Suffy Halal Mart

Suffy Halal Mart Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Suffy Halal Mart, Health Food Shop, Ipoh.

11/08/2023

Menghebahkan masalah rumah tangga di media sosial tidak akan menyelesaikan konflik.

Banyak kes viral mengenai rumah tangga ni..

Malangnya, ada berbangga kisah rumah tangga diketahui ramai kerana kononnya bukti mereka berada di pihak benar.

Ada sebahagian masyarakat menganggap bercerita di media sosial sebagai jalan melepaskan tekanan, meskipun ia sebenarnya mengakibatkan kita terdedah kepada dosa lebih besar.,dan membuka aib diri sendiri

Sekiranya jalan terakhir ialah perpisahan, maka bulatkan tekad untuk ke mahkamah syariah dan usah buruk-burukkan pasangan, kerana ia menyukarkan lagi keadaan kerana membabitkan maruah diri sendiri juga..
perkara ini bukan memalukan pasangan tapi memalukan diri sendiri juga..

*PERHATIAN KEPADA LEPASAN SPM & STPM NEGERI PERAK!*Anda gagal dalam kemas**an ke UPU? πŸ€”Tak dapat masuk Politeknik? πŸ€”Tida...
25/08/2022

*PERHATIAN KEPADA LEPASAN SPM & STPM NEGERI PERAK!*

Anda gagal dalam kemas**an ke UPU? πŸ€”
Tak dapat masuk Politeknik? πŸ€”
Tidak minat dengan kursus yang ditawarkan? πŸ€”
Tempat belajar terlalu jauh? πŸ€”

ANDA SEMUA DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI
*HARI PENDAFTARAN TERBUKA COSMOPOINT COLLEGE IPOH!!*
_(Dengan kerjasama UNITAR International University)_

Cosmopoint College ditubuhkan pada 1992 dan telah menjadi entiti berkaitan kerajaan dengan pengambilalihan hak milik oleh Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), sebuah firma milik Kerajaan Malaysia.

Dengan lebih 30 tahun pengalaman, 11 kampus seluruh Malaysia, lebih 50,000 graduan dan pengiktirafan 5 ⭐️ dari Kementerian Pengajian Tinggi, Cosmopoint College ingin menjemput anda menyertai mereka dalam fasa transformasi seterusnya. Cosmopoint College juga menyediakan program JAMINAN KERJA selepas tamat pengajian.

πŸ—“οΈ 27 & 28 Ogos 2022
⏰ 10 pagi - 5 petang
πŸ“ Cosmopoint College Ipoh
https://maps.app.goo.gl/b1MEbpsCjC9WcFbt5

*PROMOSI YURAN PENDAFTARAN PERCUMA UNTUK SEMUA PROGRAM* πŸ’―
_Khas untuk yang hadir pada 27 Ogos sahaja_

Antara program yang kami tawarkan:
βœ… Foundation in Management
βœ… Diploma in Early Childhood Education
βœ… Diploma in Occupational Safety & Health
βœ… Diploma in Business Management
βœ… Diploma in E-Business
βœ… Diploma in E-Secretaryship / Office Management
βœ… Diploma in Accounting
βœ… Diploma in Information Technology (IT)
βœ… Diploma in Multimedia Application
βœ… Diploma in Computer Graphic Design
βœ… Diploma in Tourism Management
βœ… Bachelor of Business Administration (Hons.)
βœ… Bachelor of Information Technology (Hons.)
βœ… Bachelor of Management (Hons.)
βœ… Bachelor of Education (Hons.)

βœ… Certificate in Business Management
_*Khas untuk pelajar yang LULUS SPM dengan minima 1 kredit_

Tawaran khas sempena Hari Terbuka ini:
πŸ“Œ Yuran pendaftaran PERCUMA
πŸ“Œ Bantuan hostel PERCUMA sehingga tamat pengajian*
πŸ“Œ Bantuan pengajian disediakan
πŸ“Œ Bantuan tunai RM200 khas kepada pelajar yang mendaftar pada 27 Ogos
πŸ“Œ Pelbagai cabutan bertuah menarik 🎁

*SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MENGESAHKAN KEHADIRAN ANDA*
πŸ“± www.wasap.my/601121190597/HadirOpenDayCosmopoint-AIM2022
πŸ“± www.wasap.my/601121190597/HadirOpenDayCosmopoint-AIM2022
πŸ“± www.wasap.my/601121190597/HadirOpenDayCosmopoint-AIM2022
_(Sila hantarkan nama penuh & gambar keputusan SPM/STPM anda)_

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa anda disana!

*KOD PROMOSI: AIM2022*

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Letakkan Allah nombor satu di hati, pasti segalanya akan dipermudahkan nanti.β€œHanya dengan mengingati Allah, hati akan m...
15/04/2022

Letakkan Allah nombor satu di hati, pasti segalanya akan dipermudahkan nanti.
β€œHanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
{Surah Ar-Rad : 28}
Kembalilah kepada fitrah, dekatkan diri dengan pencipta kita. In Shaa Allah, hidup kita pasti akan lebih tenang dan bahagia.

Alhmdulillah… stok kurma mendarat lgi sempena memyambut Bulan Ramadhan di Suffy Halalmart Meru 2B1)Rotab keluaran Amin F...
09/03/2022

Alhmdulillah… stok kurma mendarat lgi sempena memyambut Bulan Ramadhan di Suffy Halalmart Meru 2B

1)Rotab keluaran Amin Farm- RM 10
2) Kurma bertangkai Firdaus- RM12

Boleh dptkan sekarang!!!

03/02/2022

Jangan kita sentiasa mengeluh tetapi teruslah berdoa, usaha dan ikhtiar.

Dan sibukkanlah diri dalam kebaikan hingga keburukan lelah mengikuti kita.


03/02/2022

Assalamualaikum
Selamat Pagi
Salam Khamis

23/01/2022

Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama bidadari dunia.
Singkatnya tudung p**a bukan petanda kau tu jahat sampai masuk api neraka.

Berstokin kaki bukan petanda kau solehah.
Tidak berstokin p**a bukan petanda kau seburuk-buruk muslimah.

Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati.
Tidak berhandsock p**a bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati.

Kau mencari.
Semua mencari.

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri.

Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tapi melindungi.

Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri.

Tegur. Bukan cakap 'masing-masing punya kubur'
Nasihat. Bukan mengumpat, untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah.

Yang sudah bertudung labuh, berstokin dan berhandsock. Teruskan istiqamahmu.
Muhasabah diri untuk memperbaiki diri terus tetap istiqamah sampai Jannah. Aameen.

Yang masih belum benar-benar berubah.
Marilah berhijrah kerana sesungguhnya sudah tidak banyak masa.

Jangan menunggu-nunggu kerana maut tak tentu waktu.

Sebelum terlambat.
Mari bertaubat.
Engkau wanita.
Engkau sangat mulia.

Semoga kau boleh menjadi bidadari yang tidak memandang dan tidak dipandang.

Dirimu sangatlah berharga seandainya kau menghargai keistimewaan dirimu.

Hidayah milik Allah SWT, moga Allah redha. Aameen yra.

Dan hidayah itu bukan ditunggu tapi dijemput.

22/01/2022

Renungan buat semua yang bergelar ISTERI

Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita, makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami, sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain.

Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah ! Allah ! Jahilnya kita.

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah ! rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak s**a, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang dis**ainya.

Indah sangat, sahabat fillah-ku !
Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

22/01/2022

Assalamualaikum
Salam Subuh

Address

Ipoh
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suffy Halal Mart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share