03/10/2026
KAFEIN & HISTAMIN — Kenapa Ada Orang Minum Kopi Terus Berdebar, Resdung atau Anxiety?
Ramai orang sangka semua orang sesuai minum kopi atau minuman berkafein.
Sebenarnya tidak semestinya.
Bagi sesetengah individu yang sensitif — terutama yang mempunyai masalah:
• usus / gastrik / IBS
• anxiety atau mudah berdebar
• eczema atau gatal kulit
• resdung
• migrain
• reflux
• “histamine intolerance”
…kafein kadang-kadang boleh menyebabkan simptom menjadi lebih teruk.
Kenapa ini boleh berlaku?
Kafein boleh merangsang sistem saraf dan meningkatkan hormon stres seperti adrenalin serta kortisol.
Pada sesetengah orang, keadaan ini boleh menyebabkan “mast cells” menjadi lebih aktif lalu melepaskan HISTAMIN dengan lebih banyak.
Histamin ialah bahan kimia yang terlibat dalam:
• alergi
• keradangan
• resdung
• gatal-gatal
• migrain
• reflux / gastrik
• cirit-birit
• jantung berdebar
• anxiety
Sebab itu ada orang selepas minum kopi:
1. kepala jadi berat
2. jantung mula laju
3. dada rasa tidak selesa
4. hidung tersumbat
5. gastrik atau reflux jadi teruk
6. rasa gelisah atau anxious
Bukan semua orang akan mengalami keadaan ini.
Tetapi jika badan memang sudah sensitif, meradang atau usus sedang bermasalah… kafein kadang-kadang menjadi “pencetus tambahan” yang membuat simptom semakin ketara.
Kadang-kadang bukan kopi itu “jahat”
Tetapi badan kita sedang memberi signal bahawa sistem tubuh memerlukan pemulihan.
Jadi berhati-hati dengan kopi anda.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor dan Coach Wellness A'fiyat
Jom sertai group wassap KELAB SIHAT DR ZUBAIDI untuk perkongsian informasi kesihatan, pemakanan,dan ubat-ubatan setiap hari. Boleh bertanya jika ada soalan dan kekeliruan.
www.wassap.my/60197022391/JOINKELABWASSAP