Tarwatij Enterprise

Tarwatij Enterprise Tarwatij Enterprise adalah sebuah syarikat yang ingin menyumbangkan tarbiah dan khidmat perdagangan kepada masyarakat.

KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT1. MADU LEBAH KELULUTMadu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan ra...
04/01/2017

KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT

1. MADU LEBAH KELULUT

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya:
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011

**tahukah anda campuran minyak angin propolis oil mengandungi campuran madu lebah kelulut (Y)

http://www.thevocket.com/survival-dato-ramly-burger/
30/12/2016

http://www.thevocket.com/survival-dato-ramly-burger/

Hari ini saya berpeluang jumpa Dato' Ramly Mokni, pengasas Ramly Burger. Tak ramai orang kenal Dato' Ramly, kalau selisih di jalan pun memang orang tak akan perasan. Tapi kalau sebut burger Ramly, satu Malaysia kenal. Saya pun tadi bila berselisih, tak berani juga nak tegur takut salah orang. Sebelu...

RAHSIA BERNIAGA CARA RASULLULAH...Jom kita hayati sempena maulidurasulRasulullah saw sudah mula berniaga sejak berumur 1...
21/12/2016

RAHSIA BERNIAGA CARA RASULLULAH...
Jom kita hayati sempena maulidurasul

Rasulullah saw sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib , Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah saw ketika muda.

Dan Rasulullah saw merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah saw telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda saw berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah raha (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

Dan Rasulullah saw sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda saw seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila Baginda saw keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda saw adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda saw digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah saw pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.

Rasulullah saw pernah bersabda tentang pemilikan harta:

“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”
__________________________________________

Ingin tahu cara Rasul saw Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.

TIDAK PERNAH BERDEBAT

Rasulullah saw dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda saw diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

SENTIASA TERSENYUM

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi saw ialah sikap dan wajah Baginda saw semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi saw telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda saw itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi p**a dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

JUJUR

Baginda saw bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi alaihimussalam, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda saw lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah saw memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah saw menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah saw.
“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.
“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah saw. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

TIDAK BERSUMPAH PALSU

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.”
(HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

LEMAH LEMBUT

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Saiyyidina Jabir rahu telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

BUKAN MENGEJAR HARTA SEMATA MATA

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda saw menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda saw tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda saw agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda saw bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

FASIH TUTUR KATA

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda saw mengendalikan perniagaan harta Sayyidatina Khadijah raha, Baginda saw memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda saw yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi rah dari Saiyyidatina Aishah raha : Bermaksud: “Adalah Rasulullah saw berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda saw).

KEUNTUNGAN MAKSIMUM ADALAH MUNGKIN

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi saw membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah saw dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah saw tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah saw ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah saw menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

Sejarah & Khasiat MAHKOTA DEWAPohon Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa) berasal dari hutan belantara di Papua Nugini. Jik...
21/12/2016

Sejarah & Khasiat MAHKOTA DEWA

Pohon Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa) berasal dari hutan belantara di Papua Nugini. Jika tanahnya subur, ketinggian pohonnya boleh mencapai hingga 5 meter. Buahnya berwarna merah terang seperti buah Apel dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidak diganggu oleh activity manusia dan tidak adanya pencemaran udara. Sudah sangat lama khasiat buah Mahkota Dewa menjadi rahsia istana kesultanan Kep**auan Jawa. Semenjak diketahui oleh umum, Mahkota Dewa sampai saat ini digunakan secara meluas dalam pengubatan alternatif untuk merawat berbagai jenis penyakit di Indonesia khususnya.

Buah Mahkota Dewa mengandung Zat-Zat Aktif, seperti :

- ALKALOID, yg berfungsi sebagai DETOKSIFIKASI yg dapat menetralkan racun-racun dalam tubuh.

- SAPONIN, menjadi sumber ANTI BAKTERI dan ANTI VIRUS, meningkatkan SISTEM KEKEBALAN TUBUH (IMMUN SISTEM) dan MENGONTROL KADAR GULA DALAM DARAH.

- FLAVANOID, melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh dan mencegah terjadinya penumbatan pada pembuluh darah, mengontrol kandungan KOLESTEROL, mengurangi kadar resiko penyakit jantung, mengandung ANTI INFLAMASI (ANTI RADANG), berfungsi sebagai ANTI OKSIDANT, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

- POLIFENOL, berfungsi sebagai ANTI HISTAMIN (ANTI ALERGY)

Penawar alami. Allah Asy Syafi
27/04/2016

Penawar alami. Allah Asy Syafi

16/03/2016
Allah tidak menjadikan sesuatu untuk maksud sia-sia
05/02/2016

Allah tidak menjadikan sesuatu untuk maksud sia-sia

OBAT AJAIB UNTUK KANKER !!! AMERIKA MERAHASIAKAN OBAT KANKER SELAMA BERTAHUN2 10.000 X LIPAT DARI KEMO TERAPY OBAT TERSEBUT ADA DISEKITAR KITA Rizka Anisa Zubier 01.24 KESEHATAN Edit by Dr. Cynthia Jayasuriya Ini pengalaman pribadi, sembuh dari kanker dengan singkong. semoga pengalaman ini berguna u…

Address

NO. 1 Jalan PINE 3 TAMAN PINE
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0133796275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarwatij Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share