HOSPITAL JERANTUT

HOSPITAL JERANTUT HOSPITAL JERANTUT TERBAIK. KAMI SEDIA MEMBANTU

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ก๐š๐ซ๐ฆ๐š๐œ๐ฒ ๐”๐ฉ๐๐š๐ญ๐ž๐ฌ ๐ˆ (๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐’๐ญ๐จ๐ซ & ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง) ๐Ÿ“… 9 Jun 2026 (Selasa) ๐Ÿ“ Dewan Baiduri, Hospital Jera...
10/06/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ก๐š๐ซ๐ฆ๐š๐œ๐ฒ ๐”๐ฉ๐๐š๐ญ๐ž๐ฌ ๐ˆ (๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐’๐ญ๐จ๐ซ & ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง)

๐Ÿ“… 9 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Dewan Baiduri, Hospital Jerantut
๐ŸฅAnjuran: Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Jerantut
๐Ÿ‘ฅBil peserta hadir: 34 orang

Objektif kursus:
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip asas pengurusan stor farmasi.
2. Meningkatkan kefahaman peserta dalam pengurusan inventori yang melibatkan PhIS.
3. Memastikan peserta memahami kepentingan keselamatan pengubatan bagi mengurangkan risiko kesilapan pengubatan.
4. Mengalakkan budaya kerja yang selamat dan berfokus kepada keselamatan pesakit.

Tahniah kepada semua kontraktor yang berjaya ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š_๐“ช๐’น๐“ถ๐’พ๐“ท๐’พ๐“ฌ๐“‰_
04/06/2026

Tahniah kepada semua kontraktor yang berjaya ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

_๐“ช๐’น๐“ถ๐’พ๐“ท๐’พ๐“ฌ๐“‰_

๐˜ˆ๐‘–๐˜ฅ๐‘–๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฅโ„Ž๐˜ข ๐˜ฃ๐‘ข๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ด๐‘’๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ณ ๐˜ด๐‘’๐˜ฃ๐‘ข๐˜ขโ„Ž ๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ข๐‘ฆ๐˜ข๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘ก๐˜ฆ๐‘ก๐˜ข๐‘๐˜ช ๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฎ๐‘๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜ฑ๐‘’๐˜ฏ๐‘”๐˜ฐ๐‘Ÿ๐˜ฃ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘˜๐˜ฆ๐‘–๐˜ฌโ„Ž๐˜ญ๐‘Ž๐˜ด๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฌ๐‘’๐˜ต๐‘Ž๐˜ข๐‘ก๐˜ข๐‘› ๐‘ฆ๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜ฎ๐‘’๐˜ฏ๐‘”๐˜ข๐‘—๐˜ข๐‘Ÿ ๐‘’๐˜ณ๐‘ก๐˜ช ๐˜ชโ„Ž๐˜ด๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘˜...
26/05/2026

๐˜ˆ๐‘–๐˜ฅ๐‘–๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฅโ„Ž๐˜ข ๐˜ฃ๐‘ข๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ด๐‘’๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ณ ๐˜ด๐‘’๐˜ฃ๐‘ข๐˜ขโ„Ž ๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ข๐‘ฆ๐˜ข๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘ก๐˜ฆ๐‘ก๐˜ข๐‘๐˜ช ๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฎ๐‘๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜ฑ๐‘’๐˜ฏ๐‘”๐˜ฐ๐‘Ÿ๐˜ฃ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘˜๐˜ฆ๐‘–๐˜ฌโ„Ž๐˜ญ๐‘Ž๐˜ด๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฌ๐‘’๐˜ต๐‘Ž๐˜ข๐‘ก๐˜ข๐‘› ๐‘ฆ๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜ฎ๐‘’๐˜ฏ๐‘”๐˜ข๐‘—๐˜ข๐‘Ÿ ๐‘’๐˜ณ๐‘ก๐˜ช ๐˜ชโ„Ž๐˜ด๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘˜๐˜ฆ๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ด๐‘Ž๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ข๐‘› ๐‘ ๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ต๐‘Ž ๐‘˜๐˜ข๐‘ ๐˜ชโ„Ž ๐‘ ๐˜ข๐‘ฆ๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜ด๐‘’๐˜ด๐‘Ž๐˜ฎ๐‘Ž ๐‘–๐˜ฏ๐‘ ๐˜ข๐‘›.

