01/03/2023
Cara saya melatih klien, mungkin tak sama dengan orang lain.
Setiap Jurulatih ada prinsip dan amalan mereka tersendiri.
Tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah. Ia berdasarkan kesesuaian dengan sasaran klien.
Kebiasaannya, klien saya ni bukan datang nak kurus semata-mata.
Mereka ni mempunyai banyak masalah daripada sudut kesihatan.
Ada yang sakit sendi dan otot, ada yang mengalami osteoarthritis, slip disc dan banyak lagi.
Oleh itu, rangka senaman mereka sudah tentu berbeza. Tidak semua program latihan sama.
Antara perkara yang saya pertimbangkan sebelum merangka senaman mereka adalah,
1. Tahap kecergasan.
Saya tidak terus 'lanyak sehingga lunyai'. Saya tidak buat mereka muntah atau serik untuk bersenam. Latihan saya mengikut prinsip "progressive overload"
2. Sasaran.
Ini sangat penting, sebelum program latihan bermula, kami akan berbincang apa sasaran yang nak dicapai. Adakah ianya realistik dan berapa lama tempoh sasaran boleh dicapai. Daripada situ, barulah program latihan yang spesisfik boleh dirangka.
3. Kecederaan.
Sekiranya klien memang datang dengan masalah kecederaan atau mempunyai penyakit. Program mereka kebiasaannya akan dirangka khas sesuai dengan kondisi mereka.
Dan banyak lagi.
Sekiranya kau orang dah cuba macam-macam cara nak kurus atau nak pulihkan sakit sendi dan otot tapi masih tidak berjaya..
Bagi mereka yang di luar Johor Bahru boleh tonton Video Free Training di sini https://reecharge.co/free-training/
Atau mereka yang berada di Johor Bahru, bolehlah PM saya.
Pastikan kau orang betul-betul nak berubah, sanggup berkorban apa sahaja tak kisah dari segi masa, wang dan tenaga.
Bagi yang nak cuba-cuba, sebaiknya jangan klik. Kau orang akan menutup peluang orang lain yang boleh kami bantu.
Kami sangat serius nak bantu gais!
Beginilah,