Syifa Acupuncture Treatment

Syifa Acupuncture Treatment Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syifa Acupuncture Treatment, Kajang.

Kepakaran saya adalah membantu semua lapisan masyarakat menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi melalui kaedah rawatan komplementari seperti akupuntur, bekam, herba, dan sebagainya dengan cara professional, selamat dan berkesan

TMJ ni sendi yang sambungkan rahang bawah dengan kepala. Bila kita buka mulut, kunyah atau menguap, sendi ni yang bekerj...
10/08/2026

TMJ ni sendi yang sambungkan rahang bawah dengan kepala. Bila kita buka mulut, kunyah atau menguap, sendi ni yang bekerja.

Kalau sendi rahang ni bermasalah, biasanya kita boleh rasa sakit dekat rahang atau depan telinga, rahang berbunyi โ€˜klikโ€™, susah nak buka mulut, atau sakit bila mengunyah.

Cuba letak jari dekat depan telinga, kemudian buka dan tutup mulut. Rasa macam ada sesuatu yang bergerak di situ? Ha, itulah kawasan sendi rahang kita.

Inilah TMJ yang sesetengah pesakit meminta untuk dibantu.
TMJ ialah singkatan kepada Temporomandibular Joint, dalam Bahasa Melayu biasanya disebut sendi temporomandibular.

Ia adalah sendi yang menghubungkan tulang rahang bawah (mandibula) dengan tulang tengkorak di bahagian sisi kepala, tepat di hadapan telinga.

Ia membolehkan kita:

* membuka dan menutup mulut
* mengunyah makanan
* bercakap
* menguap
* menggerakkan rahang ke kiri dan kanan
* menggerakkan rahang ke depan dan belakang

Hakikatnya tiada bilangan sesi yang sama untuk semua orang.Biasanya pelan rawatan akupuntur disusun mengikut pesakit ber...
21/07/2026

Hakikatnya tiada bilangan sesi yang sama untuk semua orang.

Biasanya pelan rawatan akupuntur disusun mengikut pesakit berdasarkan diagnosis, sejauh mana parahnya simptom mereka, tempoh masalah, sejarah kesihatan dan tindak balas tubuh terhadap setiap sesi rawatan.

Bagi saya, cara seorang akupunturis itu menerangkan dan berbincang mengapa pesakit itu menghadapi masalah simptom tersebut akan memainkan peranan untuk pesakit itu memutuskan menerima atau menangguh rawatan.

Pada saya keputusan rawatan adalah penting untuk menunjukkan sama ada rawatan yang diberikan berkesan atau tidak. Kita bukan mengajar berapa banyak rawatan itu dilakukan. Tetapi adakah kemajuan rawatan diperolehi atau tidak di dalam pelan rawatan yang dipilih.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

Setiap individu memerlukan pelan rawatan yang berbeza.

Kekerapan sesi akupuntur ditentukan berdasarkan diagnosis, tahap simptom, tempoh masalah serta perkembangan pesakit sepanjang rawatan.

TJC Acupuncture

๐Ÿšจ TERAPIS! TINGKATKAN KETEPATAN DIAGNOSIS & KEBERKESANAN RAWATAN ANDA"Daripada Fundamental โ†’ Diagnosis โ†’ Rawatan โ†’ Penge...
19/07/2026

๐Ÿšจ TERAPIS! TINGKATKAN KETEPATAN DIAGNOSIS & KEBERKESANAN RAWATAN ANDA

"Daripada Fundamental โ†’ Diagnosis โ†’ Rawatan โ†’ Pengesahan Keberkesanan.
Satu Sistem Lengkap untuk Meningkatkan Ketepatan Rawatan Anda."

โœ… Masih mencari point rawatan secara cuba jaya?

โœ… Sukar mengenal pasti punca sebenar masalah pesakit hanya berdasarkan simptom?

โœ… Mahu memberikan rawatan yang lebih tepat, sistematik dan meyakinkan?

Kini masanya anda menguasai HARA DIAGNOSIS, satu kaedah diagnosis berasaskan Akupunktur Jepun (Kiiko Matsumoto Style) yang digunakan oleh ramai pengamal profesional di seluruh dunia.

