Pemburu Saka

Pemburu Saka 60127359838

11/07/2021

Asalamualaikum
jom share kes rawatan. Diganggu oleh ilmu sendiri.
pernah rawat satu kes yang agak berulang-ulang dan antara yang berat ada seorang perempuan yang berumur 50an ..
dia seorang yang membuat kerja² yang berhubung dengan pelanggan dan juga berhadapan dengan pelanggan² yang besar semasa waktu umur 20-an..
Dulu beliau telah mengambil banyak ilmu seperti untuk pelaris, pendinding juga ilmu-ilmu yang lain untuk kekayaan peribadi..

beliau telah banyak berjumpa merata-rata tempat...berbagai-bagai ilmu..pelbagai bagai bomoh ataupun perawat perawat Tidak kira yang digelar Islam atau menggunakan ayat-ayat Quran..

pada ketika umur dia telah masuk awal 40-an mula merasakan sesuatu di badan yang tidak selesai Ataupun sakit yang kerap berulang-ulang tapi tidak dapat dikesan oleh doktor..
Dia telah mengidap selama beberapa tahun tapi dia menganggap kan sakit ini seperti Sakit orang-orang biasa yang telah berumur...
Sakitnya berlarutan sehinggalah antara hujung-hujung 40-an dia telah merata-rata mencari untuk membuang dan membersihkan diri daripada sakit-sakit keturunan seperti saka dan juga ilmu-ilmu yang pernah di ambil oleh Nya masa dulu..

Oleh sbb dia telah mengetahui yang benda ini mmg memakan beliau diperkenalkan oleh seorang kawannya yang pernah merawat dengan saya...
dia telefon lalu menceritakan apa yang terjadi..
Saya minta gambar untuk cek..
saya nampak banyak jin di kelilingnya yang berbagai-bagai rupa bentuk..lebih-lebih lagi kebanyakan nya nenek kebayan kerana dia pernah mengambil ilmu untuk berubat diri sendiri dan juga cuba cuba belajar untuk merawat orang lain..
berbagai-bagai minyak juga yang pernah diambil ..
banyak jerangkung yang datang daripada minyak yang dibaca oleh perawat untuknya..tujuan dijadikan keuntungan sedikit bagi dirinya suatu ketika dan masa merawat,walaupun menggunakan ayat al-quran.

Saya merawatnya dengan keadaan yang Susah juga Walaupun kes ini kes berat tapi saya lakukan juga disebabkan beliau betul-betul bersungguh untuk mengubati dirinya..

Masa tu saya bunuh jin yg ganggu..buat operation ghaib diseluruh tubuh badannya.. Saya mencari jin yang melakukan menyebabkan sakit..
rupa-rupanya dia pun pernah juga di sihir..
tapi dia tidak tahu oleh kerana sebab badannya pun dah mula terasa sakit sehingga dia tak dapat membezakan..
dia pernah di operation di bahagian perut akibat ketumbuhan dalam rahim..

merawatnya dalam masa yang panjang lebih kurang dalam empat jam..secara pelahan pelahan beransur-ansur sampailah selesai..
apabila selesai Dia merasakan sangat ringan dan sangat lapang ... Seolah² terlepas tu daripada sesuatu yang membelenggu hidupnya..badannya merasa berpeluh dan rasa sejuk tidak seperti hari-hari biasa...
kes telah berlaku lebih kurang dalam setahun lepas Alhamdulilah dia telah pulih selepas 1 bulan lebih rawatan kerana fizikalnya pun juga telah ada kesan-kesan yang teruk daripada akibat daripada gangguan gangguan.. Itu antara kes yang berulang-ulang yang saya hadapi Alhamdulillah Selesai juga itu saja yang saya kongsikan hari ini

Dari

Saka hunter
Faizal hasim

Kesihatan adalah antara harta yg berharga..
Rawat sebelum terlambat...

Address

Johor Bahru

Telephone

+60127359838

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemburu Saka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share