Ipoh Home Medical Service

Ipoh Home Medical Service We bring healthcare to your home in Ipoh. Simple, safe & comfortable care for your loved ones ❤️

21/08/2026

Pernah tak anda berdepan dengan seseorang yang setiap kali berlaku konflik, akhirnya anda p**a yang rasa bersalah?

Anda tegur cara dia bercakap.

Dia jawab:

“Awak terlalu sensitif.”

Anda beritahu tindakannya melukakan hati.

Dia kata:

“Saya buat semua ni sebab sayang.”

Anda cuba pertahankan diri.

Dia pusing cerita sampai anda mula terfikir:

“Betul ke aku yang salah?”

Ini antara situasi yang boleh berlaku apabila seseorang mempunyai ciri narsistik.

Narsistik bukan sekadar s**a diri sendiri.

Ia merujuk kepada corak tingkah laku yang sangat berpusat pada diri, perlukan pengiktirafan, s**ar menerima kritikan, kurang empati dan cenderung mempertahankan ego walaupun orang lain terluka.

Namun, mempunyai beberapa ciri narsistik tidak sama dengan diagnosis Narcissistic Personality Disorder (NPD). Diagnosis hanya boleh dibuat melalui penilaian profesional.

Yang membuatkan situasi ini s**ar ialah sesetengah individu sangat pandai memanip**asi keadaan.

Bukan semestinya kerana mereka lebih bijak.

Tetapi kerana mereka sudah tahu kelemahan anda.

Mereka tahu anda jenis cepat rasa bersalah.

Mereka tahu anda takut kehilangan hubungan.

Mereka tahu anda susah nak berkata “tidak”.

Mereka tahu anda mudah fikir:

“Tak apa lah, aku mengalah.”

Dan di situlah manip**asi menjadi berkesan.

Hari ini anda diminta mengalah.

Esok anda diminta memahami.

Lusa anda p**a dipersalahkan.

Lama-lama anda bukan sahaja penat.

Anda mula meragui ingatan sendiri.

Mula takut bersuara.

Mula fikir setiap konflik berpunca daripada diri anda.

Self-love tidak salah.

Boundaries tidak salah.

Keyakinan diri juga tidak salah.

Tetapi semuanya menjadi masalah apabila digunakan untuk menghalalkan perbuatan yang menyakiti orang lain dan mengelakkan tanggungjawab.

Public Health Malaysia

18/07/2026

“Jantung tak rosak dalam sehari. Ia bermula bertahun-tahun lebih awal.”

Ramai orang hanya mula risau apabila bacaan gula tinggi atau saluran jantung sudah tersumbat.

Hakikatnya, rintangan insulin (insulin resistance) dan penyakit jantung berkongsi banyak faktor risiko yang sama. Ia berkembang secara perlahan, sering tanpa gejala.

Antara perkara yang boleh membantu menilai risiko lebih awal ialah:

• Glukosa puasa dan HbA1c
• Profil lipid lengkap (HDL, LDL, trigliserida)
• Tekanan darah
• Lilitan pinggang dan lemak viseral
• Berat badan serta tahap aktiviti fizikal

Sesetengah ujian seperti fasting insulin, HOMA-IR, hs-CRP atau ApoB mungkin berguna dalam situasi tertentu, tetapi ia bukan ujian saringan rutin untuk semua orang. Keperluannya bergantung kepada faktor risiko individu dan penilaian doktor.

Yang lebih penting daripada mengejar banyak ujian ialah mengawal faktor risiko yang terbukti:

✓ Kekalkan berat badan yang sihat.
✓ Berjalan atau aktif setiap hari, termasuk selepas makan jika mampu.
✓ Kurangkan makanan ultra-proses dan minuman bergula.
✓ Tidur yang mencukupi.
✓ Berhenti merokok dan v**e.
✓ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Jangan tunggu sehingga mendapat serangan jantung atau didiagnosis diabetes.

Pencegahan sentiasa lebih mudah daripada rawatan.

17/06/2026
31/03/2026

𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐈𝐏𝐎𝐇

Assalamualaikum,
Bagi yang memerlukan khidmat caregiver / private nurse di rumah, saya sedia membantu anda atau ahli keluarga.

🔹 Dressing / Cuci Luka
• Luka kemalangan
• Luka pembedahan
• Luka melecur
• Luka diabetes & lain-lain

🔹 Buka Jahitan
🔹 Pemasangan tiub makanan & tiub kencing (Ryles Tube & CBD)

✅ Servis terus ke rumah
✅ Mesra & profesional
✅ Kawasan liputan: Seluruh Ipoh

📲 WhatsApp untuk tempahan / pertanyaan:
👉 www.wasap.my/60194248774/HomeHealthServicebyFarhan

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipoh Home Medical Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share