29/05/2024
Kanser kolorektal adalah kanser yang menyerang bahagian usus besar yang berfungsi untuk mencernakan makanan dan membuang bahan kumuh.
Kenali simptom-simptom kanser kolorektal.
✅ Ketidakselesaan di bahagian perut, termasuk sakit perut yang kerap, kembung, terasa kenyang dan kekejangan.
✅ Penurunan berat badan tanpa sebab.
✅ Keletihan yang berterusan.
✅ Anemia, iaitu kekurangan zat besi (bilangan sel darah merah yang rendah)
✅ Perubahan dalam tabiat buang air besar.
✅ Cirit-birit, sembelit, atau merasa bahawa usus tidak kosong sepenuhnya.
✅ Darah merah terang atau sangat gelap di dalam najis.
Sekiranya anda mempunyai gejala di atas, anda disarankan segera berjumpa doktor. Jika umur anda sudah melebihi 40 tahun, sila jalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.