Farmasi MAYA Prima Saujana

Farmasi MAYA Prima Saujana 💬 WhatsApp https://wa.me/601157895185
📱 No. Tel: 60387334481
📍 Alamat:
27, Jalan Prima Saujana 1/1A,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

CARA DISPOSE JARUM INSULIN/ LANCET DI RUMAHAnda ada menggunakan JARUM INSULIN atau LANCET di rumah?Tahu cara yang betul ...
25/08/2026

CARA DISPOSE JARUM INSULIN/ LANCET DI RUMAH

Anda ada menggunakan JARUM INSULIN atau LANCET di rumah?
Tahu cara yang betul untuk buang jarum yang telah digunakan?
Berikut beberapa langkah untuk melupuskan jarum insulin atau lancet dengan betul :

📦 SEDIAKAN BEKAS KHAS
- Guna botol plastik yang tebal dan tidak mudah pecah seperti botol mandian atau sabun pencuci.

💉 MASUKKAN JARUM KE DALAM BEKAS KHAS
- Tutup jarum, pasang semula penutup kecil pada jarum insulin atau lancet jika ada dan masukkan ke dalam bekas yang disediakan.

🔒 LABEL BEKAS
- Tulis TAJAM atau JARUM TERPAKAI atau SHARP pada label botol menggunakan marker pen.

🫙SIMPAN DI TEMPAT SELAMAT
- Pastikan botol diletakkan di tempat tinggi dan jauh daripada capaian kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

💉 SISA JARUM INSULIN DAN LANCET DAH PENUH
- Pasangkan penutup botol dengan ketat dan sempurna serta balut penutup dengan pita pelekat.

🚮 CARA LUPUS
- Balut rapi dengan plastik sampah dan buang ke dalam tong sisa domestik atau
hantar botol tersebut ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat untuk pelupusan sisa klinikal yang lebih selamat.

Salam Maulid Nabi Muhammad SAW 😊اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
25/08/2026

Salam Maulid Nabi Muhammad SAW 😊
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

💧 JENIS AIR CUCI LUKAPenjagaan luka yang betul bermula dengan pemilihan larutan yang sesuai. Setiap jenis air cuci luka ...
23/08/2026

💧 JENIS AIR CUCI LUKA
Penjagaan luka yang betul bermula dengan pemilihan larutan yang sesuai.
Setiap jenis air cuci luka mempunyai fungsi yang berbeza mengikut
keadaan luka.

🩹 1. Larutan Tidak Bersifat Antiseptik
Fungsi: Digunakan untuk membersihkan luka luar yang ringan (Contoh: untuk buang pasir atau darah pada luka).

🦠 2. Larutan Antimikrob
Fungsi: Bertujuan untuk membunuh mikroorganisma dan menghentikan pertumbuhan bakteria.

🧴 3. Larutan Berifat Antiseptik
Fungsi: Digunakan untuk membasmi kuman pada luka dan kawasan sekelilinya ketika cucian pertama.

MASALAH DRESSING MELEKAT PADA LUKA?Masalah dressing melekat pada luka biasanya berlaku apabila cecair luka (eksudat) ker...
21/08/2026

MASALAH DRESSING MELEKAT PADA LUKA?

Masalah dressing melekat pada luka biasanya berlaku apabila cecair luka (eksudat) kering dan bertindak seperti gam.
Keadaan ini boleh merosakkan tisu baru yang sedang sembuh
dan menyebabkan kesakitan teruk apabila balutan dibuka.

CARA MENGATASI DRESSING YANG MELEKAT?
Pilih dressing yang sesuai dengan luka seperti paraffin gauze dressing, contohnya brand jelonet, topseal dan lain-lain.

Ia adalah sejenis pembalut steril (bebas kuman) yang diperbuat daripada kain kasa berjarak jarang dan direndam di dalam bahan paraffin iaitu lilin atau vaseline supaya tidak melekat pada kulit.

Fungsi utamanya adalah:

>Tidak melekat pada luka: Lapisan paraffin mengelakkan pembalut kering dan melekat pada luka baru atau kulit yang sedang sembuh.

>Melembapkan luka: Membantu mewujudkan persekitaran yang baik untuk penyembuhan luka.

>Mengurangkan kesakitan: Memudahkan proses mencuci dan menukar balutan tanpa menyakitkan pesakit.

