Diet Sihat Club Jitra

Diet Sihat Club Jitra Diet Sihat Club (Kelab Diet Sihat) Jitra ialah kafe bimbingan pemakanan untuk program turun berat badan & gaya hidup sihat. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kami juga ada studio senaman Muslimah, biz protein bar MYKunyah & Program Corporate Wellness.

Dia berumur 40an..Sibuk. Bekerja. Menjalani kehidupan seperti biasa.Tiada simptom besar.Hari-hari rutin biasa.Sehinggala...
09/05/2026

Dia berumur 40an..

Sibuk. Bekerja. Menjalani kehidupan seperti biasa.
Tiada simptom besar.
Hari-hari rutin biasa.
Sehinggalah satu pagi,
dia terasa tekanan di dada..

Bukan sakit yang tajam.
Cuma rasa berat.
Seperti ada sesuatu menekan dadanya.
Dia cuba abaikan.
Tetapi rasa itu tidak hilang.

Apa yang anda lihat di sebelah kanan
ialah apa yang sedang berlaku di dalam salur darahnya. Pengump**an plak.
Sedikit demi sedikit menyempitkan salur darah dari masa ke masa.

Ini tidak berlaku dalam sehari.
Ia terbina secara senyap.
Bertahun-tahun lamanya ⏳

⚠️ TANDA YANG RAMAI ORANG TAK SEDAR
• Cepat letih
• Daya tahan bersenam semakin berkurang
• Ketidakselesaan ringan di dada

🚨 BILA IA SEMAKIN TERUK
• Tekanan atau rasa berat di dada
• Sesak nafas
• Sakit merebak ke lengan atau rahang

🧠 APA YANG BERLAKU DALAM BADAN
Kolesterol + keradangan
→ pembentukan plak
→ salur darah semakin sempit
→ aliran darah berkurang

Jika plak pecah
→ darah beku terbentuk
→ serangan jantung

👨🏻‍🏫 PENGAJARAN
Penyakit jantung bukan berlaku secara tiba-tiba.

Ia terbina perlahan-lahan,
secara senyap,
sehinggalah badan tidak mampu lagi memberi amaran secara lembut.

Jangan tunggu simptom besar
baru mahu mula menjaga kesihatan.

Jika anda tak sanggup labur masa, tenaga dan wang utk sihat,
Anda mungkin akan lebur lebih banyak masa, tenaga dan wang akibat sakit.

Mencegah lebih baik dari mengubati

📝 kolesterol ada 3 bahagian:

1. HDL (high density lipoprotien) -- kena >= 1.0
2. LDL (low density lipoprotien) -- kena < 2.6
3. Triglycerides -- kena < 1.7
Total kolesterol kena bawah 5.2 ✅

❗️Paling penting kena jaga no. 2 dan no 3 betul-betul, jgn bagi naik tinggi. Bahaya kepada badan kita kalau naik tinggi.

Jom kita sama sama usaha yang terbaik untuk diri masing2. Like, Tag & Share dgn org yg anda ambil berat kesihatan mereka 💚

ADAKAH DAGING SEMATA-MATA PUNCA TRIGGERED GOUT?Gout memang selalu orang kaitkan dengan daging merah.Gulai daging, daging...
26/02/2026

ADAKAH DAGING SEMATA-MATA PUNCA TRIGGERED GOUT?

Gout memang selalu orang kaitkan dengan daging merah.
Gulai daging, daging bakar, kambing golek — semua ni tinggi purin.
Kalau makan banyak, memang risiko asid urik naik lebih tinggi.

Itu betul.

Tapi… ada juga orang tak makan daging pun kena gout.

Kenapa?

Sebab faktor air tak cukup.

Bila puasa lama dan kurang minum:
➡️ Badan jadi dehidrasi
➡️ Asid urik jadi pekat
➡️ Susah nak dibuang melalui air kencing

Bila terlalu pekat, dia boleh mendap kat sendi dan jadi kristal tajam.
Tu yang buat ibu jari kaki sakit berdenyut tu.