๐Ÿ”ฅ EKSKLUSIF DI MALAYSIA

Workshop ini bukan sekadar mengajar teknik palpasi, tetapi membawa anda memahami keseluruhan sistem diagnosis dan rawatan, bermula daripada asas (fundamental), proses diagnosis sehingga pemilihan strategi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.

Anda akan mempelajari bagaimana menggunakan palpasi (sentuhan) untuk mengenal pasti ketidakseimbangan tubuh, menentukan punca masalah pesakit, serta memilih point rawatan yang sesuai berdasarkan penemuan klinikal.

Ramai pesakit boleh merasai perubahan semasa rawatan dijalankan apabila diagnosis dilakukan dengan tepat.

APA YANG AKAN ANDA KUASAI?

โœ… Fundamental Hara Diagnosis dari peringkat asas.

โœ… Konsep hubungan Hara dengan organ dan sistem badan.

โœ… Teknik palpasi Hara yang sistematik dan tepat.

โœ… Cara mengenal pasti Reflection Point.

โœ… Teknik Release Point yang efektif.

โœ… Kaedah mengesahkan perubahan sebelum dan selepas rawatan.

โœ… Strategi memilih point rawatan berdasarkan palpasi, anamnesis dan penilaian klinikal.

โœ… Pendekatan diagnosis dan rawatan dalam satu sistem yang lengkap, bukan sekadar menghafal point rawatan.

Aplikasi klinikal untuk pelbagai kes seperti:

โœ”๏ธ Diabetes

โœ”๏ธ Hipertensi

โœ”๏ธ Gangguan Tiroid

โœ”๏ธ Ketidakseimbangan Hormon

โœ”๏ธ Sistem Imun

โœ”๏ธ Gangguan Adrenal

โœ”๏ธ Masalah Organ Dalaman

โœ”๏ธ Kes Ginekologi

โœ”๏ธ Detox

โœ”๏ธ Dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

โœ”๏ธ Terapis Bekam

โœ”๏ธ Pengamal Akupunktur

โœ”๏ธ Perawat Tradisional

โœ”๏ธ Fisioterapis

โœ”๏ธ Terapis Holistik

โœ”๏ธ Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari

โœ”๏ธ Pengamal Kesihatan Integratif

โœ”๏ธ Sesiapa yang serius mahu meningkatkan tahap diagnosis dan keberkesanan rawatan.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

TENAGA PENGAJAR BERTARAF ANTARABANGSA

๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ*Dr. Abdiani Chairat Thamrin*

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Doktor & Akupunkturis Indonesia

โญ Berpengalaman lebih 30 tahun

Pakar dalam:

โœ”๏ธ Kiiko Matsumoto Style

โœ”๏ธ YNSA

โœ”๏ธ Dr. Tan's Balance Method

โœ”๏ธ Zhu's Scalp Acupuncture

โœ”๏ธ Cosmetic Acupuncture

โœ”๏ธ Pelbagai teknik akupunktur moden.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

YURAN PENYERTAAN

๐Ÿ’ฐ RM1,500

๐ŸŽ Diskaun 20% (Penjimatan RM300)

๐Ÿ”ฅ Yuran Promosi: RM1,200 sahaja

๐Ÿ“… Sah sehingga 1 Ogos 2026

โœ… Bayaran secara ansuran diterima.

Selepas tarikh tersebut, yuran kembali kepada harga asal.

โ›” Tempat adalah TERHAD.

Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota dipenuhi.

Jangan tunggu sehingga orang lain menguasai teknik diagnosis ini sedangkan anda masih bergantung kepada kaedah cuba jaya.

๐Ÿ“ข Sertai Kumpulan WhatsApp untuk maklumat lanjut:

๐Ÿ‘‰ https://chat.whatsapp.com/EFuBhqG6WnRKygu2z9z3U3

๐Ÿ“ฒ Hubungi Urusetia untuk pendaftaran:

๐Ÿ‘‰ https://wa.link/gmr00w

๐Ÿ”ฅ Ilmu adalah pelaburan terbaik untuk seorang pengamal kesihatan.

