Bahagian Kawalan Penyakit PKD Jasin, Melaka

Bahagian Kawalan Penyakit PKD Jasin, Melaka Maklumat kesihatan awam untuk semua!

12/06/2026

Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menakung air

Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di rumah dan kawasan sekitar.

✅ Periksa pasu bunga
✅ Tutup bekas air
✅ Bersihkan palung air
✅ Buang barang terpakai
✅ Kosongkan bekas yang tidak digunakan

Satu bekas kecil pun cukup untuk jadi punca denggi.

Jom jadikan 10 minit seminggu sebagai rutin lindungi diri, keluarga dan komuniti.

11/06/2026
09/06/2026
04/06/2026
26/05/2026

📢 𝗣𝗔𝗥𝗞𝗜𝗥 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗣𝗝 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗕𝗧𝗽𝗮𝘆! 🚗📱

Bayar parkir kini lebih cepat, mudah dan selamat hanya di hujung jari 🤳

Tak perlu lagi kupon fizikal — semuanya boleh dilakukan secara digital melalui aplikasi 𝗣𝗕𝗧𝗽𝗮𝘆 ✅

🌟 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗕𝗧𝗽𝗮𝘆:
✔️ Mudah digunakan
✔️ Pembayaran pantas
✔️ Transaksi lebih selamat
✔️ Boleh dibuat bila-bila masa & di mana sahaja

📌 Antara perkhidmatan yang tersedia:
🚘 Parkir Digital MPJ
🧾 Bayaran kompaun
🏢 Sewaan premis/tapak
📄 Cukai taksiran
➕ Pelbagai urusan MPJ lain

📲 Muat turun aplikasi 𝗣𝗕𝗧𝗽𝗮𝘆 sekarang di:
🔹 Google Play
🔹 App Store
🔹 Huawei AppGallery

⚠️ Kupon gores yang masih sah boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Sebarang pertanyaan & aduan: 📧 [email protected]

𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶? 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗟𝗲𝗿...

𝐉𝐨𝐦! “𝐋𝐢𝐤𝐞, 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞”
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐬𝐢𝐧

𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 / 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 / 𝐘𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞 / 𝐗 / 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 : @𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧𝐨𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥
𝐖𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 : 𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲
𝐄𝐦𝐞𝐥 : 𝐢𝐧𝐟𝐨@𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Kerajaan Negeri Melaka
Melaka Hari Ini
KPKT Malaysia









Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Majlis Perbandaran Jasin
📞 06-5291245
📧 [email protected]
🌐 https://www.mpjasin.gov.my

26/05/2026

Bila masuk bab melapah dan memotong daging korban, suasana dekat tapak sembelihan memang akan jadi sangat sibuk. Admin nak ingatkan para petugas supaya sentiasa peka dengan kebersihan diri semasa mengendalikan daging. 🔍

Tolong jangan ambil remeh aspek ini. Pakaian yang terkena dengan darah, kasut yang kotor, atau tangan yang tidak dibasuh selepas memegang sisa perut adalah punca utama berlakunya pencemaran silang. Kuman berbahaya daripada sisa kotoran tersebut boleh berpindah dengan mudah ke atas daging melalui sentuhan tangan, pisau, mahupun papan pemotong yang digunakan. 🦠❌

Daging korban ini untuk diagihkan kepada golongan yang layak, memerlukan, dan seterusnya untuk disedekahkan mengikut syariat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab para petugas untuk memastikan proses pengendaliannya sentiasa bersih. Sentiasa jaga kebersihan dengan membasuh tangan dan pastikan peralatan memotong sentiasa dicuci dengan air bersih. 🧼🛡️

Jangan disebabkan kelalaian kita menjaga kebersihan, kualiti daging yang diagihkan terjejas serta memudaratkan kesihatan mereka yang memakannya. Sama-sama kita jaga kebersihan, barulah ibadah korban kita berjalan lancar, selamat, dan berkat! ✨





Kredit : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

23/05/2026

🚨 BAYI SELSEMA & BATUK? ELAK BERI UBAT INI JIKA UMUR BAWAH 2 TAHUN! 🚨

Ibu bapa mesti risau bila si manja mula berhingus dan terbatuk-batuk, kan? Tapi tunggu dulu! JANGAN sembarangan beri ubat batuk atau selesema (jenis sirap) kepada bayi di bawah umur 2 tahun tanpa arahan doktor. 🙅‍♀️🙅‍♂️

Kenapa bahaya? 🤔
Sistem badan bayi pada usia ini masih belum matang sepenuhnya. Penggunaan ubat-ubatan tertentu boleh mengundang kesan sampingan yang SANGAT SERIUS seperti masalah pernafasan, sawan, gangguan jantung, malah boleh membawa maut! 💔

Jadi, apa alternatif yang selamat untuk redakan ketidakselesaan bayi?
💧 Guna larutan saline (air garam): Membantu mencairkan lendir dan melegakan hidung yang tersumbat.
🍼 Kekal terhidrasi: Pastikan bayi kerap menyusu badan, susu formula atau minum cecair yang cukup.
👨‍⚕️ Rujuk Pakar Kesihatan: Sentiasa dapatkan nasihat Doktor atau Pegawai Farmasi sebelum memberikan apa-apa ubat kepada anak anda.

Nyawa dan kesihatan anak bukan untuk dicuba-cuba. Jom jadi ibu bapa yang lebih cakna dan berilmu! ✨

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepa...
15/05/2026

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

15/05/2026
13/05/2026

HANTAVIRUS: Apa Yang Perlu Anda Tahu & Kesiapsiagaan Negara

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi

Panel :

Dr. Rosvinder Singh
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Sektor Kesiapsiagaan Kecemasan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Address

Bahagian Kawalan Penyakit, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin
Jasin
77000

Telephone

+60139438713

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kawalan Penyakit PKD Jasin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share