Klinik Taqwa Bangi

Klinik Taqwa Bangi Your well-being is our business. Kami percaya setiap pesakit mempunyai kehendak yang berbeza. Pusat

“Doktor, breast saya rasa penuh dan berat sangat… tapi bila express, susu keluar sikit je.”Hari tu saya didatangi seoran...
29/08/2026

“Doktor, breast saya rasa penuh dan berat sangat… tapi bila express, susu keluar sikit je.”

Hari tu saya didatangi seorang ibu yang dah tak tahan dengan masalah breast yang asyik bengkak.

Breast rasa berat, keras dan penuh. Tapi peliknya bila express, susu tak keluar dengan baik. Keluar sikit-sikit sahaja.

Bila saya tanya lebih lanjut, rupanya mummy memang dah berusaha macam-macam untuk “banyakkan susu”.

Horlicks, roti jagung, vsoy, kurma merah Cina dan macam-macam lagi milk booster yang orang cakap, semua mummy cuba.

Tapi bila saya assess dan buat pemeriksaan, masalah mummy sebenarnya bukan tak cukup susu.

Susu memang ada.

Cuma pada waktu itu, susu yang keluar sangat pekat dan alirannya tidak lancar. Bila dibantu dengan urutan dan pengeluaran susu yang sesuai, keluar susu yang pekat dan bertali-tali dengan agak banyak.

Saya terus pesan pada mummy:

“Buat masa ni, stop dulu semua milk booster. Kita bukan nak tambah lagi susu. Kita nak bantu susu yang ada ni keluar dengan lebih baik dulu.”

Saya berikan rawatan dan suplemen yang bersesuaian mengikut keadaan mummy.

Apa yang saya nak sampaikan daripada kes ini bukanlah “kalau breast bengkak, maknanya susu pekat.”

Bukan.

Point saya ialah — simptom yang nampak sama, puncanya belum tentu sama.

Kadang-kadang kita stress sebab rasa susu tak cukup. Kita tengok perkongsian orang lain, kemudian kita relate dengan diri sendiri.

“Dia makan ni susu banyak, aku pun kena makan.”

“Dia pump tak keluar sebab susu kurang, mesti aku pun sama.”

Sedangkan keadaan kita mungkin langsung tak sama.

Sebab itu kalau ada masalah penyusuan yang berulang atau tak selesai, dapatkan assessment yang betul.

Jangan terus self-diagnose sebagai “susu aku tak cukup.”

Kadang-kadang susu itu ada.

Kita cuma perlu cari apa sebenarnya yang mengganggu proses penyusuan tersebut dan selesaikan masalah berdasarkan puncanya.

Dalam breastfeeding, tak semestinya kita perlukan lebih banyak susu.

Kadang-kadang kita perlukan assessment yang lebih tepat. 🤍

Dr Aimi Jaafar
MD, IBCLC
Klinik Taqwa Bangi

26/08/2026

Kenapa saya pilih Tiger Milk Mushroom daripada TIGERUS? 🍄🫁

Sebab bila bercakap tentang supplement, saya bukan tengok nama ingredient sahaja. Saya nak tahu apa source dia, ada standardisation tak, ada research tak dan produk tu berdaftar tak.

Tigerus menggunakan Tiger Milk Mushroom (Lignosus rhinocerus) TM02® — strain yang telah digunakan dalam human clinical research, termasuk kajian berkaitan respiratory symptoms, lung function, inflammatory markers dan immune response.

Dan yang penting, produk Tigerus Tiger Milk Mushroom juga berdaftar dengan NPRA dan mempunyai nombor MAL. ✅

Saya s**a approach macam ni.

Bukan sekadar,
“Cendawan ni orang dulu-dulu guna untuk pernafasan.”

Tapi kita dah mula ada science yang cuba memahami bagaimana ia berfungsi dan potential benefitnya untuk respiratory health.

Sesuai dijadikan sebagai support untuk penjagaan kesihatan pernafasan, bukan menggantikan rawatan doktor apabila rawatan diperlukan.

