31/07/2026
“ Cabaran Sihat Itu Patriotik” merupakan acara virtual challenge anjuran Wellness Hub Kinta dan Unit Promosi Kesihatan, PKD Kinta sempena Bulan Kemerdekaan, Hari Malaysia dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang berlangsung pada bulan Ogos dan September. Tema yang menggabungkan semangat patriotik dan gaya hidup sihat akan lebih menarik serta selari dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Kempen KKM.
Tema "Sihat Itu Patriotik" membawa mesej bahawa menjaga kesihatan bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri sendiri, malah merupakan satu bentuk semangat patriotisme. Rakyat yang sihat mampu menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, komuniti, organisasi dan negara.
Patriotisme bukan hanya ditunjukkan melalui kibaran Jalur Gemilang atau sambutan Hari Kebangsaan, tetapi juga melalui amalan gaya hidup sihat yang menyumbang kepada pembinaan negara yang lebih produktif, sejahtera dan berdaya tahan.
Program ini juga selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang menitik beratkan kesejahteraan fizikal dan mental rakyat.Virtual Challenge dilaksanakan bermula 1 Ogos hingga 30 September 2026.
Jom capai 400,000 langkah!!
Penyertaan adalah PERCUMA
Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada semua Warga Kerja PKD Kinta & Peserta Program IFITER WH KINTA 2026. Pengguna lain boleh menyertai cabaran ini untuk mengumpul virtual medal.
2. Hadiah menarik menanti LIMA (5) peserta terbaik dari :-
- Kategori warga kerja PKD Kinta
- Peserta Program IFITER 2026 WH Kinta
3. Peserta yang MENCAPAI SASARAN LANGKAH PALING AWAL dikira sebagai pemenang.
4. E medal disediakan bagi mereka yang mencapai sasaran termasuk warga kerja PKD Kinta dan peserta
Program IFitEr WH 2026
5. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
PERINGATAN ‘REFRESH’ data langkah pada halaman ’ACTIV’ untuk memastikan bilangan langkah sentiasa dikemaskini.
Medal : 400K – Gold
: 200K – Silver