10/10/2019
Bagaimana peria katak berfungsi terhadap diabetes?
Selain ia berfungsi sebagai antara bahan makanan, peria ini juga telah lama digunakan sebagai ubat herba untuk pelbagai jenis penyakit, termasuklah diabetes jenis 2.
Buahnya mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat-sifat anti-diabetes, termasuklah charantin, yang telah disahkan mempunyai kesan dalam menurunkan glukosa darah, selain vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.
Charantin: Ia adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes. Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside.
Vicine: Ia adalah sebatian glycol alkaloid yang diasingkan daripada biji-biji buah peria ini.
Polipeptida-p: Ia juga dikenali dengan nama p-insulin, yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin. Ia telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain gerbil dan langur apabila disuntik dibawah permukaan kulit. P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan sepertimana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia.
Zat-zat ini berfungsi dan bertindak sama ada secara individu atau bersama untuk membantu mengurangkan kadar gula darah. Peria katak juga diketahui mengandungi kandungan lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan.
Tindakannya adalah sama dengan kesan insulin di bahagian otak. Lektin dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglisemik yang berkembang selepas seseorang individu memakan peria katak.