Sebab bila nak pilih supplement, saya tetap pegang satu prinsip:

Jangan sekadar tengok WHAT is inside.
Tengok juga WHICH ONE, HOW MUCH & WHAT'S THE EVIDENCE. 🫁🍄

Keputihan pada kanak-kanak perempuan: Perlu risau ke? 🤔Baru-baru ini saya melihat seorang pesakit perempuan berusia 11 t...
07/08/2026

Keputihan pada kanak-kanak perempuan: Perlu risau ke? 🤔

Baru-baru ini saya melihat seorang pesakit perempuan berusia 11 tahun yang mengadu mengalami keputihan sejak beberapa lama.

Pada awalnya, keputihan itu menyebabkan sedikit iritasi pada kulit. Selepas penjagaan kebersihan dan usaha memperbaiki kesihatan usus, keadaan kulit semakin baik. Kini keputihannya hanya berwarna putih seperti susu, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan yang teruk.

Untuk lebih pasti, kami melakukan ujian saringan vaginal discharge bagi mengesan antara punca jangkitan yang biasa seperti: ✅ Candida (yis) ✅ Gardnerella vaginalis (bacterial vaginosis) ✅ Trichomonas vaginalis

Alhamdulillah, keputusan ujian adalah negatif.

Ini membantu kita menolak beberapa punca jangkitan yang biasa.

Jadi, apakah kemungkinan puncanya?

Bagi kanak-kanak yang hampir memasuki akil baligh, perubahan hormon estrogen boleh menyebabkan penghasilan keputihan yang normal (physiological leukorrhea).

Ciri-cirinya biasanya:
🌸 Warna putih atau jernih.
🌸 Tidak berbau busuk.
🌸 Tidak menyebabkan sakit.
🌸 Tidak disertai demam atau pendarahan.

Keadaan ini selalunya tidak memerlukan antibiotik atau ubat antikulat jika tiada tanda jangkitan.

Namun, jika keputihan:
❗ Berwarna hijau atau kuning.
❗ Berbau kuat.
❗ Disertai kegatalan yang teruk, sakit atau demam.
❗ Berdarah.
❗ Berulang walaupun telah dirawat.
..maka pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah penting.

💡 Kelebihan kit saringan ini ialah ia membantu memberikan keputusan awal dalam masa lebih kurang 15 minit, supaya kita dapat membezakan sama ada keputihan lebih cenderung kepada jangkitan atau bukan jangkitan. Ini membantu mengelakkan penggunaan ubat yang tidak perlu dan membolehkan rawatan yang lebih tepat.

Bukan semua keputihan adalah jangkitan. Kadang-kadang ia hanyalah sebahagian daripada perubahan normal tubuh apabila seorang anak perempuan sedang melalui fasa menuju akil baligh. ❤️

"Doktor, kalau saya menyusu lama, nanti tulang saya jadi rapuh ke?"Ini antara soalan yang saya selalu terima daripada ib...
06/07/2026

"Doktor, kalau saya menyusu lama, nanti tulang saya jadi rapuh ke?"

Ini antara soalan yang saya selalu terima daripada ibu-ibu yang menyusu.

Jawapannya tidak semudah "ya" atau "tidak".

Semasa menyus**an bayi, badan ibu menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai nutrien, termasuk calcium. Menariknya, kandungan calcium dalam susu ibu kekal agak konsisten walaupun pengambilan calcium ibu tidak mencukupi.

Maksudnya?

Badan ibu akan memastikan bayi tetap mendapat calcium yang diperlukan. Jika pengambilan calcium daripada makanan tidak mencukupi, badan akan mengambil sebahagian calcium daripada "simpanan" dalam tulang ibu.

Sebab itulah, dalam tempoh penyusuan, ibu memang boleh mengalami penurunan sementara dalam bone mineral density (ketumpatan mineral tulang). Ini adalah satu proses fisiologi yang normal.

