27/09/2026
Soleus vs Gastrocnemius Strain
✅ Nak assess betis sakit ni, benda paling penting kena tengok: lokasi sakit, betis area mana yang sakit (dalam ke permukaan), dan gerakan apa yang trigger sakit tu. Soleus letak lebih dalam, bawah gastrocnemius, so sakit dia biasanya rasa lagi "dalam" berbanding gastrocnemius.
Perbezaan
1️⃣ Soleus Strain
☑️ Kedudukan otot : Dalam, bawah gastro
☑️ Lokasi sakit : Tengah-bawah betis, rasa dalam
☑️ Rasa sakit : Deep ache, tegang, macam cramp
☑️ Lutut bengkok: Still sakit
☑️ Lutut lurus + tarik hujung kaki : Boleh sakit
☑️ Berjengket : Sakit
☑️ Sprint/lompat : Boleh jadi jugak
☑️ Lebam/bengkak : Biasanya ringan
☑️ Bila tekan: Tenderness rasa dalam
2️⃣ Gastrocnemius Strain
☑️ Kedudukan otot : Permukaan, otot besar belakang betis
☑️ Lokasi sakit : Atas-tengah betis, senang rasa kat luar
☑️ Rasa sakit : Lagi tajam/tertarik, especially kalau ada koyak
☑️ Lutut bengkok: Biasanya kurang trigger
☑️ Lutut lurus + tarik hujung kaki : Ni yang paling trigger sakit
☑️ Berjengket : Sakit
☑️ Sprint/lompat : Ni yang paling biasa punca
☑️ Lebam/bengkak : Lagi senang jadi kalau strain dah sederhana-teruk
☑️ Bila tekan: Tenderness rasa kat permukaan
✅ Jika nak test cepat:
1️⃣Soleus
👉 suruh dia duduk/berdiri, lutut bengkok sikit, pastu buat plantarflexion (macam nak berjengket / tekan pedal). Kalau sakit rasa dalam/tengah-bawah betis → boleh jangka soleus.
2️⃣ Gastrocnemius
👉 suruh dia luruskan lutut, pastu perlahan-lahan tarik hujung kaki ke arah tulang kering. Kalau sakit kuat kat atas/tengah betis → boleh jangka gastro.
(Nota: ni bukan test yang confirm 100% diagnosis ya, just untuk bantu kita agak-agak otot mana yang bermasalah.)
✅Cara Urut
❗️ Jangan terus gosok kalau baru je cedera!
👉 Kalau customer baru je alami tarikan/koyak, especially dalam 24-72 jam pertama, JANGAN buat deep tissue, trigger point, cupping ke apa-apa yang kuat kat area tu.
Kenapa? Sebab strain tu bermaksud serabut otot dah rosak sikit. Kalau kita tekan kuat awal-awal, boleh jadi lagi teruk. Sakit makin bertambah, ada pendarahan kecil dalam tisu, bengkak pun boleh jadi lagi.
👉 Fasa akut (48-72 jam awal): Protect → Rehat → Compression (kalau sesuai) → Elevation. Ais pun boleh, tapi ringkas je. Pastikan elak deep massage, gua sha/scraping kuat, cupping kat area cedera, stretching kuat-kuat, percussion gun power tinggi, urut kuat dan lama
👉 Bila dah OK Sikit, baru boleh urut gentle
1️⃣ Kalau Soleus Strain:
Sebab soleus tersembunyi bawah gastro, jangan cuba "gali dalam" nak cari dia.
1. Posisi : customer prone/side-lying, lutut boleh bengkok sikit, kaki relaks
2. Warm-up : effleurage ringan kat sekitar betis
3. Kerja kat sekeliling : guna tapak tangan/jari, tekanan ringan-sederhana, jangan terus serang titik paling sakit
4. Untuk soleus : lutut bengkok sikit, buat compression/gliding perlahan kat bahagian sisi (bukan yang paling tender). Tekanan just 2-3/10 je, jangan sampai dia tahan sakit
5. Recheck : suruh jalan, calf raise ringan, gerak ankle. Kalau makin baik → teruskan. Kalau makin sakit → stop.
2️⃣ Kalau Gastrocnemius Strain:
Sebab dia kat permukaan, senang sikit nak rasa.
