengurangkan risiko penyakit berkaitan merokok dan memastikan undang-undang dipatuhi walaupun dalam suasana perayaan. Semoga kesedaran terhadap kepentingan peraturan kesihatan terus meningkat dalam kalangan masyarakat.




SALAM AIDILADHA 1447HSelamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Semoga segala pengorbanan, keikhlasan ...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima serta dipermudahkan segala urusan.

Di sini kami kongsikan 10 idea menu berasaskan daging yang lebih sihat dan menambat selera.

๐Ÿ’ก Guna rempah ratus asli, kurangkan minyak dan garam โ€“ lebihkan perasa semula jadi, tetap sedap, tetap berkhasiat!

๐Ÿ“Œ Jom cuba resipi sihat ini untuk Raya Aidiladha tahun ini.
๐Ÿ“ฅ Tag rakan masak anda dan bersama!








Jangan keliru dengan label โ€˜Bebas Gula'!Pelbagai jenama minuman tanpa kalori 'sifar gula' dijual di pasaran dan seringka...
26/05/2026

Jangan keliru dengan label โ€˜Bebas Gula'!

Pelbagai jenama minuman tanpa kalori 'sifar gula' dijual di pasaran dan seringkali menjadi pilihan yang lebih selamat dan sihat dalam kalangan pengguna.

Tahukah Andaโ“

Label 'bebas gula' atau 'sifar gula' tidak bermakna produk itu bebas sepenuhnya daripada gula.

Mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, istilah 'sifar gula' atau 'bebas gula' merujuk kepada produk yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5g bagi setiap 100g atau 100ml.

Isitlah tiada gula tambahan p**a bermakna tiada gula ditambah ketika pemprosesan, tetapi tetap mempunyai gula semulajadi daripada bahan seperti susu, produk tenusu atau buah-buahan.

Pastikan anda semak label dahulu, fahami kandungan dan buat pilihan yang lebih bijak untuk kesihatan anda.




KERJASAMA INTER-AGENSI : ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ (๐‹๐ƒ๐) ๐Š๐„๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ - ๐‘ท๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘ถ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘น ๐‘น๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป (๐...
25/05/2026

KERJASAMA INTER-AGENSI : ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ (๐‹๐ƒ๐) ๐Š๐„๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ - ๐‘ท๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘ถ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘น ๐‘น๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป (๐๐Ž๐‘๐”) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ— ๐๐†๐€



2026

PENYELIAAN PENGURUSAN NCD OLEH UNIT NCD NEGERI, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU๐Ÿ“… Tarikh : 24 Mei 2026๐Ÿ•˜ Masa : 9.00 p...
24/05/2026

PENYELIAAN PENGURUSAN NCD OLEH UNIT NCD NEGERI, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

๐Ÿ“… Tarikh : 24 Mei 2026
๐Ÿ•˜ Masa : 9.00 pagi โ€“ 4.15 petang
๐Ÿ“ Tempat Penyeliaan : KK Tengkawang dan KK Telemong

Penyeliaan pengurusan NCD telah dijalankan oleh Unit NCD Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melibatkan Klinik Kesihatan Tengkawang dan Klinik Kesihatan Telemong. Penemuan serta hasil penyeliaan telah dibentangkan pada sesi petang bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan.

Pihak PKD Hulu Terengganu menghargai segala teguran, cadangan dan pandangan yang diberikan serta komited untuk mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan demi meningkatkan mutu perkhidmatan NCD kepada masyarakat.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu

21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu:

  • Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business?

Share