Berita baiknya, bagi kebanyakan ibu yang sihat, ketumpatan tulang ini akan pulih semula secara beransur-ansur selepas penyusuan dikurangkan atau dihentikan, terutamanya jika ibu mendapat nutrisi yang mencukupi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Tetapi...

Jika seseorang ibu menyusu untuk tempoh yang lama dan pada masa yang sama tidak mengambil calcium, vitamin D dan nutrisi yang mencukupi, atau mempunyai faktor risiko lain yang menjejaskan kesihatan tulang, maka kesihatan tulangnya mungkin terjejas.

Sebab itu saya selalu berpesan kepada ibu-ibu:

🤱 Jangan hanya fikirkan nutrisi untuk bayi.

Jangan lupa, ibu juga sedang "bekerja keras" setiap hari menghasilkan susu. Badan ibu juga perlukan sokongan.

Apa yang boleh dilakukan?

🥛 Pastikan pengambilan calcium mencukupi daripada makanan seperti susu dan produk tenusu, ikan bilis, sardin (dimakan bersama tulang), tauhu, produk soya, sayuran hijau dan bijan.

☀️ Dapatkan vitamin D yang mencukupi melalui makanan, pendedahan matahari yang sesuai atau suplemen jika diperlukan.

🚶 Kekalkan aktiviti fizikal, terutamanya senaman weight-bearing seperti berjalan, yang membantu mengekalkan kekuatan tulang.

💊 Jika s**ar memenuhi keperluan harian melalui pemakanan sahaja, berbincanglah dengan doktor sama ada anda memerlukan suplemen calcium dan vitamin D.

Saya s**a mengingatkan ibu-ibu dengan satu analogi.

Tulang kita ibarat akaun simpanan di bank.

Setiap hari kita "menyimpan" melalui pemakanan yang baik, aktiviti fizikal dan vitamin D yang mencukupi.

Semasa hamil dan menyusu, ada sedikit "pengeluaran" daripada akaun tersebut.

Kalau kita terus membuat simpanan, akaun itu akan kekal sihat.

Tetapi kalau bertahun-tahun kita asyik mengeluarkan tanpa menambah semula, lama-kelamaan simpanan akan berkurang.

❤️ Jadi jangan takut untuk menyus**an anak kerana bimbang tulang menjadi rapuh.

Penyusuan susu ibu bukan penyebab osteoporosis.

Sebaliknya, yang lebih penting ialah memastikan ibu sendiri mendapat nutrisi yang mencukupi sepanjang tempoh penyusuan.

Jaga bayi, tetapi jangan lupa jaga ibu juga.

Dr Aimi (MD, IBCLC)
Klinik Taqwa Bangi

20/06/2026

🦴 Ramai fokus pada kesihatan bila dah sakit.

Tetapi kesihatan tulang adalah sesuatu yang kita bina sedikit demi sedikit setiap hari.

Calcium bukan hanya untuk warga emas. Ia penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar, ibu hamil, ibu menyusu dan juga orang dewasa.

Saya tertarik dengan Proscal kerana ia menggunakan milk-derived calcium serta mengandungi Vitamin D3 dan FOS prebiotic untuk membantu penyerapan yang lebih baik.

✨ Jaga tulang hari ini, lindungi masa depan esok.

🫁 Penyusuan Susu Ibu & Risiko Asma: Apa Kata Kajian Terbaru?Satu kajian besar yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Ce...
29/05/2026

🫁 Penyusuan Susu Ibu & Risiko Asma: Apa Kata Kajian Terbaru?

Satu kajian besar yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Cell pada tahun 2024 melibatkan 2,227 bayi mendapati bahawa penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan mikrobiom usus dan saluran pernafasan bayi — yang seterusnya memberi kesan kepada risiko asma pada masa hadapan.

🔬 Apa yang ditemui?

✅ Bayi yang menerima susu ibu secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 3 bulan pertama mempunyai perkembangan mikrobiom yang lebih seimbang dan tersusun.

✅ Mikrobiom yang berkembang pada kadar yang sesuai membantu sistem imun matang dengan lebih baik.