๐ท๐˜ข๐‘™๐˜ข๐‘š ๐‘˜๐˜ช๐‘ก๐˜ข ๐˜ฎ๐‘’๐˜ฏ๐‘”๐˜ฉ๐‘Ž๐˜บ๐‘Ž๐˜ต๐‘– ๐‘˜๐˜ฆ๐‘š๐˜ถ๐‘™๐˜ช๐‘Ž๐˜ข๐‘› ๐‘–๐˜ฃ๐‘Ž๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฉ ๐˜ฌ๐‘œ๐˜ณ๐‘๐˜ข๐‘› ๐‘‘๐˜ข๐‘› ๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ข๐‘˜๐˜ฉ๐‘–๐˜ณ๐‘›๐˜บ๐‘Ž ๐‘š๐˜ถ๐‘ ๐˜ช๐‘š โ„Ž๐˜ข๐‘—๐˜ช ๐˜ฅ๐‘– ๐‘‡๐˜ข๐‘›๐˜ขโ„Ž ๐‘†๐˜ถ๐‘๐˜ช, ๐‘š๐˜ข๐‘Ÿ๐˜ช๐‘™๐˜ขโ„Ž ๐‘˜๐˜ช๐‘ก๐˜ข ๐˜ฃ๐‘’๐˜ณ๐‘ ๐˜ข๐‘š๐˜ข-๐˜ด๐‘Ž๐˜ฎ๐‘Ž ๐‘š๐˜ฆ๐‘›๐˜ฆ๐‘™๐˜ถ๐‘ ๐˜ถ๐‘Ÿ๐˜ช ๐˜ด๐‘’๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘”๐˜ข๐‘ก ๐‘๐˜ฆ๐‘›๐˜จ๐‘œ๐˜ณ๐‘๐˜ข๐‘›๐˜ข๐‘› ๐‘๐˜ข๐‘๐˜ช ๐˜๐‘๐˜ณ๐‘Ž๐˜ฉ๐‘–๐˜ฎ ๐˜ˆ.๐˜š. ๐‘‘๐˜ข๐‘› ๐‘๐˜ข๐‘๐˜ช ๐˜๐‘ ๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ช๐‘™ ๐ด.๐‘†. ๐˜ด๐‘’๐˜ฃ๐‘Ž๐˜จ๐‘Ž๐˜ช ๐˜ฑ๐‘’๐˜ฅ๐‘œ๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฎ ๐˜ฎ๐‘’๐˜ฎ๐‘๐˜ช๐‘›๐˜ข ๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ด๐‘ฆ๐˜ข๐‘Ÿ๐˜ข๐‘˜๐˜ข๐‘ก ๐‘ฆ๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜ญ๐‘’๐˜ฃ๐‘–๐˜ฉ ๐˜ฑ๐‘Ÿ๐˜ชโ„Ž๐˜ข๐‘ก๐˜ช๐‘›, ๐˜ฃ๐‘’๐˜ณ๐‘ ๐˜ข๐‘ก๐˜ถ ๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ด๐‘Ž๐˜ญ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘š๐˜ฆ๐‘š๐˜ฃ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘ก๐˜ถ.

๐˜š๐‘’๐˜ฎ๐‘œ๐˜จ๐‘Ž ๐‘ ๐˜ฆ๐‘ก๐˜ช๐‘Ž๐˜ฑ ๐˜ข๐‘š๐˜ข๐‘™ ๐‘–๐˜ฃ๐‘Ž๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฉ ๐˜บ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘” ๐‘‘๐˜ช๐‘™๐˜ข๐‘˜๐˜ด๐‘Ž๐˜ฏ๐‘Ž๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฅ๐‘–๐˜ต๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฎ๐‘Ž ๐‘‘๐˜ข๐‘› ๐‘‘๐˜ช๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ต๐‘– ๐ด๐˜ญ๐‘™๐˜ขโ„Ž ๐‘†๐˜ž๐‘‡, ๐˜ด๐‘’๐˜ณ๐‘ก๐˜ข ๐˜ˆ๐‘–๐˜ฅ๐‘–๐˜ญ๐‘Ž๐˜ฅโ„Ž๐˜ข ๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ญ๐‘– ๐‘–๐˜ฏ๐‘– ๐‘š๐˜ฆ๐‘š๐˜ฃ๐‘Ž๐˜ธ๐‘Ž ๐‘˜๐˜ฆ๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ต๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘˜๐˜ฆ๐‘ก๐˜ฆ๐‘›๐˜ข๐‘›๐˜จ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฌ๐‘’๐˜ด๐‘’๐˜ซ๐‘Ž๐˜ฉ๐‘ก๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ข๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฃ๐‘ข๐˜ข๐‘ก ๐˜ฌ๐‘–๐˜ต๐‘Ž ๐‘ ๐˜ฆ๐‘š๐˜ถ๐‘Ž.

