Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor IG: kskjujohor
Tiktok: KSKJUJ

Sebarang info, pertanyaan, maklumbalas boleh diajukan terus pada sekretariat seperti butiran berikut:-

Telefon: 07-2231244
Faks: 07-2238535
Email: [email protected]

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 โ€” Hari yang penuh makna buat seluruh rakyat Malaysia. Marila...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 โ€” Hari yang penuh makna buat seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai perjuangan para pahlawan terdahulu dan terus memupuk semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih maju dan harmoni.

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐ŸŽฏ๐Ÿ“ PERLAWANAN PERSAHABATAN DART & PING PONG KERSPENJ โ€“ KSK JUPEM JOHOR๐Ÿ“๐ŸŽฏAlhamdulillah, telah berlangsung Perlawanan Pers...
08/08/2026

๐ŸŽฏ๐Ÿ“ PERLAWANAN PERSAHABATAN DART & PING PONG KERSPENJ โ€“ KSK JUPEM JOHOR๐Ÿ“๐ŸŽฏ

Alhamdulillah, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Dart dan Ping Pong antara Kelab Rekreasi dan Sosial Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor (KERSPENJ) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM) pada 7 Ogos 2026 di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, persahabatan dan gaya hidup aktif dalam kalangan warga kedua-dua jabatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada KERSPENJ atas penganjuran serta semua warga JUPEM dan KERSPENJ yang telah menyertai dan menjayakan perlawanan persahabatan ini.

Semoga jalinan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh serta dapat diteruskan melalui pelbagai aktiviti pada masa akan datang. โค๏ธ









AYUH SERTAI SEMINAR STRATA 2026!
05/08/2026

AYUH SERTAI SEMINAR STRATA 2026!

PERLAWANAN PERSAHABATAN PERMAINAN TRADISIONAL & DALAMAN DIANTARA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JUPEM JOHOR BERSAMA KELAB REK...
04/08/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN PERMAINAN TRADISIONAL & DALAMAN DIANTARA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JUPEM JOHOR BERSAMA KELAB REKREASI DAN SOSIAL (KERSPENJ), JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, JOHOR ๐Ÿค

Pada 4 Ogos 2026 (Selasa), Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor telah menyertai Perlawanan Persahabatan Permainan Tradisional dan Dalaman anjuran Kelab Rekreasi dan Sosial (KERSPENJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Iskandar Puteri, Tingkat 7, JUPEM Johor. Antara permainan yang diadakan adalah karom, congkak dan batu seremban.

Penyertaan ini telah memberikan peluang kepada warga JUPEM Johor untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama warga JPN Negeri Johor melalui pelbagai aktiviti permainan tradisional dan dalaman dalam suasana yang penuh semangat kesukanan.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, semangat berpasukan dan semangat kesukanan sepanjang program berlangsung.

Semoga jalinan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan melalui lebih banyak program pada masa akan datang.

๐Ÿ“ข *JOM SERTAI SEMINAR STRATA 2026!*๐ŸขโœจAssalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan,Kelab Sukan & Kebajikan JUPEM Johor ber...
28/07/2026

๐Ÿ“ข *JOM SERTAI SEMINAR STRATA 2026!*๐Ÿขโœจ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Kelab Sukan & Kebajikan JUPEM Johor berbesar hati menjemput anda ke Seminar Strata 2026 bersama pakar-pakar industri! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendalami isu perundangan, teknikal, pengurusan, dan pelbagai cabaran berkaitan pembangunan berstrata masa kini.

Butiran Seminar:
๐Ÿ“… *Tarikh: Selasa, 6 Oktober 2026*
โฐ *Masa: 08:00 AM - 05:00 PM*
๐Ÿ“ *Tempat: KSL Hotel & Resort, Johor Bahru*

Pengisian & Pembentangan Eksklusif:
๐Ÿ”น Mohamad Aliff Zaquan & Fatimah Zahrah (PTG Johor): Syarat Nyata, Ismen dan Permit Ruang Udara dalam Permohonan Hakmilik Strata
๐Ÿ”น LSr Looi Kam Seng (JUPEM Selangor): Laluan Keluar Masuk dan Akses Transit dalam Pembangunan Transit Oriented Development (TOD)
๐Ÿ”น LSr Kamarol Azmil (JUPEM Ibu Pejabat): Pengukuran Strata: Isu Teknikal serta Amalan Terbaik
๐Ÿ”น PMgr Mohd Razik (Majlis Perbandaran Kulai): Fi Pengurusan vs. Cukai Taksiran: Manfaat atau Beban kepada Pemilikan Berstrata

๐Ÿ‘ฅ Siapa Yang Patut Hadir?
Pentadbir Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pemaju Hartanah, Juruukur Tanah, Pengurus Harta/JMB/MC, Pengamal Undang-Undang, Institusi Perbankan dan ramai lagi!

๐ŸŒŸ BERITA BAIK UNTUK JTB:
Penyertaan JTB akan memperoleh dua (2) mata CPD dari pihak Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT)!

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: (Termasuk 3x makan dan cenderahati)

Individu: RM650 seorang

Berkumpulan: RM600 seorang

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!
Imbas Kod QR pada poster di atas untuk pendaftaran segera.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeQQfNQ3JBgzINw2QPOjfmdrB0vR2W9gL-nGjC5v0oUmvJjpA/viewform?pli=1

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Saedah: 019 - 791 1646
๐Ÿ“ž Pn Siti Asiah: 013 - 724 5885
๐Ÿ“ž En. Fakhrul: 017 - 824 1428
โœ‰๏ธ E-mel: [email protected]

Tempat adalah terhad! Mohon panjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan industri yang lain. Jumpa anda di sana!

MESYUARAT AJK KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KSK) JUPEM JOHOR BIL. 2/2026 Pada 6 Julai 2026 (Isnin), Kelab Sukan & Kebajikan (...
13/07/2026

MESYUARAT AJK KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KSK) JUPEM JOHOR BIL. 2/2026

Pada 6 Julai 2026 (Isnin), Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bil. 2/2026 di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, JUPEM Johor.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua KSK, LSr Rosli bin Mohammed bagi membincangkan pelbagai agenda penting demi memperkukuhkan kebajikan warga JUPEM Johor serta merancakkan aktiviti kelab.

Salam Maal Hijrah 1448HSemoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, me...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah dan mengukuhkan keimanan.

Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik, meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat dan mengisi kehidupan dengan kebaikan serta keberkatan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat-Nya buat kita semua.

Salam Awal Muharam 1448 Hijrah.

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026 ๐ŸŒ™โœจSemoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, menguatkan ukhuwah dan menyemai keik...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026 ๐ŸŒ™โœจ

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, menguatkan ukhuwah dan menyemai keikhlasan dalam setiap pengorbanan kita.

Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Ikhlas daripada Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor

Address

Johor Bahru
80000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor:

Shortcuts

Share