OLIVE HOUSE JITRA

OLIVE HOUSE JITRA Sesudu Nikmat Sebesar Manfaat

Selamat berangkat kepada para duyufurrahman yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini 💚Esok, 18 April me...
17/04/2026

Selamat berangkat kepada para duyufurrahman yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini 💚

Esok, 18 April merupakan permulaan penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci, satu langkah besar menuju perjalanan yang penuh makna.

Semoga setiap perjalanan dipermudahkan, setiap ibadah diterima dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.

Doa kami mengiringi dari tanah air, moga berangkat dengan selamat dan p**ang nanti dengan hati yang lebih tenang serta haji yang mabrur, insyaAllah 🤲

Hidup Aafiyat, Ibadah Nikmat

Jom amal EVOO...
25/12/2025

Jom amal EVOO...

Ramai yang ambil minyak zaitun sebab nak sihat.
Tapi tak semua minyak zaitun beri manfaat yang sama.

Ada yang beli sebab ikut trend.
Ada yang beli sebab dengar ia “baik untuk kesihatan”.

Bila ditanya semula, yang mana satu sebenarnya membantu tubuh kita?

Jawapannya, bergantung pada jenis minyak zaitun yang dipilih.

Kalau tujuan untuk menjaga kesihatan dalaman, bukan sekadar nak masak atau cukup rasa, yang disarankan ialah Extra Virgin Olive Oil (EVOO) atau dikenali sebagai minyak zaitun extra virgin.

Kenapa EVOO?

Kerana ia:
• Diproses tanpa haba & tanpa bahan kimia
• Masih mengekalkan sebatian aktif semula jadi
• Kaya dengan antioksidan, terutama hydroxytyrosol

Antioksidan inilah yang bantu:
• Kurangkan keradangan
• Lindungi jantung (kawal kolestrol, gula dalam darah, tekanan darah)
• Jaga kesihatan sel dalam badan

Sebab itu EVOO biasanya diambil sedikit sehari, bukan dituang banyak sebab kandungan antioksidannya yang tinggi.

“Jadi tak boleh masak dengan minyak zaitun ke?”

Boleh. Cuma tak semua minyak zaitun perlu jadi EVOO.

Untuk masak harian:
• Virgin Olive Oil
• Pure Olive Oil

Sudah memadai dan lebih praktikal dalam suhu sederhana.

EVOO p**a lebih sesuai untuk diambil terus, bukan untuk digoreng panas-panas sebab haba boleh rosakkan zat-zat bahan aktif di dalamnya.

Tapi, penting untuk anda tahu, tak semua minyak zaitun di pasaran sama kualiti.

Ada minyak zaitun yang:
• Dicampur dengan minyak lain
• Diproses terlalu banyak
• Antioksidan hampir tiada

Label “olive oil” pada botol tidak semestinya bermakna ia baik untuk kesihatan.

Sebelum beli, tanya diri sendiri.
• Nak guna untuk apa?
• Nak rasa atau nak kesihatan?
• Ada ke maklumat tentang kandungan antioksidan?

Kadang-kadang kita rasa dah buat pilihan sihat, rupanya salah jenis.

Nak kesihatan → Extra Virgin Olive Oil. Cari yang tinggi antioksidan seperti hydroxytyrosol

Nak masak → guna minyak zaitun ikut fungsi

Jangan beli hanya sebab murah atau label cantik

Semoga perkongsian ini membantu anda membuat pilihan minyak zaitun yang lebih tepat.

25/12/2025

Nak Beli Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Keluarga?
Semak Dulu Sebelum Tekan “Add to Cart”.

Ramai antara kita membeli minyak zaitun dengan niat yang sama, untuk memilih yang lebih sihat untuk diri dan keluarga.

Namun hakikatnya, tidak semua minyak zaitun memberi manfaat kesihatan yang sama, walaupun namanya hampir serupa.

Jika tujuan pembelian adalah kesihatan, gred, cara pemprosesan dan kandungan aktif adalah perkara paling penting untuk difahami.

Extra Virgin Olive Oil (EVOO) ialah gred tertinggi minyak zaitun untuk kegunaan makanan kerana ia diperoleh melalui perahan mekanikal sahaja, tanpa proses kimia dan mempunyai keasidan yang rendah.

Lebih penting, EVOO mengekalkan komponen semula jadi yang dikaitkan dengan manfaat kesihatan, antaranya:
✅️polifenol seperti hydroxytyrosol
✅️antioksidan yang membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif
✅️ lemak sihat (monounsaturated fat) yang menyokong kesihatan jantung

Kajian pemakanan Mediterranean sering mengaitkan penggunaan EVOO dengan:
✅️sokongan kesihatan kardiovaskular
✅️ pengurusan keradangan
✅️ sokongan kesihatan metabolik

Tetapi perlu difahami, tidak semua EVOO sama.

EVOO yang lebih tinggi kandungan polifenol biasanya ️mempunyai rasa pungent dan ️memberikan manfaat kesihatan yang lebih ketara.

Manakala EVOO yang rasanya lebih mild masih sah sebagai EVOO, tetapi paras antioksidannya lebih sederhana. Cuma nilai kesihatannya berbeza.

BAGAIMANA DENGAN GRED LAIN?

- Virgin Olive Oil
Masih minyak perahan buah zaitun, tetapi keasidan dan kualiti sensori lebih rendah berbanding EVOO. Ada manfaat, namun tidak setara EVOO.

- Refined Olive Oil
Minyak yang ditapis untuk membuang bau, rasa dan keasidan. Boleh dimakan, tetapi kebanyakan polifenol telah hilang, menjadikannya kurang sesuai untuk tujuan kesihatan.

- Pure Olive Oil
Campuran refined olive oil dengan sedikit virgin olive oil. Dicipta untuk rasa lebih neutral, bukan untuk manfaat kesihatan.

- Olive Pomace Oil
Dihasilkan daripada sisa hampas zaitun yang telah ditapis. Walaupun boleh dimakan, ia bukan minyak perahan buah dan hampir tiada nutrisi aktif.

⚠️⚠️⚠️Minyak gred lampante p**a bukan minyak makanan dan tidak sesuai dimakan tanpa proses penapisan industri. Ia tidak berada dalam kategori pilihan kesihatan.

Jika minyak zaitun dibeli sekadar untuk memasak biasa, pilihan mungkin berbeza. Namun jika tujuan anda ialah kesihatan jangka panjang keluarga, pilihan yang paling konsisten dengan fakta ialah Extra Virgin Olive Oil yang berkualiti dan tinggi antioksida seperti Olivie Plus 30x yang mengandungi 30x kebaikan antioksida berbanding minyak zaitun biasa.

Alhamdulillah...
23/12/2025

Alhamdulillah...

Address

No 267 Tingkat Bawah Pekan Jitra 2
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

019 424 5376

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE JITRA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share