Rooibos Tea Health Builder Changlun Kedah

Rooibos Tea Health Builder Changlun Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rooibos Tea Health Builder Changlun Kedah, Jitra.

Kena jumpa doktor ke?https://www.facebook.com/109260467217942/posts/438487600961892/
31/01/2022

Kena jumpa doktor ke?

https://www.facebook.com/109260467217942/posts/438487600961892/

Bila nak pergi jumpa doktor ya?
Personally saya berpendapat lawatlah sekerap mungkin JIKA PERLU.Tapi tak semestinya ambil ubat setiap masa..Apa yang lebih bernilai daripada ubat ialah masa kita bersama doktor kita, kenal sakit kita dan bekerjasama ke arah pemulihan. .
Demam dan sakit flu biasa, selsema dan sakit tekak.
Pada saya rehat, minum air secukupnya serta pilih makanan padat nutrisi yang toyyib sudah mencukupi.
Demam suhu rendah, atau sakit kepala sedikit...tak perlu pun panadol atau apa-apa ubat tahan sakit kebiasaannya.. Suhu badan yang naik dan sakit itu petanda bahawa badan kita perlu berehat dan nutrisi yang secukupnya.
Perlu kita ingat, SETIAP UBATAN ada kesan sampingannya.. Janganlah makan ubat macam gula-gula p**a ya. Bincang dengan doktor tentang keperluan ubatan dan kesan sampingannya. Buat PILIHAN TERMAKLUM (informed choice) dengan bijak.
Rehatlah..nescaya badan kita secara fitrahnya akan pulih sendiri (self heal) dibantu dengan air dan nutrisi yang penting. Sebab tu masa kita sihat ni kena betul-betul jaga pemakanan dan stres.
Ada pengecualian juga...Contohnya kes denggi atau wabak. Itu memang perlu pemantauan rapat. Jika demam teruk di kawasan wabak, eloklah periksa darah untuk pemantauan rapat.
Apa yang penting ialah kita tahu apa yang berlaku terhadap badan kita dan kaedah mengatasinya...dengan bantuan doktor, nurse, dietitian dan sebagainya.
Berlaku adil lah kepada badan kita dengan menjaga kesihatan diri dan keluarga kita kerana ia adalah amanah daripada Allah.
Hafiz Sulaiman,
- Pejuang Kesihatan.




Punca masalah anginhttps://www.facebook.com/109260467217942/posts/442048530605799/
25/01/2022

Punca masalah angin

https://www.facebook.com/109260467217942/posts/442048530605799/

EJEN SARAF BADAN SEBABKAN ANGIN. GERD & EKZEMA
----------------------------------------------------------------------------
Memang saya akui teori saya bahawa kondisi "angin" itu sebenarnya alahan adalah tidak dibuktikan saintifik. Sudah tentulah tak mainstream, kondisi angin tu sendiri tak diakui perubatan moden.
Ini tidak bermakna kondisi angin tidak wujud.Pak Mat takkan komplen lepas makan terung, sendi-sendi jadi sakit. Puan Aini takkan stres meroyan, sakit-sakit badan bentan lepas makan durian.
Kondisi angin ini memang sebijik menepati simtom alahan. Ejen saraf yang sebabkan ALAHAN dan RADANG ialah HISTAMIN.
Histamin ada di seluruh badan.
Histamin dihasilkan oleh darah putih, saraf dan juga daripada sumber makanan berprotein tertentu.
Ramai orang tak yakin teori ini sebab mindset kita yang samakan alahan ni cuma gatal, bengkak dan ruam.
Walhal dalam kajian saintifik membuktikan ejen saraf HISTAMIN ini bukan saja berkait "alahan", tetapi juga migrain, senggugut, radang gastrik, reflux (GERD), radang usus (IBD), autism, depresi, OCD, susah tidur (insomnia), sakit sendi rheumatoid, dan bermacam-macam lagi penyakit diluar kerangka penyakit alahan yang kita biasa dengar.
Alahan bukan semata gatal kulit, bengkak mata dan sesak nafas! Semua sistem badan boleh terlibat bila paras histamin badan terlalu tinggi diluar fitrah.
Bukankah semua simtom yang saya sebutkan di atas adalah petanda angin?
Apa yang lebih menarik ialah kajian saintifik mutakhir menunjukkan alahan dan gangguan imuniti badan ini berpunca daripada perut tak sihat. Sama lah dengan punca angin..Dari perut juga.
Penawarnya di perut.
Maka jomlah kita pulihkan kesihatan perut untuk pulihkan ALAHAN a.k.a ANGIN a.k.a. BENTAN a.k.a apa-apa yang sewaktu dengannya.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Kenapa tak digalakkan ambil multivitamin?https://www.facebook.com/109260467217942/posts/443711797106139/
19/01/2022