Jadi kesimp**an mudah:

✔️ Makan daging banyak → risiko lagi tinggi
✔️ Tak makan daging pun → kalau air tak cukup, tetap boleh kena

Strategi selamat waktu puasa:
Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong antara berbuka sampai sahur.
Kurangkan air manis sebab gula pun boleh naikkan asid urik.

Daging kena kawal.
Air kosong kena cukup.

Dua-dua main peranan ✅

APA TUJUAN PUASA?Allah dah sebut jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:“Diwajibkan atas kamu berpuasa… supaya kamu berta...
25/02/2026

APA TUJUAN PUASA?

Allah dah sebut jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:
“Diwajibkan atas kamu berpuasa… supaya kamu bertaqwa.”
(2:183)

Maknanya apa?
Puasa bukan sekadar tahan lapar.
Target dia satu — TAQWA.

Lepas tu Allah sambung dalam Surah Al-Baqarah ayat 2:
“Kitab ini tiada keraguan padanya, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(2:2)

Ulama tafsir huraikan, taqwa ni maksudnya:
👉 Bersungguh-sungguh pelihara diri daripada azab Allah
👉 Buat semua yang Allah suruh
👉 Tinggal semua yang Allah larang

Bukan buat yang senang saja.
Bukan ambil yang kita s**a saja.

Allah tanya keras dalam Surah Al-Baqarah ayat 85:
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain?”

Islam ni bukan buffet line.
Bukan boleh pilih ikut selera.

⏰ Lima hari dah puasa (atau berapa hari pun dah jalan). Mai kita check diri sikit..

Ada berubah ka kita?
Solat makin jaga ka?
Mulut makin bersih ka?
Atau masih selamba tinggal perintah, buat larangan macam biasa?

Kalau masih tak kisah buat benda Allah larang,
something wrong dengan puasa kita.

Sebab puasa yang betul, dia akan lembutkan hati.
Dia akan takutkan kita pada dosa.

Allah dah pesan:
“Jangan ikut jejak langkah syaitan.”
(2:168)

Tapi Ramadan ni pun kita boleh lagi membazir makan. Membeli juadah melampaui batas. Berbelanja sewenang-wenang. Buffet penuh meja, brp b*k masuk tong sampah? 😨

Sedangkan Allah kata dalam Surah Al-Isra’ ayat 27:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara-saudara syaitan.”

Nak jadi saudara syaitan ka?
Atau nak jadi orang bertaqwa?

Lepas ni musim raya p**ak mai.
Shopping sakan.
Baju nak lima pasang.
Mercun puluh, ratus ringgit bakar macam tu saja.
Hiburan tak jaga batas.

Dalam pakaian, ikut syariat ka?
Atau ikut trend?

Taqwa bukan bulan puasa saja.
Taqwa tu cara hidup.

Allah kata dalam Surah Al-Baqarah ayat 208:
“Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan.”

Keseluruhan tu maksudnya semua.
Ibadah, ekonomi, makan minum, pakaian, hiburan, muamalat — semua.

Bukan ambil yang manis saja, tinggal yang pahit. Buat yg s**a shj, yg tak ngam dgn selera tak ikut.

Jadi mai kita sembang jujur sikit dengan diri sendiri.

Puasa kita ni,
betul-betul mendidik taqwa ka?
Atau sekadar tahan lapar, tunggu azan Maghrib?

Ramadan ni madrasah.
Kalau keluar Ramadan tak berubah, rugi besaq.

Jom sama-sama semak nilai puasa kita.
Tak payah tengok orang lain.
Tengok diri kita dulu.

Moga Allah bagi kita capai taqwa sebenar-benar taqwa 🤲

- Diet Sihat Club, Jitra 💚

Autophagy
23/02/2026

Autophagy

Autophagy Waktu Puasa – Apa Jadi Dalam Badan Kita?

Ramai ingat bila puasa lama, badan jadi lemah dan rosak.

Sebenarnya… bila puasa lebih kurang 12–14 jam, badan mula tukar mode.

Bila gula simpanan dah habis:
➡️ Insulin turun
➡️ Badan mula guna lemak
➡️ Proses “autophagy” mula aktif

Autophagy ni bahasa mudahnya:
Badan buat kerja pembersihan dalaman.

