Klinik ARA 24 JAM

Klinik ARA 24 JAM 24-HOUR CLINIC

05/08/2026

Ramai orang tak s**a ambil darah, tapi dalam kes denggi memang akan lebih kerap ambil darah lagi2 kalau masuk wad. Sebab apa tu?

Alhamdulillah Ahad baru ni CME yang disampaikan Dr Haziq Hakimi dapat himpunkan 50+ doktor. Doktor yang terlepas tapi na...
29/07/2026

Alhamdulillah Ahad baru ni CME yang disampaikan Dr Haziq Hakimi dapat himpunkan 50+ doktor.

Doktor yang terlepas tapi nak akses, boleh klik di sini https://share.klinikara24jam.hsohealthcare.com/?card=1785223472590&page=cme-ara

Terima kasih kepada semua yang turut serta. Semoga CME ini memberi manfaat kepada doctor2 yang join 😊

Yang belum daftar untuk CME Ogos ni boleh daftar di sini 🔗 https://forms.gle/YDTHzayZu7XWh5Rx8

Speaker: Dr Lee Weng Kent
Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 9-10 pagi
Tajuk: Milestones Matter: Spotting Delays Early

Masih ada yang ingat minum air gula semasa hamil akan menyebabkan kencing manis. 🙅‍♀️Ujian MOGTT bukan punca kencing man...
17/07/2026

Masih ada yang ingat minum air gula semasa hamil akan menyebabkan kencing manis. 🙅‍♀️

Ujian MOGTT bukan punca kencing manis. Ia cuma membantu mengesan sama ada badan mengawal paras gula dengan baik atau tidak.

Kalau seseorang ada GDM, ujian ini bantu kesan lebih awal supaya rawatan dan pemantauan dapat dimulakan demi keselamatan ibu dan bayi. 🤰🏻💙

Ini penting kerana GDM yang tidak dikesan atau tidak dikawal boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti bayi besar (macrosomia), kes**aran ketika proses bersalin, kelahiran pramatang, paras gula rendah pada bayi selepas lahir, peningkatan risiko ibu mengalami pre-eklampsia dll

Jadi jangan takut dengan ujian air gula. Yang lebih merisaukan ialah GDM yang tidak disedari atau tidak terkawal

Tempoh hari, sebahagian staf Klinik ARA 24 Jam Seri Kembangan  diketuai Dr Luqman meluangkan masa bersama-sama dalam akt...
16/07/2026

Tempoh hari, sebahagian staf Klinik ARA 24 Jam Seri Kembangan diketuai Dr Luqman meluangkan masa bersama-sama dalam aktiviti hiking santai di Bukit Gasing. 🌿

Tak ada paksaan, semuanya secara s**arela untuk sama-sama kekal aktif dan sihat. 😁

Dear Doctors, Klinik Ara 24 Jam is pleased to invite you to our virtual monthly CME session (July/Aug 2026):CME July 202...
16/07/2026

Dear Doctors, Klinik Ara 24 Jam is pleased to invite you to our virtual monthly CME session (July/Aug 2026):

CME July 2026
Date: 26/7/2026 (Sunday)
Time: 9am-10am
Title: Adenoids & Tonsils: When Primary Care Hands Over
Speaker: Dr. Haziq Hakimi Mohammad Azmi (ENT Surgeon)

CME Aug 2026
Date: 16/8/2026 (Sunday)
Time: 9am-10am
Title: Milestones Matter - Spotting Delays Early
Speaker: Dr. Lee Weng Kent (Paediatrician)
Sessions will be conducted through Google Meet.

PREREGISTER HERE: https://forms.gle/1jkvhfMJQoqMTCqR9

1 CPD point provided for medical doctors through the MyCPD portal. Click on the link above to pre-register. Pre-registration allows us to send timely email reminders about the session. Reminders will be sent to your email one day and one hour before the CME session.

15/07/2026

Soalan yang kerap kami dapat, boleh ke buka buku swasta tapi bersalin kerajaan? Boleh, tak ada masalah. Buku pink kami dan kebanyakan klinik swasta ikut guide yang Klinik Kesihatan sediakan, insyaAllah lengkap.