Kenapa tak digalakkan ambil multivitamin?

https://www.facebook.com/109260467217942/posts/443711797106139/

KENAPA TAK GALAKKAN MULTIVITAMIN UNTUK EKZEMA, GERD DAN ALAHAN LAIN.
--------------------------------------------------------------------------
"Doktor, kenapa lepas makan multivitamin makin flare? Vitamin banyak-banyak kan bagus..pantang nanti risau tak cukup zat".
Bukan tak boleh cuba-cuba..kesian sangat kalau ekzema jadi lebih teruk. Orang dewasa kena angin GERD pun saya kesian juga..teruk nak hadap kalau jadi teruk.
Ada banyak SEBAB SAINTIFIK dan PENGALAMAN KLINIKAL kenapa saya begitu teliti. Banyak orang tanya..boleh ke makan tambahan suplemen ni? Sikit sangat suplemen dalam protokol.
Tanggungjawab berat tu..Kalau silap syor, ekzema flare..menderita malam-malam menggaru..Sebab tu saya dan team saya tak mudah-mudah syorkan suplemen tanpa tahu kesan sampingan, dos, interaksi dengan bahan lain, krisi kesembuhan dan macam-macam.
Kita kena stop suggesting suplemen kalau takde ilmu mengenai suplemen dan dinamik.sakit angin, ekzema dan GERD. Apa yang baik untuk kita, selalunya tak menjadi untuk orang lain. Saya berani cakap sebab saya dah tengok ribuan kes sejak bertahun.
Dalam kes multivitamin, ada banyak sebab. VitB3, vitB12 terutamanya..
1) Perlu pilih JENIS SESUAI.
2) Perlu TIMING SESUAI.
3) Perlu DOS SESUAI ikut timing dan jenis multivitamin.
Saya nak maklumkan, multivitamin di pasaran memang perlu ambil dengan saranan doktor jika kita ada masalah sakit kronik terutamanya.
Jenis tak sesuai, dos untuk umum bukan orang sensitif..syor waktu ambil pun hanya secara am sahaja.
Bincang dengan perawat bila.nak ambil suplemen multivit, minyak ikan, air "berubat".. Ambil tahu suplemen apa kita ambil. Orang ada angin GERD, ekzema ni super sensitif. Selalu juga..kita tak tahu pun apa sebabkan ekzema kita jadi lebih teruk.
Saya share, tak sikit kes ambil suplemen tanpa tahu kesan..lepas tu menyesal. Ia adalah kes biasa. Jadi stick saja sorang perawat..satu kaedah kita percaya jika tiada kemampuan pelajari dan fahami masalah.
Semoga diberi kesembuhan oleh Allah saya doakan.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang kesihatan.

3 kategori makanan perlu elak jika ada ekzema, angin gastrikhttps://www.facebook.com/109260467217942/posts/4592212955551...
14/01/2022

3 kategori makanan perlu elak jika ada ekzema, angin gastrik

https://www.facebook.com/109260467217942/posts/459221295555189/

3 Kategori Makanan Perlu Elak Untuk Optimum kan Proses Pulihkan EKZEMA, ANGIN, GASTRIK

3 jenis makanan yang kena elak itu

1 Makanan yang naikkan histamin
2 Makanan yang mengalakkan histamin keluar
3 Yang menghalang dari pengeluaran enzim DAO

Semua sudah maklum, nak baiki perut kena pantang makan. Elakkan makanan yang buat kita sakit.