Semakin tepat diagnosis anda, semakin berkesan rawatan yang diberikan. Semakin tinggi kemahiran anda, semakin tinggi keyakinan pesakit terhadap profesionalisme anda.

Daftar sekarang sebelum kuota penuh!

Pernah diberi peluang merasai dan di diagnos sebagai CTS 10 tahun lalu. Subhanallah memang sengsara.Apatah lagi bekerja ...
13/07/2026

Pernah diberi peluang merasai dan di diagnos sebagai CTS 10 tahun lalu. Subhanallah memang sengsara.
Apatah lagi bekerja dalam bidang akupuntur ini memerlukan seseorang akupunturis itu memegang jarum dengan kemas dan tus**an mesti pantas dan tepat.
Apabila diri sendiri merasa tangan sakit menyucuk, rasa seperti ditindih, ditambah ada sesetengah pergerakan yang sakit tidak terperi, sehingga mula terlepas memegang barang, dan rasa sakit mula menjalar sampai ke siku dan ke atas, memang terasa down.

Jangan kata nak pegang jarum, nak pulas stereng kereta, nak pegang kunci, nak makan, nak mandi, nak pakai baju,, memang tak mampu. Allahurabbi... Memang kali ni sendiri serah diri pada akupunturis personal.

Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh sehingga ke hari ini.

Menurut perspektif Perubatan Tradisional Cina, Carpal Tunnel Syndrome (CTS) berlaku apabila aliran tenaga dan darah terganggu di kawasan pergelangan tangan.

Akupunktur digunakan pada titik setempat dan titik berkaitan di sepanjang meridian untuk membantu memulihkan keseimbangan serta menyokong fungsi tangan.

TJC Acupuncture

Pemilihan titik akupuntur untuk masalah lutut sangat penting kerana ianya ada hubungkait dengan organ yang memegang fung...
10/07/2026

Pemilihan titik akupuntur untuk masalah lutut sangat penting kerana ianya ada hubungkait dengan organ yang memegang fungsi dan kestabilan tubuh di dalam dasar ilmu akupuntur.
Ketika saya menerapi pesakit, saya s**a menceritakan perihal organ, dan bagaimana masalah timbulnya penyakit kepada pesakit agar mereka lebih memahami punca penyakit terjadi. Tidak dinafikan gaya hidup termasuk makan, minum, tidur, rehat, stress dan seumpamanya memainkan peranan dalam menyumbang kepada timbulnya penyakit. Tetapi perlu juga diambil kira persekitaran, dan emosi yang selalu dititikberatkan di dalam dasar terapi akupuntur itu sendiri.
Sebab itu mencari akupunturis yang berpengalaman dan dapat menerangkan kenapa masalah tubuh berlaku sangat penting untuk pemulihan.
SIHAT TANPA RISAU
Syifa Acupuncture Treatment

Dengan merangsang aliran darah setempat, mengurangkan keradangan, dan merehatkan otot-otot yang tegang di sekitar lutut, terapi akupuntur ini membantu mempercepatkan proses rehabilitasi.

Selain itu, ia turut membantu mempercepatkan pemulihan selepas menjalani pembedahan artroskopi.

Bayangkan badan kita memakai baju ketat macam lycra di bawah kulit. Jika baju tu licin dan anjal, kita senang bergerak d...
02/07/2026

Bayangkan badan kita memakai baju ketat macam lycra di bawah kulit. Jika baju tu licin dan anjal, kita senang bergerak dengan mudah. Tetapi jika ada bahagian yang berkedut, melekat atau tertarik, pergerakan menjadi tidak selesa dan boleh menyebabkan rasa sakit. Itulah peranan fascia dalam badan.

Jika fascia menjadi ketat, melekat atau meradang, seseorang mungkin mengalami:

* Sakit otot yang s**ar hilang.
* Rasa tegang atau kaku.
* Pergerakan menjadi terhad.
* Sakit yang โ€œberpindah-pindahโ€ ke kawasan lain.