✅ Bayi yang berhenti menerima susu ibu sebelum usia 3 bulan menunjukkan perubahan mikrobiom yang lebih cepat dan berbeza, yang dikaitkan dengan peningkatan risiko wheezing berterusan (persistent wheeze) dan asma ketika usia prasekolah.

💡 Menariknya, para penyelidik menyimpulkan bahawa susu ibu bukan sekadar membekalkan nutrien, tetapi turut bertindak sebagai “pacemaker” mikrobiom bayi — memastikan bakteria baik muncul pada masa yang tepat dan dalam urutan yang sesuai.

🦠 Susu ibu mengandungi komponen unik seperti Human Milk Oligosaccharides (HMO) yang menjadi makanan kepada bakteria baik tertentu. Bakteria ini membantu perkembangan sistem imun dan kesihatan pernafasan bayi dalam jangka panjang.

📌 Kajian ini juga mengambil kira faktor lain seperti:
• Pendedahan kepada asap rokok
• Penggunaan antibiotik
• Sejarah asma ibu

Namun, tempoh penyusuan susu ibu masih didapati sebagai salah satu faktor yang paling kuat mempengaruhi perkembangan mikrobiom bayi.

❤️ Apa yang boleh ibu bapa ambil daripada kajian ini?

✔ Setiap titis susu ibu mempunyai manfaat.
✔ Penyusuan eksklusif selama 6 bulan kekal menjadi saranan utama WHO.
✔ Jika terdapat cabaran penyusuan, dapatkan bantuan awal daripada doktor atau kaunselor laktasi.
✔ Walaupun penyusuan eksklusif tidak dapat dicapai sepenuhnya, setiap usaha memberikan susu ibu tetap memberi manfaat kepada bayi.

Di Klinik Taqwa Bangi, kami sentiasa menyokong ibu bapa dalam perjalanan penyusuan dengan pendekatan yang praktikal, berasaskan bukti saintifik dan mesra keluarga.

🌱 Kesihatan masa depan anak bermula sejak awal kehidupan — termasuk daripada apa yang mereka minum pada bulan-bulan pertama kehidupan.

🦠 Tujuan penyusuan bukan sekadar memberi bakteria baik kepada bayi. Susu ibu membantu memastikan bakteria tersebut berkembang pada masa yang tepat dan dalam urutan yang sesuai untuk pematangan sistem imun dan kesihatan pernafasan jangka panjang.


Klinik Taqwa Bangi
📍 A-3-3AB, Ostia Bangi Business Avenue, Bandar Baru Bangi
📞 011-5516 7293

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙Ikhlas daripada seluruh warga Klinik Taqwa Bangi.Semoga Aidiladha kali ini membaw...
26/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙

Ikhlas daripada seluruh warga Klinik Taqwa Bangi.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, dan mengeratkan kasih sayang bersama keluarga tercinta. 🤍

Semoga setiap pengorbanan dan keikhlasan diterima serta dibalas dengan rahmat dan kebaikan yang berpanjangan.

Berhati-hati di jalan raya dan semoga semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Salam Aidiladha 🕊️
Klinik Taqwa Bangi

Kesihatan bermula dengan kefahaman. ✨Ramai hanya mula ambil berat tentang kesihatan apabila badan sudah mula memberi mas...
26/05/2026

Kesihatan bermula dengan kefahaman. ✨

Ramai hanya mula ambil berat tentang kesihatan apabila badan sudah mula memberi masalah. Sedangkan banyak keadaan boleh dikesan lebih awal melalui pemeriksaan dan pemahaman yang betul tentang tubuh sendiri.

Dengan Pakej Wellness Screening & Konsultasi Kesihatan kami, anda bukan sekadar menjalani pemeriksaan darah — tetapi turut mendapat penerangan keputusan pemeriksaan secara lebih menyeluruh bersama doktor.