_๐“ช๐’น๐“ถ๐’พ๐“ท๐’พ๐“ฌ๐“‰_

Sebulan penuh langkah dicatat, semangat terus diperkasa ๐Ÿ’ชโœจTahniah kepada semua peserta Cabaran Langkah Sihat HOSPITAL JE...
26/05/2026

Sebulan penuh langkah dicatat, semangat terus diperkasa ๐Ÿ’ชโœจ
Tahniah kepada semua peserta Cabaran Langkah Sihat HOSPITAL JERANTUT atas usaha dan komitmen untuk sebulan pertama cabaran berlangsung dan masih berbaki 2 bulan lagi untuk lengkapkan cabaran ini.
Menang atau tidak, setiap langkah adalah kemenangan untuk kesihatan diri. ๐Ÿ‘๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ
Teruskan melangkah, teruskan sihat!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN
Kospen WOW







โ€

by admin
- SR -

๐ŸŒฑ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿง’๐Ÿป TERAPI BERKUMPULAN KANAK-KANAK BULAN MEI.Anjuran Unit Terapi Cara Kerja Hospital Jerantut๐Ÿ“… Tarikh : 21 Mei 2026โฐ M...
21/05/2026

๐ŸŒฑ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿง’๐Ÿป TERAPI BERKUMPULAN KANAK-KANAK BULAN MEI.

Anjuran Unit Terapi Cara Kerja Hospital Jerantut
๐Ÿ“… Tarikh : 21 Mei 2026
โฐ Masa : 8.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat : Unit Terapi Cara Kerja Hospital Jerantut

3 aktiviti menarik dan terapeutik telah dijalankan sepanjang sesi terapi berkumpulan pada bulan Mei ini bagi membantu meningkatkan kemahiran motor, sensori, sosial, fokus serta keyakinan diri kanak-kanak melalui pendekatan bermain sambil belajar.

โœจ Slot 1 : Berkebun
Kanak-kanak menjalankan aktiviti menyiram pokok, mengembur tanah serta meletakkan baja pada pokok sayur yang telah ditanam sebelum ini. Aktiviti ini membantu meningkatkan koordinasi motor, kemahiran sensori serta memberi pendedahan kepada rutin penjagaan tanaman dan tanggungjawab.

โœจ Slot 2 : Litar Sensori
Aktiviti litar sensori dijalankan bagi membantu meningkatkan pemprosesan sensori, keseimbangan badan, koordinasi serta tumpuan kanak-kanak melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan interaktif.

โœจ Slot 3 : Aktiviti Domestik โ€“ Menyediakan Roti Goreng
Kanak-kanak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan roti goreng secara berkumpulan. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran mengikuti arahan, kemahiran motor halus serta interaksi sosial dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Pihak Unit Terapi Cara Kerja Hospital Jerantut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti terapi berkumpulan ini. Sokongan anda amat bermakna dalam membantu perkembangan dan pencapaian anak-anak.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi




- Admin Rehab -

Hari ini telah berlansung Program Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh PAIP Jerantut. Sebanyak 27 org staf PAIP telah...
19/05/2026

Hari ini telah berlansung Program Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh PAIP Jerantut. Sebanyak 27 org staf PAIP telah mendaftar menderma darah. 20 beg darah dapat dikutip untuk pogram yang bermula jam 9pg td dan berakhir 1ptg.

Terima kasih pada pihak pengurusan PAIP khususnya Puan Intan yg berusaha untuk menjayakan program ini serta staf2 PAIP yg sangat2 baik menyantuni team Mobile/Blood Drive UPTD HOSPITAL JERANTUT . Selain itu team turut disediakan penganjur dengan kudapan sepanjang program berlansung.

Darah2 yg didermakan oleh insan2 hebat ini akan digunakan oleh pesakit2 yg memerlukan rawatan pemindahan darah untuk meneruskan kehidupan.

Moga program ini akan menjadi program rutin di PAIP Jerantut.

Untuk menderma darah, anda boleh datang secara walk in ke UPTD hospital dari jam 8.30pg-12 t/hari, Isnin- Khamis setiap hari bekerja. Atau

Bagi pertubuhan/ Jabatan2 yg lain yg ingin menganjurkan program derma darah, bolehlah berhubung dengan pegawai bertugas di UPTD Hospital Jerantut di talian 09-2663333 untuk mendapatkan syarat2 penganjuran.