Tidak lama, 2- 3 bulan saja. Selepas itu jika banyak gejala sakit hilang, kita sudah boleh cuba-cuba makanan yang kita pantang sikit-sikit.

Ok, saya senaraikan ya list setiap satu2 kategori ni.

MAKANAN YANG NAIKKAN HISTAMIN

1 - makanan yang diperam, ditapai, dikeringkan
2 - jenis sayur yang berangin (biasa orang pantang bersalin kena elakkan)
3 - makanan yang di tinkan atau di balangkan.
4 - makanan diproses
5 - ikan isi hitam seperti tongkol, ikan termenung, ikan cencaru
6 - kekacang seperti kacang tanah, gajus, dhal, walnut
7 - semua jenis cheese, Mozarella mungkin terkecuali

2 MAKANAN YANG MENGGALAKKAN HISTAMIN KELUAR

1 - Susu lembu
2 - Gandum (roti, kek, biskut)
3 - coklat
4 - pisang, nenas, betik
5 - kekacang
6 - alkohol

3 YANG MENGHALANG PENGELUARAN ANTI HISTAMIN

1 Alkohol
2 Energy drink / minuman untuk tenaga
3 Teh hitam
4 teh hijau
5 produk pencuci, pewangi sintetik



Kebaikan Rooibos Tea.
10/01/2022

Kebaikan Rooibos Tea.

MAKANAN GLUTEN PENCETUS UTAMA ANGIN DAN EKZEMA.. PERLAHAN-LAHAN TANPA KITA SEDARI---------------------------------------...
27/10/2021

MAKANAN GLUTEN PENCETUS UTAMA ANGIN DAN EKZEMA.. PERLAHAN-LAHAN TANPA KITA SEDARI
-----------------------------------------------------------
Ramai sangat orang alah gluten tanpa disedari. Jadi sebab tu protokol untuk ekzema GERD kita wajibkan sebulan dua trial pantang. Banyak perubahan positif insha Allah.
Gluten ni ada dalam makanan bergandum macam roti, roti canai, capati, biskut, kek, kuih, mee, spageti, serta biasa dalam makanan proses.
Gluten merupakan protein dalam makanan gandum yang susah dicerna.Maka ia tidak beri zat kepada badan. Tiada isu tak makan gluten, boleh jadi malnourish.
Sebenarnya ramai penderita ekzema, GERD jadi malnourish sebab takut makan protein..kerana protein berisiko cetuskan alergi atau alahan lebih cepat berbanding gluten dalam roti.
Protein gluten ni kesannya secara perlahan-lahan rosakkan perut..Sebabkan radang panas angin sakit-sakit badan..Bila perut usus rosak, badan kita akan jadi lebih sensitif. Masa ni baru kita tahu gluten ni boleh cetuskan alahan.
Bila perut dah problem.. makan je gluten, perut jadi kembung, badan sakit-sakit..mood jadi tak stabil dan tak keruan.
Masa ni baru kita tahu...protein dalam MAKANAN PALING "ANGIN" dan SEBABKAN SENSITIF sebenarnya ialah GLUTEN.
Senyap-senyap terukkan kondisi kesihatan badan tanpa kita sedari.
Dulu saya sendiri tak sedar pun saya stres emosi..badan saya teruk sangat tahap kesihatan sebab gemar betul gluten ni..apatah lagi bila makan, tak nampak terus pun sakitnya.
Ekzema, GERD, penyakit autoimuniti... penyakit berkait gluten dan histamin ni bukan develop satu dua minggu.Ia hasil BEBANAN STRESS kepada organ badan kita selama bertahun-tahun. Sehinggakan mungkin mengubah epigenetik keturunan kita jadi sensitif dan mudah stres radang.
Jika kita dalam keluarga yang senang "naik angin" dan sensitif angin histamin ni..pantang lah sementara untuk kesihatan diri dan keluarga..
Insha Allah sangat-sangat banyak kesan positif bila pantang makanan bergluten ni.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Testimoni rooibos tea
17/10/2021

Testimoni rooibos tea




Address

Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rooibos Tea Health Builder Changlun Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share