1. Effleurage : sapu ringan seluruh betis
2. Broad compression: guna tapak tangan/beberapa jari, bukan hujung ibu jari yang menusuk
3. Longitudinal gliding : ikut arah serabut otot, perlahan
4. Jangan tekan terus area koyakan : kalau ada satu spot yang sangat tender/bengkak/lebam, kerja kat sekeliling je, jangan paksa "pecahkan"
5. Recheck : dorsiflexion, plantarflexion, jalan, calf raise
👉 Silap yang selalu therapist buat
✔️ Jangan ingat betis keras = automatik kena deep massage!
Contoh: gastro strain → tisu tercedera → therapist tekan kuat → sakit tambah → customer rasa "lega j*p" tapi sebenarnya iritasi tisu makin tambah.
Beza dengan betis tegang biasa (takde cedera akut) yang ni memang sesuai kena massage/myofascial work.
❗️ STOP urut, suruh rujuk doktor kalau:
✔️ betis bengkak tiba-tiba sebelah je
✔️ panas/merah
✔️ sakit kuat tapi takde sebab jelas
✔️ makin lama makin sakit
✔️ tak boleh tahan berat badan
✔️ lebam besar
✔️ sakit gila bila kena tekan
✔️ sesak nafas / sakit dada
Especially kalau bengkak + panas + merah kat SATU betis je tanpa sebab ni boleh jadi tanda DVT (deep vein thrombosis). Kalau nampak macam ni, jangan urut langsung, terus rujuk doktor.
👉 Assessment: RED FLAG check → lokasi sakit → tekan (palpation) → test lutut bengkok/lurus → gerak ankle → functional test → baru decide sama ada boleh urut ke tak.
———————————————————————————
✅ Cara Urut Sendiri Betis (Soleus & Gastrocnemius yang tegang)
Kalau nak urut sendiri betis yang tegang, jangan tekan kuat-kuat ya, especially kalau baru je rasa sakit/cedera. Lembut je cukup.
1️⃣ Panaskan dulu
✔️ Duduk, letak kaki dalam posisi selesa
✔️ Sapu sikit minyak/lotion
✔️ Gosok seluruh betis guna tapak tangan, 1-2 minit
✔️Tekanan ringan je, jangan kuat
2️⃣ Longitudinal gliding
✔️ Guna tapak tangan atau 2-3 jari
✔️ Sapu perlahan dari bawah betis naik ke atas
✔️ Jangan terus serang bahagian yang paling sakit
✔️ Ulang 5-10 kali
3️⃣ Untuk Gastrocnemius
✔️ Lutut bengkok sikit supaya otot relaks
✔️ Pegang otot betis lembut-lembut guna tapak tangan
✔️ Buat compression, pastu release perlahan
✔️ Jangan "cubit" kuat-kuat ya
4️⃣ Untuk Soleus
✔️ Soleus ni tersembunyi bawah gastro, so jangan cuba gali dalam guna ibu jari.
✔️Bengkokkan lutut sikit
✔️ Guna tapak tangan/jari, tekanan lebih luas & sederhana kat bahagian sisi betis
✔️ Gliding perlahan
✔️ Tekanan just 2-3/10 je
5️⃣ Recheck
✔️ Lepas 2-3 minit, try:
✔️ gerak buku lali
✔️ jalan beberapa langkah
✔️ calf raise perlahan (kalau tak sakit)
Kalau rasa lagi ringan dan boleh gerak lagi baik → boleh sambung dengan lembut.
🚫 Jangan urut sendiri kalau: Betis tiba-tiba bengkak sebelah je, panas/merah, sakit gila tanpa sebab jelas, susah nak pijak, lebam besar, atau ada sesak nafas/sakit dada. Kalau macam ni, kena jumpa doktor, jangan urut kalau disyaki DVT.
Kalau strain baru je jadi (0-72 jam), elak deep massage, trigger point, cupping, stretching kuat-kuat. Fokus dulu pada protect, rehat, dan kawal sakit/bengkak.
✅ Bagi yang tambah ilmu boleh beli 100 lebih koleksi ebook (pdf) ANATOMI FISIOLOGI + TRIGGER POINT + ACUPRESSURE + MASSAGE + STRECHING dengan hanya RM30. Banyak ilmu dapat. Boleh terus whatsap 0104049769.
Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi 🌿