Humaira' Beauty Shoope

Humaira' Beauty Shoope Page ni khas utk sy promosikn produk2 yg sy jual. Buat masa skrg sy fokus kpd produk kosmetik n brg2 kecantikan yg dijual dgn hrga rndah brbanding org lain

Alhamdulillah.. Barakallah Abe & Kak Ha! Bertambah sorang lagi ahli keluarga😍❤️Meriah sungguh majlis di overseas ni. Riu...
08/02/2022

Alhamdulillah.. Barakallah Abe & Kak Ha! Bertambah sorang lagi ahli keluarga😍❤️

Meriah sungguh majlis di overseas ni. Riuh sekampung. Paling penting makanan sedap😁😋 Majlis bertandang ada 3 jenis laksa. Puas hati lama dok mengidam laksa sedap🤭

17/10/2017

7 CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT SELAMANYA PADA WAJAH

Sis dah share 5 tips sblm ni taw. Nanti baca n jgn lupa LIKE skali😘😘

6. Guna daun senduduk. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

7. Guna daun sirih muda. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

17/10/2017

7 CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT SELAMANYA DARI WAJAH

3. Guna asam jawa Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. Guna madu Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. Guna timun Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Lagi 2 tips je. Korang dah cuba buat tak yg sis share sebelum ni??

❤️❤️Kredit: Maskulin

15/10/2017

7 CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT SELAMANYA DARI WAJAH

1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. Guna lidah buaya (aloe vera) Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang.

Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

Nanti sis sambung lagi next time❤️❤️
Kredit: Maskulin

15/10/2017

CARA HILANGKAN BIJI KOLESTEROL DI MUKA

Salah satu tanda korang ada kolesterol tinggi adalah kewujudkan bintik-bintik atau kutil lemak di sekitar mata dan eyebags. Ini dikenali sebagai xanthelasma.
Walaupun salah satu punca utama xanthelasma adalah kerana kolesterol tinggi, ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, diabetes atau masalah hati. Orang yang mempunyai kolesterol tinggi, sirosis atau diabetes mempunyai risiko yang tinggi mendapat xanthelasma. Dan biasanya yang berumur antara 40 dan 60 tahun mudah dapat xanthelasma.
Macamana nak hilangkan bintik-bintik putih ni?
Boleh hilang.
Tapi, penting untuk korang pastikan punca xanthelasma baru boleh plan rawatan yang sewajarnya. Sebagai contoh, kalau puncanya ialah kolesterol yang tinggi, maknanya korang kena kurangkan tahap kolesterol dulu. Dalam pada itu, boleh juga gunakan kaedah di bawah untuk kurangkan lebam (eyebags) dan bintik putih tadi.
🥗 Bawang putih.
Enzim di dalam bawang putih bantu mengurangkan xanthelasma. Selain dari tu, bawang putih juga boleh kurangkan tahap kolesterol yang tinggi. Dalam Nutrijuice ada ekstark bawang putih 😊.
Hancurkan bawang putih jadi serbuk halus. Tambah sikit air jadikan pes dan tepek pada bawah mata. Biarkan 1 jam sebelum membilasnya.
🍎 Cuka epal (Apple Cider)
Cuka epal boleh kurangkan LDL (kolesterol jahat). Ia cairkan kolesterol dan lemak serta membantu hati dalam mengeluarkan toksin dari badan. Plus, asid asetik dalam cuka bantu mengeluarkan bintik putih bawah mata. Rendam kapas dalam cuka epal cider cuka dan tepek pada kawasan mata. Selotape-kan kapas di mata supaya kekal begitu selama 2 jam, kemudian bilas dengan air suam. Nutrijuice juga ada extract epal 😊.
🍌 Kulit pisang.
Kulit pisang sangat berkesan untuk kurangkan xanthelasma. Potong sekeping kulit pisang masak. Dengan teliti letakkan bahagian dalam kulit ke kawasan xanthelasma. Selotape-kan biar ia kekal begitu semalaman. Esok pagi, bilas.
Kredit to greenaard.myshop

Nak cantik pun kena ikut syarak jugak uolsss. As self reminder jgk💜💛
11/10/2017

Nak cantik pun kena ikut syarak jugak uolsss. As self reminder jgk💜💛

Lumrah buat wanita untuk kelihatan cantik dan bergaya baik didepan suami, mahupun didepan orang ramai. Alatan solek dan produk-produk kosmetik sudah sebati buat mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita lebih banyak menghabiskan wang daripada lelaki semata-mata ingin menjaga penampilannya agar selalu

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!6. WAP PANASLetak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawa...
11/10/2017

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!

6. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.

Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. PEK AIS
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. PES SERBUK KAYU MANIS
Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.

Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

10. MADU
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

11. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

Kredit: Sirap Limau

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!1. PES SERBUK KUNYITTitiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit ...
11/10/2017

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!

1. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. JUS DAUN PUDINA
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. BAWANG PUTIH
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.

Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. UBAT GIGI
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6 tips lagi sis sambung lain kali ye💜💛
Kreadit: Sirap Limau

04/10/2017

👰👰Tips Muka Glowing dan Flawless Secara Semulajadi
#6: Sapukan Larutan Jus Lemon
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.
Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.

04/10/2017

👰👰Tips Muka Glowing dan Flawless Secara Semulajadi

#5: Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)
Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran matahari dari jam 7 pagi hingga 9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba elakkan sinaran matahari selepas waktu ini adalah sangat penting.
Sinaran UV yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan matahari terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.

03/10/2017

👰👰Tips Muka Glowing dan Flawless Secara Semulajadi
#4: Menggunakan Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit, terutaman sekali pada kulit muka anda.
Untuk tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.

03/10/2017

👰👰Tips Muka Glowing dan Flawless Secara Semulajadi

#3: Beras Pulut sebagai Masker
Beras pulut adalah sejenis beras yang anda boleh dapati secara mudah di pasar-pasar. Bukan pulut yang dah dimasak dan boleh terus dimakan ya! Untuk tips ini yang akan dapat memberikan anda muka glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut tersebu dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan.
Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut supaya menjadi seperti serbuk bedak. Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering untuk seketika waktu dan basuh dengan air bersih.
Amalkan tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, gebu, anggun dan bergaya.

Address

Johor Bahru
81300

Telephone

0137927176

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Humaira' Beauty Shoope posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share