15/11/2023
7 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Bengkak Susu (Yang Ramai Tak Tahu)
1. Gunakan daun kubis
Panaskan seketika kelopak daun kubis. Kemudian, tekapkan di bahagian payudara yang bengkak.
Ianya dapat meredakan bengkak payud@ra anda dan anda dapat menyusukan bayi anda dengan selesa.
2. Mengurut payud@ra dengan betul
Urutan pada payudara dapat membantu mengurangkan bengkak susu.
Jadi, rajin-rajinkan mengurut payudara anda dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting.
Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.
3. Gunakan pam menyusu
Di pasaraya, pam menyusu terlalu banyak dan boleh dibeli dengan mudah.
Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu.
Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten dan jangan keterlaluan dalam mengepam.
Ianya boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi hingga menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu.
Jadi masalah payudara bengkak anda tidak akan pulih seperti yang diinginkan.
4. Banyakkan minum air suam
Jangan sesekali anda minum air ais kerana ianya boleh membuatkan payudara membengkak dan badan cepat masuk angin.
Seeloknya, minumlah air suam supaya dapat menghangatkan badan dan dapat menghasilkan susu badan yang banyak.
5. Kerap menyusukan anak
Antara kesilapan terbesar si ibu adalah mereka kurang menyusukan anak.
Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa.
Pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam supaya ianya tidak bengkak.
6. Mandi air suam
Mandi air panas atau suam selama lebih kurang 15-20 minit.
Halakan air suam ke bahagian payudara. Pada masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membulat ke seluruh bahagian payud@ra dengan sedikit tekanan di bahagian puting bagi melancarkan susu badan anda nanti.
7. Gunakan daun sireh
Gunakan daun sirih dan minyak zaitun untuk mengurangkan bengkak susu.
Ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.
Semoga bermanfaat.