Sel rosak, protein tak elok, sisa dalam sel — semua ni akan dikitar semula jadi tenaga.

Sebab tu orang yang puasa dengan cara betul:
✔️ Lemak visceral mula berkurang
✔️ Sensitiviti insulin jadi lebih baik
✔️ Badan rasa lebih ringan

Kalau makan 5–6 kali sehari tanpa henti?
Badan sibuk hadam makanan je.
Mode pembersihan ni susah nak aktif.

Tips penting masa berbuka:
Jangan terus melantak manis.
Gula tinggi akan spike insulin dan hentikan proses pembakaran lemak.

Buka dengan air kosong, kurma sikit.
Lepas tu protein + sayur dulu.
Baru badan stabil.

Puasa bukan sekadar tahan lapar.
Ia bagi peluang badan repair dari dalam.

Diet Sihat Club, Jitra 💚
Kami sediakan program bimbingan Pemakanan Seimbang. Tanya kami bagaimana?

Autophagy Waktu Puasa – Apa Jadi Dalam Badan Kita?Ramai ingat bila puasa lama, badan jadi lemah dan rosak.Sebenarnya… bi...
23/02/2026

Autophagy Waktu Puasa – Apa Jadi Dalam Badan Kita?

Ramai ingat bila puasa lama, badan jadi lemah dan rosak.

Sebenarnya… bila puasa lebih kurang 12–14 jam, badan mula tukar mode.

Bila gula simpanan dah habis:
➡️ Insulin turun
➡️ Badan mula guna lemak
➡️ Proses “autophagy” mula aktif

Autophagy ni bahasa mudahnya:
Badan buat kerja pembersihan dalaman.

Sel rosak, protein tak elok, sisa dalam sel — semua ni akan dikitar semula jadi tenaga.

Sebab tu orang yang puasa dengan cara betul:
✔️ Lemak visceral mula berkurang
✔️ Sensitiviti insulin jadi lebih baik
✔️ Badan rasa lebih ringan

Kalau makan 5–6 kali sehari tanpa henti?
Badan sibuk hadam makanan je.
Mode pembersihan ni susah nak aktif.

Tips penting masa berbuka:
Jangan terus melantak manis.
Gula tinggi akan spike insulin dan hentikan proses pembakaran lemak.

Buka dengan air kosong, kurma sikit.
Lepas tu protein + sayur dulu.
Baru badan stabil.

Puasa bukan sekadar tahan lapar.
Ia bagi peluang badan repair dari dalam.

Diet Sihat Club, Jitra 💚
Kami sediakan program bimbingan Pemakanan Seimbang. Tanya kami bagaimana?

GULA PUTIH vs GULA PERANGRamai dok ingat gula perang lagi sihat.Hakikat sebenar?Gula perang = 95% gula putih + 5% molase...
23/02/2026

GULA PUTIH vs GULA PERANG

Ramai dok ingat gula perang lagi sihat.
Hakikat sebenar?

Gula perang = 95% gula putih + 5% molases je.
Kalori lebih kurang sama.
GI pun tinggi dua-dua.

Masuk badan:
➡️ Cepat hadam
➡️ Insulin spike
➡️ Gula darah melambung naik

Putih ka perang… kesan sama.

Bila insulin tinggi, badan susah nak bakar lemak.
Dia fokus simpan gula dulu.
Sebab tu gula ni memang spoil proses turun berat.

Badan kita tak kenal warna.
Dia kenal gula.

Nak sihat bukan tukar warna,
tapi kurangkan kuantiti.

Kurang manis.
Suku gula.
Lagi cun — tak letak terus.

Diet Sihat Club, Jitra 💚
Kami sediakan program bimbingan Pemakanan Seimbang. Tanya kami bagaimana?

Kek Coklat Berprotein + Ubi Purple 🍠🍫Tekstur padat, rasa “fudgy”, kenyang lebih lama—sesuai untuk yang nak dessert tapi ...
26/01/2026

Kek Coklat Berprotein + Ubi Purple 🍠🍫

Tekstur padat, rasa “fudgy”, kenyang lebih lama—sesuai untuk yang nak dessert tapi masih jaga nutrisi.