🩺 Pemeriksaan darah
🩺 Konsultasi kesihatan secara peribadi
🩺 Penerangan keputusan pemeriksaan
🩺 Panduan gaya hidup & wellness
🎁 Free gift supplement sample

💰 Harga promosi RM215 sahaja
(Harga sebenar worth RM250 - masa limited sehingga diberitahu)

Saranan rawatan lanjut atau rujukan akan diberikan sekiranya perlu.

📞 Tempahan slot:
011-5516 7293 (Cik Aishah)

Konsultasi oleh:
👩🏻‍⚕️ Dr Aimi (Online)
👨🏻‍⚕️ Dr Asyhraff

📍Stock free gift terhad, first come first served

Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang sedang berjuang dengan penuh kasih sayang setiap hari. 💐Di sebalik setiap pelukan, ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang sedang berjuang dengan penuh kasih sayang setiap hari. 💐

Di sebalik setiap pelukan, setiap malam yang berjaga, setiap doa yang tidak pernah putus — ada hati seorang ibu yang sangat kuat dan luar biasa.

Daripada kami di Klinik Taqwa Bangi, terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, dan ketabahan yang dicurahkan buat keluarga.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati, dan dipermudahkan setiap urusan. ❤️

Happy Mother’s Day 🌷
“Seorang ibu mungkin penat, tetapi kasihnya tidak pernah penat.”

🌿 MAGNESIUM — mineral kecil yang ramai terlepas pandang, tapi peranannya sangat besar dalam badan.Ramai orang datang ke ...
07/05/2026

🌿 MAGNESIUM — mineral kecil yang ramai terlepas pandang, tapi peranannya sangat besar dalam badan.

Ramai orang datang ke klinik dengan simptom seperti:
▫️ mudah penat
▫️ susah tidur
▫️ badan rasa tegang
▫️ cramp kaki
▫️ cepat anxious / berdebar
▫️ sakit kepala atau migraine
▫️ sembelit
▫️ restless ketika malam

Kadang-kadang… badan sebenarnya sedang “minta” magnesium.

Magnesium terlibat dalam lebih 300 proses penting dalam badan — termasuk fungsi saraf, otot, tidur, hormon dan penghasilan tenaga.

✨ Antara manfaat magnesium yang sering dikaitkan dengan kajian:

✔️ Membantu badan lebih relaks & tidur lebih lena
✔️ Menyokong fungsi saraf dan otot
✔️ Membantu kurangkan muscle cramp & restless legs
✔️ Membantu penghasilan tenaga dan kurangkan rasa letih
✔️ Menyokong pengurusan stress dan keseimbangan mood
✔️ Penting untuk kesihatan tulang dan jantung

Bukan semua magnesium sama.

Magnesium glycinate antara bentuk magnesium yang lebih mudah diserap dan lebih gentle pada perut berbanding magnesium oxide yang kadang-kadang menyebabkan ketidakselesaan usus atau cirit-birit.

💡 Sebab itu ramai lebih selesa mengambil magnesium glycinate untuk long term support, termasuk:
👩‍💼 orang dewasa yang sibuk & mudah stress
🤰 ibu hamil
🤱 ibu menyusu
👵 warga emas
🏃 individu aktif & bersenam

Dalam kehamilan dan penyusuan, keperluan magnesium juga meningkat kerana badan bekerja lebih kuat. Magnesium penting untuk fungsi otot, tidur, keseimbangan saraf dan kesihatan ibu secara keseluruhan.

Namun seperti supplement lain:
👉 pengambilan perlu sesuai dengan keperluan individu
👉 jika ada masalah buah pinggang atau penyakit tertentu, dapatkan nasihat doktor dahulu

Kesihatan bukan sekadar rawat bila sakit.
Kadang-kadang, badan cuma perlukan sokongan nutrisi yang cukup untuk berfungsi dengan lebih baik 🌿








Address

Blok A 3 3Ab, Ostia Bangi Business Avenue, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi
Kajang
43650

Opening Hours

Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 17:30

Telephone

+601155167293

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Taqwa Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Taqwa Bangi:

Shortcuts

Share