Kalau ada kesenangan untuk buka buku di klinik swasta, suami boleh teman sama setiap temu janji dan boleh sama2 tengok perkembangan bayi.

Kalau ada mommies di kawasan Kajang/ Seri Kembangan nak buka buku pink, jemput ke Klinik ARA 24 Jam 😉

Boleh hubungi kami untuk temu janji di talian di bawah:
Kajang: https://wa.me/60182194392
Seri Kembangan: https://wa.me/601161528824

Ramai rupanya yang  belum buat PeKa B40 lagi. PeKa B40 ialah program inisiatif kerajaan dan ProtectHealth yang mana ada ...
09/07/2026

Ramai rupanya yang belum buat PeKa B40 lagi. PeKa B40 ialah program inisiatif kerajaan dan ProtectHealth yang mana ada 4 manfaat.

Salah satu manfaatnya ialah saringan kesihatan PERCUMA.

Siapa yang layak?
✅ Penerima STR 40 tahun dan ke atas serta pasangan

Dah buat manfaat pertama, baru boleh unlock manfaat 2,3 dan 4.
🔗Nak semak kelayakan? Boleh cek di sini https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Ada tak mana-mana komuniti perumahan/ masjid atau mana2 syarikat sekitar Kajang / Seri Kembangan / Semenyih nak kami datang untuk buat saringan kesihatan PeKa B40 di kawasan anda? Kalau ada, boleh DM nanti kita bincang lanjut 😉

Alhamdulillah baru2 ni diberikan kesempatan oleh team PAID Hulu Langat untuk buka booth saringan kesihatan asas dan PeKa...
08/07/2026

Alhamdulillah baru2 ni diberikan kesempatan oleh team PAID Hulu Langat untuk buka booth saringan kesihatan asas dan PeKa B40.

Menarik inisiatif team kelab Ukhuwah Kakitangan PAID adakan program ala-ala “The Biggest Loser” untuk bantu staf lebih sihat.

Kalau ada pihak lain, berminat untuk saringan kesihatan contohnya PeKaB40, boleh DM ya. Nanti kita bincang 😉

07/07/2026

3 soalan yang pesakit biasa mesej kami tanya
❓scan awal kehamilan sebab apa?
❓bila sesuai nak buka buku pink?
❓boleh bersalin hospital kerajaan tak?

Kalau ada mommies yang duduk sekitar Kajang/ Seri Kembangan yang berminat nak buka buku pink, boleh hubungi talian kami di bawah 🤗

Seri Kembangan: https://wa.me/601161528824
Kajang: https://wa.me/60182194392

Semalam berakhir kisah seorang legenda di pentas Piala Dunia.Orang masih tak habis-habis berdebat."Siapa lagi GOAT?""Rek...
07/07/2026

Semalam berakhir kisah seorang legenda di pentas Piala Dunia.

Orang masih tak habis-habis berdebat.
"Siapa lagi GOAT?"
"Rekod siapa lagi hebat?"

Yang kutuk2 tu, baru umur 30-an tapi naik tangga pun dah pegang lutut. 😌

Ada ada satu benda pasal Cristiano Ronaldo yang sebenarnya semua orang boleh tiru…
Tak minum alkohol (walaupun dia bukan Muslim)

Dekat Malaysia sendiri, data NHMS 2023 kata 1 daripada 10 orang dewasa minum alkohol.

Yang lebih membimbangkan, dalam kalangan mereka yang minum, 1 daripada 2 minum secara berlebihan.

Mudarat alkohol besar, pada fizikal, mental dan kesan sosial. WHO sendiri pernah sebut - “there is no safe level of alcohol consumption” sebab risiko cancer ada walaupun pengambilan sedikit.

Tak semua orang boleh jadi legenda bola sepak tapi semua orang ada pilihan untuk hidup dengan lebih sihat 💪

Address

D-13-GA Jalan Prima Saujana 2/F, Taman Prima Saujana
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik ARA 24 JAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share