18/05/2026
It is to help people understand the important difference between a supplement and a proven medical treatment. This article was never written to attack anyone personally. It was written as a cautionary message for the public.
In today’s world, many products are marketed with strong claims that can easily confuse patients, especially when phrases like “KKM approved” are used without proper context. Approval for sale does not automatically mean a product is scientifically proven to treat eye diseases.
As doctors, our responsibility is not only to treat disease, but also to educate, clarify misconceptions, and protect patients from delayed or missed treatment due to misinformation.
Healthy discussion is always welcome. But ultimately, the focus should remain on patient safety, evidence-based care, and making informed decisions with the right medical guidance.
=========
Malay version:
Artikel ini bukan ditulis untuk menyerang sesiapa secara peribadi. Ia ditulis sebagai satu mesej peringatan dan kesedaran kepada masyarakat — supaya orang ramai memahami perbezaan penting antara suplemen dan rawatan perubatan yang terbukti berkesan.
Pada zaman sekarang, terlalu banyak produk dipasarkan dengan pelbagai dakwaan yang boleh mengelirukan pesakit, terutamanya apabila istilah seperti “ada kelulusan KKM” digunakan tanpa penerangan yang betul. Kelulusan untuk dijual tidak semestinya bermaksud produk tersebut terbukti secara saintifik mampu merawat penyakit mata.
Sebagai doktor, tanggungjawab kami bukan sekadar merawat penyakit, tetapi juga mendidik masyarakat, memperbetulkan salah faham, dan melindungi pesakit daripada kelewatan mendapatkan rawatan sebenar akibat maklumat yang mengelirukan.
Perbincangan yang sihat sentiasa dialu-alukan. Namun pada akhirnya, fokus utama haruslah terhadap keselamatan pesakit, rawatan berasaskan bukti saintifik, dan membuat keputusan dengan panduan perubatan yang betul.
Dalam era digital hari ini, nasihat kesihatan hanya di hujung jari. Daripada media sosial hingga ke platform jualan dalam talian, pelbagai produk menawarkan penyelesaian cepat untuk pelbagai masalah kesihatan seperti penglihatan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/ancaman-senyap-terhadap-penglihatan/