30/04/2026
Doaku...
Doa aku setiap kali jumpa pasangan TTC…
tak kira Muslim atau non-Muslim.
Aku berdoa setiap hari…
agar setiap pasangan TTC di dunia ini diberi peluang memiliki zuriat.
Jika belum Engkau izinkan…
pinjamkanlah walau seketika zuriat itu dalam rahim seorang ibu.
Jika masih belum juga,
Just berikanlah mereka dua garis yang mereka nantikan itu.
Jika masih sukar…
kurniakanlah peluang terbentuknya embrio selepas ICSI— kerana ia sebuah permulaan harapan kepada kehidupan.
Dan jika semua ini belum dan sukar untuk Engkau kabulkan,
ya Rabb…
aku tetap memohon…
kurniakanlah mereka zuriat di akhirat kelak.
Amin…
—
Untuk yang pernah buat rawatan dengan aku,
ya… setiap kali IUI, OPU, dan embryo transfer — aku akan baca doa.
Kita usaha sehabis mungkin,
dan akhirnya…
kita berserah 100% kepada-Nya.
aminnn
—
Ya Rabb,
bukan panggilan dato atau tan sri ,
bukan kereta tesla yang aku minta…
tetapi jika Engkau beri, aku tetap terima je..
hehehe
Alhamdulilah
Aku hanya memohon pada Engkau..
makbulkanlah doa aku untuk setiap pasangan TTC ini.
Engkau Maha Penyayang,
Maha Mengetahui,
Maha Pemurah.
—
Terima kasih kepada semua yang masih mengingati aku…
doktor “advanced age” di JB ini.
“Anak-anak angkat” aku…
kalau singgah Toppen atau IKEA, datanglah tegur ayah angkat awak ni...😊
Dr ZharifHussein
Pakar bantu pasangan TTC mengandung
(aku juga pernah melalui fasa TTC)