Pembalut ini sangat disyorkan untuk merawat luka yang seperti:
♦️Luka terbakar atau melecur
♦️Luka melecet
♦️Ulser kulit
♦️Luka pembedahan kecil

APA ITU URTICARIA 🍍Urticaria : keadaan rupa kulit menaik benjolan, rasa gatal, warna merah atau merah jambu, keradangan,...
18/08/2026

APA ITU URTICARIA

🍍Urticaria : keadaan rupa kulit menaik benjolan, rasa gatal, warna merah atau merah jambu, keradangan, dan boleh merebak ke bahagian badan lain secara tiba-tiba.

🍍Kerana akibat dari ada sentuhan langsung dengan bahan alahan

🍍Boleh juga disertai dengan simptom sukar bernafas pening, bengkak pada kawasan bibir, muka, leher, lidah (jika simptom terjadi segera ke kecemasan)

🍍Punca terjadi disebabkan bahan seperti ubat-ubatan
( tahan sakit antibiotik ), makanan laut ,kekacang

🍍Boleh juga disebabkan oleh cuaca sejuk atau panas

🍍Boleh berpunca daripada stress.

Jika simptom ini terjadi, pastikan anda ada
❤️REMDII COOLING CREAM❤️

🍋Mengurangkan rasa gatal
🍋Memudarkan kesan merah- merah
🍋Memberi kelegaan dalam jangka masa yang lama
🍋Memberi kesan yang menyeluruh sehingga ke lapisan bawah kulit
🍋Mengurangkan 50% kegatalan kulit dengan aplikasi pertama

❤️PROMOSI MERDEKA 15% OFF BP MACHINE❤️🩺 PROMOSI ISTIMEWA BLOOD PRESURE MACHINE DENGAN DISKAUN 15%! 🎉Kesihatan adalah pel...
16/08/2026

❤️PROMOSI MERDEKA 15% OFF BP MACHINE❤️

🩺 PROMOSI ISTIMEWA BLOOD PRESURE MACHINE DENGAN DISKAUN 15%! 🎉

Kesihatan adalah pelaburan yang paling berharga. =Kini anda berpeluang memiliki Blood Presure Machine berkualiti dengan DISKAUN 15% untuk tempoh promosi yang terhad!

Sesuai digunakan di rumah, mudah dikendalikan dan memberikan bacaan tekanan darah yang cepat serta tepat. Jadikan pemantauan kesihatan sebagai rutin harian anda demi kehidupan yang lebih sihat dan tenang.

✨ Nikmati diskaun 15% sekarang!

Walk in ke FARMASI MAYA hari ini atau hubungi kami untuk mendapatkan keperluan kesihatan anda hari ini!

💬 WhatsApp https://wa.me/601159132023
📱 No. Tel: 60387334481

📍 Alamat Farmasi Maya:
27, Jalan Prima Saujana 1/1A,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

🥰FARMASI MAYA, RAKAN KESIHATAN ANDA

14/08/2026

BAGAIMANA PROBIOTIK MEMBANTU PESAKIT GASTRIK

🍒Probiotik membantu menghalang pembiakan bakteria
H.pylori daripada menghakis dinding perut menjadi lebih teruk (menyebabkan ulser perut)

🍒Membantu menyeimbangkan bakteria baik di dalam perut dan usus

🍒Membantu mengurangkan simptom asid refluk seperti
;pedih ulu hati , dyspepsia ( rasa tidak selesa / sakit / pedih atas perut), regurgitasi ( proses dimana makanan tak dicerna dengan baik dan naik ke tekak tetapi tidak diiringi rasa loya atau muntah).

🍒Membantu menghakis bakteria jahat contoh H.pylori yang mudah membiak.

🍒Mengurangkan atau melambatkan simptom tak selesa selepas makan makanan berat seperti daging atau makanan mengandungi lemak tepu tinggi seperti burger atau pizza akibat kurang penghadaman.

Walk in ke FARMASI MAYA hari ini atau hubungi kami untuk mendapatkan keperluan kesihatan anda hari ini!

💬 WhatsApp https://wa.me/601159132023
📱 No. Tel: 60387334481

📍 Alamat Farmasi Maya:
27, Jalan Prima Saujana 1/1A,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
🥰FARMASI MAYA, RAKAN KESIHATAN ANDA

PUNCA-PUNCA DAN TIPS UNTUK GASTRIKGastrik atau gastritis ialah keradangan pada lapisan perut yang selalunya disebabkan o...
12/08/2026

PUNCA-PUNCA DAN TIPS UNTUK GASTRIK

Gastrik atau gastritis ialah keradangan pada lapisan perut
yang selalunya disebabkan oleh beberapa punca, antaranya:

1. Pola Pemakanan Tidak Teratur
TIPS : MAKAN KERAP DAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT .

2. Makanan dan Minuman yang Merangsang Asid Perut
TIPS: ELAKKAN MAKANAN PEDAS ATAU AIR GAS.

3.Tekanan (Stress)
TIPS: RANCANG JADUAL HARIAN, MEDITASI ATAU LAKUKAN SENAMAN RINGAN.