Sebagai contoh, pesakit yang sakit di bahu, tetapi puncanya sebenarnya datang daripada fascia yang tegang di dada atau belakang. Ini kerana fascia saling bersambung di seluruh badan.

Disinilah akupuntur membantu dalam mengembalikan fungsi tubuh ke tahap optimum untuk kesejahteraan hidup yang bebas dari penyakit.

โ€˜SIHAT TANPA RISAUโ€™
Acupuncture Treatment

Fascia yang sihat membawa pergerakan yang sihat, manakala fascia yang tegang boleh MEMBAWA KESAKITAN.

Saya s**a apabila terapi akupuntur bukan saja menjadi satu pilihan untuk pesakit, dalam pada yang sama dapat memberi pen...
30/06/2026

Saya s**a apabila terapi akupuntur bukan saja menjadi satu pilihan untuk pesakit, dalam pada yang sama dapat memberi pendidikan yang baik.
Di klinik TJC Acupuncture kami akupunturis lebih banyak menerangkan bagaimana mekanisme terapi akupuntur membantu mengembalikan sistem tubuh yang seimbang. Tanpa sebarang bahan kimia diletakkan pada jarum atau kawasan tubuh yang mahu diterapi.
Dan ini dapat dilihat, dirasa oleh pesakit dengan mata mereka sendiri. Kelegaan, kegembiraan, kesyukuran dan keselesaan diluahkan oleh pesakit dengan kata-kata; senyuman, dan bahasa tubuh.
SIHAT TANPA RISAU โ˜บ๏ธ

Bagaimana AKUPUNTUR berfungsi untuk kesakitan di otot.

Apabila sistem limfa tidak berfungsi dengan lancar, badan mungkin mula menunjukkan tanda-tanda seperti bengkak, cepat le...
20/06/2026

Apabila sistem limfa tidak berfungsi dengan lancar, badan mungkin mula menunjukkan tanda-tanda seperti bengkak, cepat letih, rasa sembap dan kurang bertenaga.

Walaupun gejala ini kelihatan ringan, ia boleh memberi kesan kepada keselesaan, kecergasan dan kualiti hidup seharian.

Berbincanglah dengan akupunturis anda berkenaan masalah kesihatan yang anda hadapi untuk kehidupan yang lebih baik.

๐ŸŒฟ AKUPUNKTUR & KESEJAHTERAAN TUBUH ๐ŸŒฟ

Tahukah anda?

Sistem limfa merupakan sebahagian daripada sistem semula jadi tubuh yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan menyokong fungsi fisiologi normal.

Apabila berdepan tekanan, keletihan atau rutin harian yang sibuk, tubuh boleh terasa lesu, tegang dan kurang selesa.

โœจ Akupuntur merupakan salah satu pendekatan Perubatan Tradisional Cina yang telah diamalkan sejak sekian lama untuk membantu menyokong kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.

Ramai individu memilih akupuntur sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri kerana ia dapat membantu:

๐Ÿ’œ Memberikan rasa relaks dan tenang

๐Ÿ’œ Membantu mengurangkan ketegangan tubuh

๐Ÿ’œ Menyokong kesejahteraan fizikal dan emosi

๐Ÿ’œ Membantu tubuh berasa lebih segar dan selesa

๐Ÿ’œ Menggalakkan keseimbangan dalam kehidupan harian

Tubuh sentiasa berusaha mengekalkan keseimbangannya. Kadangkala, sedikit masa untuk menjaga diri adalah langkah terbaik untuk kesejahteraan yang berpanjangan.

TJC Acupuncture

15/06/2026

AKUPUNTUR & TIDUR

Kesan terapeutik akupuntur didapati berkait rapat dengan fungsi sistem saraf, yang menunjukkan bahawa akupuntur berpotensi membantu mengawal selia sistem saraf bagi menyokong corak tidur yang lebih baik.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

03/05/2026

Stress akan berhubung dengan imuniti tubuh

Address

Kajang

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:00
Tuesday 09:30 - 12:00
Thursday 09:30 - 12:00
Saturday 09:30 - 12:00
Sunday 09:30 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syifa Acupuncture Treatment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syifa Acupuncture Treatment:

Shortcuts

Share