09/09/2026
Dalam perjalanan membina TDC, saya sedar satu perkara:
Tidak semua orang yang pernah berjalan bersama kita akan terus berjalan bersama kita.
Ada yang memilih jalan lain.
Dan itu adalah pilihan masing-masing.
Saya tidak pernah percaya bahawa seseorang perlu kekal di TDC kerana dipaksa, takut atau terikat dengan seseorang.
Jika suatu hari anda merasakan TDC bukan lagi tempat yang sesuai untuk anda, saya hormati keputusan itu.
Tetapi ada satu prinsip yang saya harap kita semua pegang:
Datang dengan baik. Jika mahu pergi, pergilah dengan baik.
Kerana pada akhirnya, kematangan seseorang bukan hanya dilihat daripada bagaimana dia datang, tetapi juga daripada bagaimana dia memilih untuk pergi.
Kita tidak perlu menjatuhkan tempat lama untuk membina tempat baharu.
Kita tidak perlu merosakkan keyakinan orang lain untuk membuktikan keputusan kita betul.
Dan kita tidak perlu menarik sebuah komuniti keluar hanya kerana kita sendiri memilih arah yang berbeza.
Kita juga tidak perlu memburukkan rumah yang pernah memberi kita tempat berteduh hanya untuk meyakinkan orang bahawa rumah baharu kita lebih baik.
Jika tempat itu pernah memberi kita peluang, pendapatan, persahabatan, pengalaman atau pentas untuk berkembang, sekurang-kurangnya tinggalkanlah ia dengan adab.
Kerana apabila seseorang terpaksa menjatuhkan masa lalunya untuk menaikkan pilihan baharunya, kadangkala itu lebih banyak menceritakan tentang dirinya berbanding tempat yang sedang dijatuhkannya.
TDC dibina hampir 10 tahun bukan oleh seorang Founder sahaja, bukan oleh seorang Leader sahaja, tetapi oleh ribuan manusia yang pernah memberikan masa, tenaga, kepercayaan dan pengorbanan mereka.
Saya akan terus menghormati setiap orang yang pernah menyumbang kepada perjalanan ini.
Pada masa yang sama, sebagai Founder, saya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi komuniti TDC, budaya kita dan masa depan Leader yang masih mahu membina bersama.
TDC tidak akan berperang dengan sesiapa.
Kita akan terus membina.
Kita akan terus memperbaiki sistem.
Kita akan terus melahirkan Leader baharu.
Dan kita akan terus bergerak ke hadapan bersama mereka yang masih percaya kepada perjalanan ini.
Orang boleh datang.
Orang boleh pergi.
Tetapi sistem, nilai dan visi mesti lebih besar daripada mana-mana individu.