4. Penggunaan Ubat Tertentu
TIPS: TUKAR UBAT TAHAN SAKIT KEPADA ALTERNATIF SEPERTI PARACETAMOL ATAU HERBAL SERTA PATCH.

5. Jangkitan Bakteria H. Pylori
TIPS : KERAP CUCI TANGAN, ELAKKAN KONGSI MAKANAN ATAU PERKAKAS.

6. Alkohol Berlebihan
TIPS: KURANGKAN ATAU ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL.

7. Merokok
TIPS: DAPATKAN SOKONGAN DI JOMQUIT PORTAL KKM

8. Kekurangan Vitamin B12 dan Zat Besi.
TIPS: SELAIN MAKANAN SEMULAJADI, DAPATKAN JUGA SUPLEMEN TAMBAHAN YANG BOLEH MEMBANTU KURANGKAN SIMPTOM GASTRIK.

9. Faktor Genetik
TIPS: TAHU SEJARAH KELUARGA & ELAKKAN PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN GASTRIK.

10. Amalan Tidur Tidak Sihat
TIPS: ELAKAN TIDUR SEJURUS SELEPAS MAKAN.

Walk in ke FARMASI MAYA hari ini atau hubungi kami untuk mendapatkan keperluan kesihatan anda hari ini!

💬 WhatsApp https://wa.me/601159132023
📱 No. Tel: 60387334481
📍 Alamat Farmasi Maya:

27, Jalan Prima Saujana 1/1A,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

🥰FARMASI MAYA, RAKAN KESIHATAN ANDA

TANDA-TANDA GASTRIKGastritis ialah keradangan pada lapisan perut yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan ...
10/08/2026

TANDA-TANDA GASTRIK

Gastritis ialah keradangan pada lapisan perut yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan kualiti hidup jika tidak dirawat.

⚠️ Kenali simptom gastrik:

>Sakit atau pedih di bahagian atas perut
>Rasa perut kembung atau tidak selesa
>Loya dan muntah
>Hilang selera makan
>Cepat kenyang walaupun makan sedikit
>Sendawa berlebihan (angin)
>Rasa panas atau terbakar di dada (pedih ulu hati)
>Perut terasa penuh selepas makan (sebu)

🔴DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA:
>Muntah berdarah
>Najis berwarna hitam seperti tar
>Sakit perut yang sangat teruk
>Penurunan berat badan tanpa sebab
>Sukar menelan makanan

TIPS MENCEGAH GASTRIK
✅ Makan mengikut waktu yang teratur
✅ Kurangkan makanan pedas, berlemak dan terlalu masam
✅ Hadkan pengambilan kafein dan minuman berkarbonat
✅ Elakkan merokok dan pengambilan alkohol
✅ Urus tekanan dengan baik
✅ Dapatkan tidur yang mencukupi

"Jangan abaikan sakit perut yang berulang. Dapatkan pemeriksaan
di klinik atau hospital jika simptom berterusan."

Walk in ke FARMASI MAYA hari ini atau hubungi kami untuk mendapatkan keperluan kesihatan anda hari ini!

💬 WhatsApp https://wa.me/601159132023
📱 No. Tel: 60387334481

📍 Alamat Farmasi Maya:
27, Jalan Prima Saujana 1/1A,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
🥰FARMASI MAYA, RAKAN KESIHATAN ANDA

CARA PENYIMPANAN UBAT-UBATAN DI RUMAH 🍓Elakkan kelembapan : elakkan menyimpan kawasan      lembap seperti dalam bilik ai...
30/07/2026

CARA PENYIMPANAN UBAT-UBATAN DI RUMAH

🍓Elakkan kelembapan : elakkan menyimpan kawasan
lembap seperti dalam bilik air mandi ataupun tepi singki.

🍓Pilih tempat dalam kawasan sejuk dan kering

🍓jangan simpan dalam peti ais melainkan terdapat arahan pada produk atau dari ahli farmasi

🍓 simpan dalam tempat berututup
Contoh: dalam almari jauh dari pancaran matahari

🍓Pilih bekas yang sesuai seperti pillbox (mempunyai penutup yang rapi dan ketat)

🍓Elak keluarkan ubat pil dari pek asal

Address

27, Jalan Prima Saujana 1/1a
Kajang
430000

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60387334481

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi MAYA Prima Saujana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share