Farmasi Klinik Kesihatan Ulu Tiram

Farmasi Klinik Kesihatan Ulu Tiram Page ini untuk perkongsian info berkaitan ubat ubatan khususnya untuk pesakit KK Ulu Tiram

Tahukah anda, penggunaan inhaler dengan teknik yang betul sangat penting untuk memastikan penyakit asma atau penyakit pa...
28/08/2026

Tahukah anda, penggunaan inhaler dengan teknik yang betul sangat penting untuk memastikan penyakit asma atau penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) terkawal?

Terdapat pelbagai jenis inhaler yang digunakan dalam rawatan dan setiap satu dengan cara penggunaan yang berbeza. Pastikan anda tahu cara menggunakannya dengan betul untuk memastikan penyakit anda terkawal sepenuhnya!

Tonton siri video penuh teknik penggunaan inhaler yang betul di playlist YouTube kami:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLy7a0s6nid_W_Adqb_L_bDVJEulB7FGDr

✅ Metered Dose Inhaler (MDI)
✅ Spacer dengan Corong Mulut (Mouthpiece)
✅ Spacer dengan Corong Muka (Face Mask)
✅ Turbuhaler
✅ Respimat
✅ Accuhaler
✅ Breezhaler
✅ NEXThaler
✅ Ellipta

Siri video ini dibawakan khas oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Persatuan Torasik Malaysia.


📷 Sumber: FB Kenali Ubat Anda

Cara guna inhaler yang betul amat penting untuk memastikan ubat sampai ke paru-paru dengan berkesan dan membantu mengawal penyakit asma serta penyakit paru-p...

Hanya dengan 1 klik, anda akan menemukan pelbagai info ubat-ubatan!!
15/08/2026

Hanya dengan 1 klik, anda akan menemukan pelbagai info ubat-ubatan!!

Ketahui cara pengambilan ubat yang betul dengan satu klik.

Salam sejahtera, Dengan perisytiharan Cuti Peristiwa oleh Menteri Besar Johor, oleh itu, Unit Farmasi Klinik Kesihatan U...
12/07/2026

Salam sejahtera,

Dengan perisytiharan Cuti Peristiwa oleh Menteri Besar Johor, oleh itu, Unit Farmasi Klinik Kesihatan Ulu Tiram TIDAK BEROPERASI PADA 13 JULAI 2026 (ISNIN).

(Kaunter farmasi akan dibuka sebentar untuk pesakit yang kehabisan ubat pada hari tersebut)

Sekiranya anda masih ada baki ubat di rumah, sila habiskan baki ubat di rumah mengikut arahan doktor.

Unit farmasi akan kembali dibuka pada 14 Julai 2026 (Selasa).

Tahniah Bangsa Johor yang keluar mengundi!

10/06/2026

SESI FACEBOOK LIVE MAI KENAI UBAT SIRI 6/2026 @ WELLNESS HUB PERLIS

📆Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
⏱️Masa : 3.30 petang
🏡 page : Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis & Wellness Hub Perlis

💊 INHALER - CARA GUNA BETUL, NAFAS LEBIH LEGA

👉🏻 Pesakit yang menghidap asma biasanya dibekalkan sama ada ubat inhaler (ubat jenis sedutan), ubat oral (ubat melalui mulut) atau kedua-duanya sekali bergantung kepada tahap kawalan penyakit selepas pemeriksaan doktor.

👉🏻 Teknik dan cara penggunaan ubat inhaler adalah penting bagi memastikan keberkesanan ubat. Teknik sedutan yang betul memainkan peranan penting untuk memastikan pesakit menerima jumlah ubat yang optimum seterusnya memberikan hasil yang diingini iaitu kawalan asma yang baik.

👉🏻 Nantikan kupasan lebih lanjut yang akan dikongsi oleh Pegawai Farmasi berkenaan topik ini melalui sesi FB Live Wellness Hub Perlis.

Jangan ketinggalan!

Salam sejahtera, tahniah di atas kemenangan pasukan kebanggaan kita JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sebentar t...
23/05/2026

Salam sejahtera, tahniah di atas kemenangan pasukan kebanggaan kita JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sebentar tadi.

Dengan perisytiharan Cuti Peristiwa oleh Kerajaan Negeri Johor, oleh itu, Unit Farmasi Klinik Kesihatan Ulu Tiram TIDAK BEROPERASI PADA 25 MEI 2026 (ISNIN).

(Kaunter farmasi akan dibuka sebentar untuk pesakit yang kehabisan ubat pada hari tersebut)

Sekiranya anda masih ada baki ubat di rumah, sila habiskan baki ubat di rumah mengikut arahan doktor.

Unit farmasi akan kembali dibuka pada 26 Mei 2026 (Selasa).

Kami sangat berbangga dengan pasukan JDT!!

JANGAN MAIN 'PAM' JE, RUGI UBAT! 🌬️🚫Pernah terfikir kenapa dah guna inhaler tapi rasa macam tak lega-lega? Mungkin tekni...
11/05/2026

JANGAN MAIN 'PAM' JE, RUGI UBAT! 🌬️🚫

Pernah terfikir kenapa dah guna inhaler tapi rasa macam tak lega-lega? Mungkin teknik sedutan kita yang kurang tepat! Kalau ubat cuma sangkut kat tekak, memang membazir je. 😅

Tiga "Key Point" Penting:
✅ Goncang dulu (3-5 kali / 5 saat) bagi ubat sebati!
✅ Tahan Nafas (5-10 saat) supaya ubat sempat sampai ke paru-paru.
✅ Kumur (Khasnya jika anda guna inhaler jenis steroid ya!).

Nak lagi jelas? Jom tengok video demo cara guna yang betul kat sini:
📺 Tonton Video: https://youtu.be/XoxVZ0InJjE?si=NExXUOdvp6oZuPtJ

🔗 Link FB: https://www.facebook.com/share/p/18tpFwSyfM/

Sila SHARE info ni ya, mana tahu ada yang memerlukan.❤️

86 likes, 2 comments. "Teknik Penggunaan Inhaler : Metered Dose Inhaler (MDI)"

24/03/2026

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua, semoga Syawal ini membawa seribu rahmat dan keberkatan.

Untuk makluman, Unit Farmasi Kinik Kesihatan Ulu Tiram akan mula beroperasi seperti biasa mulai esok, 25 Mac 2026.

Sekian, terima kasih

19/02/2026
19/02/2026

Address

Klinik Kesihatan Ulu Tiram, Jalan Tiram 1/2
Johor Bahru
81800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Klinik Kesihatan Ulu Tiram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share