Admin _nab_

[ KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT: MEMPERKASA PROFESION, MEMACU POTENSI BARISAN HADAPAN HOSPITAL JERANTUT ] ๐Ÿฅ๐Ÿ’ชAlhamd...
18/05/2026

[ KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT: MEMPERKASA PROFESION, MEMACU POTENSI BARISAN HADAPAN HOSPITAL JERANTUT ] ๐Ÿฅ๐Ÿ’ช

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus First Responder Life Support pada 12 & 13 Mei 2026 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Klinikal, Hospital Jerantut.
Sebagai tulang belakang penting kepada sistem kesihatan hospital, latihan intensif selama dua hari ini memfokuskan kepada pemantapan kemahiran kecemasan, kepantasan bertindak, dan kompetensi tinggi bagi warga kerja Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) serta barisan hadapan klinikal demi menyelamatkan nyawa.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada 34 orang peserta yang memberikan komitmen luar biasa sepanjang slot teori dan praktikal dijalankan. Selaras dengan aspirasi profesyen, semoga ilmu ini melonjakkan lagi potensi diri dalam memberikan perawatan terbaik kepada pesakit.
PENGHARGAAN KHAS & TERIMA KASIH ๐ŸŒŸ
Pihak pengurusan hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian menyokong serta menjayakan kursus ini kepada rakan-rakan strategik dan para peserta dari:
๐Ÿ”น Klinik-Klinik Kesihatan (KK) Daerah Jerantut
๐Ÿ”น Klinik Pergigian Daerah Jerantut
๐Ÿ”น Institusi Desa Bina Diri (DBD) Jerantut
๐Ÿ”น Hospital Bera
๐Ÿ”น Hospital Jengka
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada 5 orang fasilitator atas perkongsian kepakaran yang amat bernilai, serta 5 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir. Sinergi dan semangat kerjasama daripada semua pihak adalah kunci utama kejayaan program ini!
Sila lihat album gambar di bawah untuk sorotan sepanjang kursus berlangsung! ๐Ÿ“ธโœจ

"Memperkasa Profesion, Memacu Potensi Aspirasi Madani"

Naj@
(Unit Penyeliaan PPP)

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Jerantut telah dibadakan pada 12 Mei 2026 Bertempat di Dewan Baiduri  . Antar...
16/05/2026

Sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Jerantut telah dibadakan pada 12 Mei 2026 Bertempat di Dewan Baiduri . Antara
aktiviti yang dijalankan sempena meraikan Hari Jururawat Peringkat Hospital Jerantut. antaranya ialah Seminar..serta ceramah Agama .
๐ŸฉบโœจTema tahun ini: "Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives."Apa maksud tema ini untuk kita?
โœ… Pemerkasaan: Jururawat yang berilmu dan diberi kuasa mampu membuat keputusan tepatโœ… Masa Depan: Melabur dalam kebajikan jururawat bermaksud menjamin kesihatan generasi akan datangโœ… Selamatkan Nyawa: Sokongan yang kuat kepada jururawat secara langsung meningkatkan keselamatan pesakit.Terima kasih kepada semua wira berbaju putih yang sentiasa cekal berkhidmat demi kesejahteraan sejagat. Anda adalah tunjang sistem kesihatan kita! โค๏ธ


Admin
~Arien~

Terima kasih daun keladi.Terima kasih buat warga Jerantut yang telah meluangkan masa untuk menderma darah pagi ni. Tak l...
16/05/2026

Terima kasih daun keladi.

Terima kasih buat warga Jerantut yang telah meluangkan masa untuk menderma darah pagi ni. Tak lupa juga buat team bertugas pg ini, anda mmg awsome!

UPTD HOSPITAL JERANTUT juga sangat berbesar hati kerana pada hari guru hari ini, ada beberapa orang guru dari SJKT jerantut dan SK LKTP Jengka 24 datang menderma darah. Budi dan jasa mereka yang tak terbalas!.

Kerana komitmen anda, 17 pack darah dapat dipungut pada hari ini yg pastinya memberi sinar buat mereka2 yg memerlukan darah.

Warga Jerantut yg lain, anda bila lagi? Marilah bersama2 kami membantu insan2 yg memerlukan.

Buat warga jerantut yang ingin menganjurkan program derma darah, anda boleh hubungi UPTD di talian 09-2663333 untuk mendapatkan syarat2 penganjuran.




Admin _nab_

16/05/2026

Address

Jerantut
27000

Telephone

+6092663333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HOSPITAL JERANTUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HOSPITAL JERANTUT:

Share