❌ Tanpa tepung
❌ Tanpa gula putih tambahan
✅ Diperkaya dengan Formula 1 Nutrisi Chocolate
(ada serat, 24 vitamin & mineral)

📦 Hanya 15 pack sahaja
💰 RM11 / pack

Dapatkan di Cafe Diet Sihat, Jitra.
Siapa cepat, dia dapat 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️

La ni musim kenduri sana-sini kan..makan berlemak, bersantan, manis-manis 😅perut rasa penuh, kembung, tak selesa kan?Haa...
01/01/2026

La ni musim kenduri sana-sini kan..
makan berlemak, bersantan, manis-manis 😅
perut rasa penuh, kembung, tak selesa kan?

Haa… mai pekena JUS DETOK Diet Sihat ni p**a.. bagi perut rasa ringan & lega sikit. InshaaAllah

Diperbuat daripada gabungan bahan asli & segar:
🥕 Carrot
🍊 Oren
🍋 Lemon
🥒 Timun
🥬 Seleri
🍏 Epal
🌿 Kunyit & Halia
🌱 Aloe Vera
🌾 Mixed Fibre + Inulin

✅ SUMBER ASLI
✅ 100% SEMULAJADI
❌ TANPA GULA
❌ TANPA PENGAWET
❌ TANPA PEWARNA

Sesuai minum lepas kenduri,
lepas makan berat, atau nak reset balik perut bagi rasa selesa semula 👍

👉 kpd eminat makanan Diet Sihat Jitra. Disini admin buat grup wasap utk update menu2 harian dan terkini.

Jika ada pertanyaan sila pm direct kami admin dlm grup ni.

❗️Kami buat grup ni hanya admin shj boleh send msg supaya mengelakkankan spamming. Tidak dibenarkan salah guna num rakan2 yg ada di dlm grup ini. Jika ada sesiapa wasap anda dari grup ini selain drpd admin, tolong laporkan kpd kami dan jangan layan. Tkasih 👌🏼🤗

Klik link utk masuk grup wasap Update Menu Diet Sihat Jitra 👉🏼 https://chat.whatsapp.com/Gfqj2lKKTez3hlFQTLz05f

Konjac Goreng Cinahaa ni bukan guna beras ya. Tp guna ubi konjac. So anda bleh merasa mcm mkn goreng tapp kalori x lebih...
16/11/2025

Konjac Goreng Cina
haa ni bukan guna beras ya. Tp guna ubi konjac. So anda bleh merasa mcm mkn goreng tapp kalori x lebih drpd 150kcal shj.
Dpt 15gm protein ✅
Harga RM8.50
Apa Itu Konjac?
• Konjac ialah sejenis umbi akar tanaman bernama Amorphophallus konjac.
• Diolah menjadi produk seperti mi shirataki, nasi konjac, atau jelly.
• Mengandungi glucomannan – sejenis serat larut air yang sangat tinggi.
🍽️ Kenapa Konjac Pop**ar Dalam Diet?

✅ Sangat Rendah Kalori
• 100g mi atau nasi konjac hanya sekitar 10–20 kcal sahaja!
• Sesuai ganti nasi putih (±110 kcal per ½ cawan)

✅ Tinggi Serat (Glucomannan)
• Membantu rasa kenyang lebih lama, mengurangkan selera makan
• Baik untuk sistem penghadaman dan usus

✅ hampir zero Karbohidrat food
• Walaupun bertekstur seperti mi/nasi, ia hampir tiada karbohidrat yang diserap tubuh

✅ Glikemik Indeks Sangat Rendah
• Tidak menyebabkan lonjakan gula darah → stabilkan tenaga dan bantu elak craving

✅ Mudah Diolah
• Boleh dimasak seperti mi sup, goreng kering, atau ganti nasi dalam bento box
Mai mai singgah Cafe Diet Sihat, Jitra Kedah
Buka 7pagi-3ptg.
6 hari seminggu. Sabtu cuti.
* menu mungkin berbeza hari ke hari

Address

No 50, Komplek PJ1
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 07:30 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diet Sihat Club Jitra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share